Thursday, February 14, 2008

UDA dan DARA

Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan

Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah:
"Dan ucaplah kata-kata yang makruf."Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia."

Menundukkan pandangan
Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.

Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.

• Tidak berkhalwat (berdua-duaan)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya."

• Menghindari tempat syubhat
Sabda Rasulullah SAW:
"Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu..." (Riwayat Bukhari)
Adab khas untuk wanita • Iltizam dengan pakaian Islam
Firman Allah:
"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka."
Dan firmanNya lagi:"Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj."

• Serius dalam ucapan
Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan.
Firman Alla :"Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu."

Menjaga pergerakan
Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah:
"Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan."

No comments: