Monday, December 31, 2007

Cinta Terlarang

Daku mulakan dgn puji pujian pd yg maha Esa.. Tuhan sekalian Alam...., yg Maha pemurah lg Maha penyayang...

Salam... kt cni ade 1 coretan yg ana ambil dr blog slh seorang sahabat... mudah mudahan kisah benar ini dpt sama2 kte ambil sbgai iktibar.....


Wahai teman-teman sekalian, Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya.
Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi.
Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya.
Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh.
Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya.
Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah.
Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.
Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.
Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.
Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya.
Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata: "It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so." Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.
Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang.
Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.
Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi.
Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir.
Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya. "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya." Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu? Mafraq, Jordan._________________keredhaan -MU ku pohonkan meniti perjalanan hidupku..insyallah..

Saturday, December 29, 2007

Buat puteri2 tersayang....



ASSALAMUALAIKUM..


Akak nk kongsi dgn sahabat2 sume dimana nilai diri 'hawa'..

HAWA,
Andai engkau masih remaja,jadilah anak yg soleh buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami,jadilh isteri yg m'ringankn beban suamimu,andai engkau masih ibu,didiklh anakmu shg dia tdk gentar m'prjuangkn AD-DIN ALLAH..
HAWA,
Andai engkau blum b'khwin jgn kau risau jodohmu,ingth hawa jnji Tuhan kita,wanita yg baik adlh utk lelaki yg baik.Jgn dimulakn sbuah p'temuan dgn l'laki yg bkn muhrim krn aku khuatir dr mata jtuh ke hati,maka lhirnya senyuman,maka t'cetusnya salam dn skaligus d'susuli dgn p'temuan,tkut lhirny nafsu kjhatan yg menguasai dri.
HAWA,
Lelaki yg baik tdk mliht paras rupa,l'laki yg soleh tdk m'milih wnita m'lalui k'seksianny,l'laki yg warak tdk m'nilai wnita m'lalui k'ayuanny,k'mnjanny serta k'mampuanny m'goncang iman l'laki.Tetapi l'laki yg baik m'nilai wanita m'lalui akhlak peribadinya,dan yg lg pnting m'lalui pegangan agamanya dan l'laki yg bkn muhrimnya krana dia tkut m'beri k'sempatan kpd syaitan utk m'godanya.L'laki yg warak jg tdk mahu b'main cinta kerana dia tahu apa matlamat dlm s'buah p'temuan lelaki dan wanita adalah sbuah prkhwinan.
Oleh itu HAWA,
Jgalah pandanganmu,awasilh auratmu,pliharalh akhlakmu,kuatkn pribadimu.Andai dtakdirkn tiada cinta drpd adam untukmu,cukuplah hnya cinta Allah memenuhi dn mnyinari kekosongn jiwamu,biarlh hnya cinta drpd kedua ibubapamu yg memberi hangatan kbahgiaan buat drimu,cukuplh skadar cinta adik-beradik srta kluarga yg membahagiakn dirimu.....


special buat myfam dan myteamah....sungguh ku merindui kalian..lirik ni ku tuju buat sahabat semua.smoga jln yg kta lalui ini membawa kta bersatu dlm keredhaan Allah...




6ti smbung lg dah ksuntukn masa....







Friday, December 28, 2007

Kisah Realiti Penyeksaan di Penjara Tentera Mesir

Daku mulakn dgn nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang....Tuhan yg mengetahui sgl sesuatu, yg mmbimbing hambaNya ke jln kebenaran....

Alhamdulillah, dgn mase yg di anugerahkn olehNya, ana bru je khatam novel mengenai Zainab al-Ghazali al-jubaili.. beliau merupakan aktivis Islam yg sgt berani dn sggup berkorban apa sja demi menegakkan yg Haqq dr yg batil.... syukran ila akhi We, yg tlh m'hadiahkn novel ini pd kte sume...

Kt cni nk share skit mengenai novel yg b'tajuk 'Hari2 dlm hidupku' ni, kisahnye berkisar mengenai Zainab Ghazali yg mengetuai Jamaah Muslimat dn menjadi cabang pd Ikhwanul Muslimin... waktu ni, Ikhwanul Muslimin tlh Dharamkn oleh krajaan thaghut.. maka Zainab Ghazali tlh dtangkap dn dpenjarakn bersama beribu ribu anggota Ikhwanul Muslimin yg laen...

Tapi yg menyedihkn.. Zainab Ghazali tlh diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki..!! cube byangkn.. dgn iman kite yg setipis kulit bawang ni(malah lbh tipis) mmpu ke kte nak menanggung ujian seberat itu..btol x..??

tapi.. itulah Zainab al-Ghazali...walau ape jenis seksaan pn yg Dkenakan ke atas beliau, kalimah La ilaha illallah x pernah lekang dr bibir beliau. beliau disebat beribu ribu kali(RIBU tau,bkn 1/2), direndam dlm air, dikurung dlm penjara yg dipenuhi tikus!!, di kurung dgn anjing2 ganas, digantung dn disebat,dipanggang dlm penjara api,disepak terajang, malah hampir dirogol..!(Nauzubillah hi min zalik) dan macam2 lg seksaan yg x dpt dibayang dek akal waras manusia.....

Ade bbrp peristiwa semasa Zainab ghazali dipenjarakn, yg terkesan di Hati ana.... Antaranya, ketika beliau dikurung bersama anjing2 ganas, berlaku peristiwa yg ajaib yakni, x de skit pun kesan cakaran @ gigitan pd jasad beliau...SubahanAllah...'cukuplah Allah sebagai Penolong dn Dialah sebaik baik Pelindung' Dan ketika 'anjing thaghut' disuruh merogol Zainab al-Ghazali, anjing thaghut tu mati dicekik oleh Zainab Ghazali hanya dgn kedua tangannya..! yg lemah, tapi dberikn kekuatan yg x diduga oleh Allah...(SubhanAllah...) Benarlah Allah sntiasa bersama hmbanya yg Benar..
Kerana Ahlak mulia yg disandang oleh beliau, seorang Askar kerajaan telah tertarik utk mendalami islam.. pd mulanye askar ni bersimpati pd Zainab Ghazali, dn x mahu menyeksa beliau, askar ni jgak meminta pd Zainab Ghazali supaya mendoakn die agar beroleh hidayah Allah.. tapi malang nasib askar ini kerana dia telah ditembak mati oleh rejim Thaghut, hanya kerana dia bersolat dn ingin kembali ke jln allah....

Ketika dlm sangkar besi tu... Zainab al-Ghazali juga tlh bbrp kali bermmpi bertemu dgn Rasullah...Maka inilah, yg trus membakar semangat beliau untk terus menegakkan bendera La ilaha illallah....
moga dgn coretan yg x seberape ni, sdikit sebanyak dpt meniup kembali semangat kita(yg kadangkala di bawa angin) utk menegakkn Islam dbumi kmph ni..Amin.. moga2 Allah mencampakkn sdikit keberanian dn ketelusan Zainab al-Ghazali dlm menyebarkn dakwah ke dlm hati kte sume...

Akhir kalam, Umat Islam mesti kuat...!!!

Monday, December 24, 2007

esok dah nak balik matrik......

assalamualaikum w.b.t, diharapkan kpd semua sahabat semoga sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya.....seperti yang kita semua tau...esok 25/12 kita akan pulang semula ke matrik..... ade sahabat mesej kat ana,...dia cakap "eeee.....x sabarnye nak balik....rindu kat surau muttaqin.." subhanallah...itulah ungkapan yang membuatkan hati ana terharu.....benar2 terharu.... itulah ungkapan yang lahirnya dari hati...... insyaAllah....dengan ukwah yang terjalin krn Allah..... menjadi pembakar semangat utk kembali semula meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi kmph....

untuk pengetahuan sahabat semua.....yang akan datang ni adalah befdey salah seorg sahabat banat...... sanah helwa ya fifi nur asyikin bt azmi....yang akan genap umurnya 18 thn pada 26/12. x lupa juga buat nabilah bt ab karim (30/12)...mintak maaplah...terpaksa wish awl coz bila dah smpai kat matrk cam payah je nak surf tenet......

untuk mslmn pula x de yg lahir bln dec(ade ...tp dah lepas...firdaus(9/12)...).....xpe....kite tgk sape lahir bln jan..... 1st....arif azam(2/1)...pastu razak(8/1)....then....syiham(9/1)....n ..last ....khabir(10/1)....... sanah helwa tuk sumenye..............umur dah meningkat ni.....kene jadi lebih matang....terutama dlm membuat keputusan...(huhu....cakap kat org je tau....)....

ok...skali lg ana mengalu2kan sesiapa yg nak post kat blog ni.....caranye cam ni.....
1st,klik sign in kat atas skali....pastu die ade mintak email n pasword..... email guna yg ni....(wardahsafwah@yahoo.com)....n pasword guna yg ni (naha1989)....nanti akan ada dua blog..... then...klik kat new post kat blog myfamilymuttaqin.....(ade symbol +).....ok... hope x de masalah ye bintun malick...hehe... button f5 digunakan utk update page..maksudnye utk latest page.....bttn tu x de kaitan dgn sign in blog ni.....

ok...nak sambung wat assigment bio.... harap semua slamat sampai ke kmph..... moga perjalanan dilindungi Allah dan dipermudahkan......

maas salamah...bittaufiq wan najah...wassalam....

Saturday, December 22, 2007

sanah helwa ya mahfuzah

assalamualaikum..........w.b.t.

sy nak bawa satu cerita ......kisah benar.......agak seram jugak la.....
erm.....pada suatu masa dulu.......tanggal 22/12/1989..... ade seorang ibu sedang berhempas pulas utk melahirkan seorang anak . alhamdulillah.... dia akhirnya mendapat seorang puteri.... seorang puteri yang berjuang di jalanNya...... mudah-mudahan puteri ini akan terus berjuang tanpa mengenal erti putus asa...
(yg sy tau puteri ni memang semangat pun,...x kire die buat ape :-).....)
demikianlah riwayat ringkas kisah sang puteri yg bernama....Mahfuzah Hassan. erm...sanah helwa Fuzah....smg pertambahan umur seiring dgn pertambahan iman...... dah tua dah die...hehe.. apepun ...same2lah kita mengambil iktibar dari kisah Rasullullah ni.....
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:

Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :

" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :

" Tanyalah apa yang engkau kehendaki "

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan yang taat..

Friday, December 21, 2007

pastikan kita!!!!!!

KAMU
PERLU MERUBAH DUNIA INI..
WALAUPUN
ANDA KESEORANGAN..


Masyarakat muslim cukup
unik binaan strukturnya. Islam mendidik
individu-individunya agar setiap orang
daripada mereka menjadi satu unit yang
lengkap lagi melengkapi. Dia seumpama
batu-bata yang teguh, disusun bersama
batu bata yang lain dalam binaan yang
besar. Proses ini bermula sejak
pembentukan masyarakat Islam
pertama di bawah petunjuk Nabawi. Antara
seruan pertama Islam ialah sabda Rasul
s.a.w (yang bermaksud):

Allah memberi hidayah melalui kamu
seorang lelaki lebih baik bagi kamu
daripada unta Humr an-Niam (jenis unta
yang paling tinggi nilainya)
[Muttafaq
alaih]

Semenjak saat itu, setiap individu
daripada generasi awal Islam memikul
fikrah Islamiah dan aqidah yang
murni dalam pemikiran mereka, begitu
juga keimanan yang mendalam dan mantap
di dalam jiwa-jiwa mereka.
Sehingga ianya terserlah dalam
kata-kata, tingkah laku dan gerak diam
mereka.

Setiap individu di kalangan mereka
seolah-olah membentuk sebuah umat.
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w terhadap
peribadi Abu Ubaidah al-Jarrah:

Dia diutuskan sebagai sebuah umat

Khalid al-Walid di medan perang mewakili
sebuah umat. Beliau bertanggungjawab
melemah dan menumbangkan Rom di tanah Arab.

Abdul Rahman bin Auf di dalam bidang
ekonomi mewakili sebuah umat. Dialah
yang berperanan memecahkan monopoli
Yahudi di Madinah yang sekian lama
sebelumnya menguasai kegiatan ekonomi
Madinah.

Umar al-Khattab dalam soal keadilan
mewakili sebuah umat. Lorong-lorong
Madinah dijelajahinya untuk menangani
permasalahan rakyat. Gabenor dan
penguasa dihimpun setiap tahun untuk
dikaji siasat. Perhimpunan haji saban
tahun dijadikan tele-aduan umat.

Musab bin Umair pula dalam usaha
dawah mewakili sebuah umat. Tiada satu
rumah di Madinah melainkan dimasuki
sinar dawah Islamiah dan petunjuk al-Quran.

Muaz bin Jabal dalam soal halal haram
mewakili sebuah umat. Zaid bin Thabit
dalam soal hukum hakam pusaka mewakili
sebuah umat. Banyak dan banyak lagi
contoh individu di kalangan mereka yang
sedemikian.

Benarlah kata-kata Abu Bakar as-Siddiq
yang menyifatkan:

"La Yuhzamu Jayshun Fihi Al-QaQa Ibn
Amr - Sawtu Al-QaQa Fil Maarakati
Yadulu Alfa Rajulan"
Takkan terkalahkan tentera didalamnya
ada al-Qaqa ibn Amr, Suara Qaqa di
medan perang menyamai seribu pahlawan.

Bukankah beliau mampu menyusun kembali
tentera muslimin yang kucar kacir,
menaikkan semangat juang mereka,
mengacau bilaukan musuh, mencari titik
kelemahan mereka dan lain-lain lagi.

Sewaktu pembukaan Mesir oleh tentera
Islam di bawah Amr al-As, Umar
al-Khattab telah mengirim 4 ribu tentera
sebagai tambahan. Pasukan tambahan
tentera ini disertai oleh Zubair
al-Awwam, Miqdad bin Amr, Ubadah bin
Shamit dan Muslimah bin Mukhlid, yang
dikatakan setiap orang bernilai lebih
dari seribu orang. Saydina Umar memberi
amanat kepada Amr bin al-As, "Kamu
harus tahu bahawa kamu mempunyai 12 ribu
tentera, dan 12 ribu tentera tidak akan
dikalahkan disebabkan bilangan mereka".
Dan berlakulah pembukaan Mesir yang
agung di dalam sejarah Islam.

Setiap seorang daripada mereka hanyalah
seorang individu, tetapi dengan tekad
kemahuan serta amal kerja, dia
seolah-olah sebuah umat, mengubah wajah
sejarah dengan usahanya itu. Sebagaimana
yang dikatakan:

Amal praktik seorang lelaki di kalangan
seribu lelaki lebih baik daripada
kata-kata seribu lelaki kepada seorang
lelaki.

Mereka berusaha seolah-olah tiada
sesiapa di sekelilingnya yang turut
bekerja bersamanya.
Seolah-olah dia ingin memulakan binaan
Islam dengan tangannya dan
menyempurnakannya dengan tulang empat
keratnya.

Kesungguhan inilah yang didapati oleh
Umar al-Khattab di kalangan tenteranya.
Beliau berkata:

Sungguh mengkagumkan aku, panglima
perang yang jika kamu melihatnya, kamu
menyangkanya seorang tentera bawahan
yang patuh. Mengkagumkan aku juga,
tentera bawahan yang jika kamu
menyaksikannya, kamu menyangkanya
seorang panglima berkaliber.

Lantaran ini, mereka telah merubah
sejarah dunia, memimpin dan membinanya
dengan baik.

Tiada seorang pun di kalangan mereka
yang memperkecilkan dirinya atau apa
yang dilakukannya. Mereka amat memahami
sabda Rasulullah s.a.w:

Sampaikan daripada aku walaupun
sepotong ayat
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari]

Amal kerja dan sumbangan mereka tidak
terhenti di satu tahap, bahkan ke
penghujung nafas yang terakhir. Lihatlah
Abu Ayyub al-Ansori yang mati syahid di
pinggir pagar kota Konstantinople dalam
usianya 80 tahun. Pada saat kematiannya,
dia tidak menghentikan sumbangannya
kepada Islam, bahkan menyampaikan kepada
muslimin sebuah hadis yang pernah
didengarnya daripada Nabi s.a.w:

Sekiranya Kiamat berlaku sedangkan di
tangan salah seorang daripada kamu anak
pokok, maka tanamkanlah ia
[Diriwayatkan oleh Ahmad]

Nilai dan sikap ini satu fenomena biasa
di dalam masyarakat muslim pada
sepanjang zaman. Setiap individunya
menjadi batu-bata kepada binaan Islam
yang agung. Mereka saling memperkukuhkan
yang lain dalam segenap bidang dan
lapangan. Hasil usaha mereka yang gigih,
sesiapa yang melihat binaan Islam akan
berkata: Alangkah indahnya! Alangkah
hebatnya Islam!

Dengan penuh tawadhu dan ikhlas, mereka
tidak rela diri mereka hidup dengan
kehidupan haiwan yang didambakan oleh
mereka yang kufur kepada Allah.

Dan orang-orang yang kafir berseronok
dan makan seperti binatang ternakan
makan. Nerakalah tempat mereka
[Muhammad: 12]

Mereka tidak akan duduk berpeluk tubuh
melihat sekeliling tanpa melakukan
sesuatu. Akan tetapi mereka mengangkat
slogan Nabi s.a.w:

Orang mukmin kepada mukmin yang lain
seperti satu binaan yang saling kuat
menguat satu sama lain
[Muttafaq alaih]

Lantaran itu kita dapat lihat Ibnu
al-Haitham, Ibnu al-Nafis dan Ibnu Rusyd
saling lengkap melengkapi
kepakaran mereka. Setiap seorang
daripada mereka saling menguatkan yang
lain untuk meninggikan binaan
Islam.

Akan tetapi pada zaman yang semakin
kabur ghayah, bercampur aduknya visi
hidup serta bersimpang siurnya misi
masyarakat, pada saat yang sama binaan
Islam semakin goyah dan rapuh, siapakah
yang ingin mewakili umat mengembalikan
binaannya yang agung?

Siapakah yang akan mewakili umat
mengembalikan manusia kepada Tuhannya,
memerdekakan mereka daripada belenggu
syahwat, hawa dan material?

Siapakah yang akan mewakili umat
menyelamatkan mereka daripada kejahilan?

Siapakah yang akan mewakili umat
mempamer keindahan kesyumulan Islam dan
membongkar wajah hodoh sekular?

Siapakah yang akan mewakili umat
mengembali martabat syariat serta
menumbang kezaliman hukum manusia?

Siapakah yang akan mewakili umat
menyekat ancaman serangan Zionis dan
Salibi Antarabangsa?

Siapakah yang akan mewakili umat memecah
monopoli Yahudi dan US, menyediakan
barangan alternative kepada barangan mereka?

Siapa? Siapa? Siapa?

Pastikan kita!!!

study dan dakwah tidak seperti jongkang jongking.....

study & dakwah tidak seperti jongkang jongking





Lia, jomlah pergi usrah

Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah
segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita
rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi
skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal
dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain
terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam
jongkang jongking

Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena
berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah
dengan ikhlas akan menemukan Allah
dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria
misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum
tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam
studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang
aku ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi
yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan
Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji
Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari
Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan
jiranku, aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk
dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan
keluarga dan sahabat, segalanya adalah
dakwah
Moga kita bersama dalam usaha
merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai
Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia
di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke
kawasan perkampungan di gunung-gunung
yang tinggi. Semua manusia
mengenalinya. Tanyakan sahaja di
jalanan di saat itu, kenalkah kamu
dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,
pasti semua mengenalinya kerana kerja
kerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Lia, aku akui sememangnya untuk
berjaya dalam pelajaran, kita kena
berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia,
kemenangan Islam takkan tertegak
dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita
juga kena berusaha. Itu juga adalah
Sunnatullah. Kemenangan Islam
memerlukan pengorbanan dari
pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam
buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:

<
ArRahimNya, memberi ketenangan dan
kepuasan kepada hambaNya yang beriman
apabila Dia mahukan segala sesuatu
urusan/ perkara Dia akan
mempermudahkan hambaNya itu untuk
mencapainya. Pada malam sebelum ujian
nahu, saya telah bermimpi. Di dalam
mimpi tersebut, saya sedang berada
dalam sebuah perahu bersama-sama
ulama’ yang terkenal.Perahu itu sedang
berlayar di Sungai Nil. Salah seorang
ulama itu menghampiri saya. Dia
memakai pakaian orang-orang di
pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, “Di
mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel
mengenai al-Afiyah?” Saya
menjawab, “Ini dia!” Katanya, “Mari
kita ulangkaji sebahagian darinya.
Buka ke muka surat sekian-sekian” .
Saya pun membuka ke muka surat-muka
surat yang disebutkannya dan mula
mengulangkaji. Kemudian saya terkejut
jaga. Saya sangat gembira. Pagi
esoknya saya menduduki ujian. Saya
dapati kebanyakan soalan datang dari
muka surat-muka surat yang saya baca
di dalam mimpi tersebut. Ini semua
adalah rahmat Allah. Allah telah
memberi rahmat istimewa kepada saya.
Mimpi yang benar adalah sumber
maklumat kepada seorang Mukmin. Segala
puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.>>

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah
bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang
terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi
terbaik untuk Allah, agama Allah. Di
sudut lainnya, dia tidak suka mengejar
dunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang
terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah
kecundang. Dia pernah bertanya kepada
Allah - Ya Allah, kenapa engkau
mentakdirkan prestasi yang baik buat
temanku? Apakah temanku itu punya
alasan yang kuat sehingga Engkau
menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang
besar untuk menegakkan agamaMu melalui
pergerakan dakwah. Maka aku mohon
bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui
suatu kisah sahabat yang dijamin masuk
syurga, padahal seharian ibadahnya
sama saja seperti sahabat yang lain.
Dan ketika ditanya prinsip hidupnya,
sahabat itu menjawab "Aku tak suka
membanding-bandingk an apa yang Allah
berikan kepada hamba-hambaNya. Aku
yakin Allah Maha Baik dan menjamin
kebaikan untukku dalam situasi sulit
atau lapang. Aku akan tetap redha
kepada Allah dalam situasi apapun. Aku
akan tetap bersaksi bahawa Allah
adalah Robb yang Maha Esa, meskipun
gunung-gunung harta itu milikku atau
aku tak punya harta sedikit pun”.

Lia, saya teringat email yang pernah
saya terima dari seorang kawan.
Tulisannya benar-benar terkesan di
hati saya. Dia bercerita tentang
seorang wanita yang terkena penyakit
disebabkan poliovirus semenjak kecil.
Kisah ini kisah benar. Saya namakan
wanita ini A. A memerlukan tongkat
untuk berjalan. A tidak berapa cantik,
tidak slim dan tidak tinggi. Satu
sahaja keinginan A. A ingin sesiapa
sahaja yang melihatnya mengucapkan
Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar
di sekolah menengah dan berjaya,
manusia yang ditemuinya mengucapkan
Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke
universiti, sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah. Bila A
menyudahkan pelajarannya, sekali lagi
manusia mengucapkan Subhanallah. Dan
sekali lagi orang ramai mengucapkan
Subhanallah apabila A mengahwini
seorang lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang
mampu A berikan kepada suaminya.
Takdir Allah menentukan yang
sebaiknya. Allah mengurniakan A dan
suaminya 3 orang anak yang comel dan
sempurna. Sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu
membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa
paras bukan persoalan utama. Ingat
lagi tentang Abdullah bin Ummi
Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta.
Dia mahu membawa panji bendera Islam.
Katanya, buta menyebabkan dia tidak
takut kerana dia tidak akan dapat
melihat bilangan musuh. Akhirnya dia
syahid. Mereka yang menemui mayatnya
tidak dapat mengecamnya kerana terlalu
banyak luka parah yang dialaminya.
Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh
Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas
kerusi roda. Tapi apa yang telah dia
lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah.
Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan
sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam
saf perjuangan.
grab from mas fahri's blog

alhamdulillah.....


alhamdulillah.....
akhirnya siap juga blog spesel utk my family muttaqin @ muslim united exclusive team......
kpd sahabat2....anda semua dialu-alukan utk post ape2 shj dlm blog ni..... kongsilah ilmu bersama2 (jgn kedekut ilmu) perkembangn semasa @ isu semasa yg nak dibincgkn bersama juga boleh dipost .....

ingatlah wahai sahabat.........teruskanlah perjuangn walau di mana kita berada....

kalau bukan kita, siapa lagi,
kalau bukan di sini, dimana lagi,
kalau bukan sekarang, bila lagi........