Wednesday, April 30, 2008

Pesan roh kepada manusia..

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sunday, April 27, 2008

salam sayang..

Bismillahirrahmanirrahim..
With the name of ALLAH..
The most gracious and most merciful

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini,
Mekipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih,
Biarlah waktu menentukan nilai ukhuwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga ketitisan darah terakhir..

Salam sayang..
Salam ukhuwah..
Salam perjuangan..
Buat sahabat2x..
Tersayang..
Sunguh aku rindukan kalian
Teman seperjuanganku..
Sahabat yang membuahkan rasa cintaku pada Ilahi..
Kebersamaan itu..
Memebuatkan aku kuat..
Dan sendirian i2..
Membuatkan aku lemah..
Meski ku tahu..
Doa kalian mengiringi.perjalanan ku.
Sebagai mana doaku mengiringi perjalanan kalian..
Mungkin nukilan ini ..
Kurang memberi manfaat..
Kerana x banyak ilmu yang ingin ku sampaikan..
Melaikan isi hatiku semata..
Berada dalam kelompok.
Pelajar yang meliberalkan islam
Menjadikan kadar imanku berkurang..
Jenuh ku pujuk hati..
Namun pujukan syaitan lebih berkesan..
Sahabat..
Ingin aku same2x..
Mengajak kalian ..
Marilah kite same2x..
Ingat mengigatkan..
Kerana percayelah.
Ade antara sahabatmu..
Makin futur d telan arus kemodenan..
Ingatlah..
Tiada istilah cuti, bagi seorang pejuang..
Cuti yang sahabat nikmati sakarang ini..
Same2xlah d manfaatkan.
Untuk..
Membina jati diri yang lebih kuat..
Kerana aku percaya..
Kalian akan menghadapi dunia sebenar..
Yang menhamparkan..
Pelbagai peluang dan ruang ..
Untuk maksiat berleluasa..
Kalian lah..
Penegak keadilan..
Tegakkan islam dalam dirimu nescaye tertegaklah islam d sekitarmu..
Kate2 ni..
Dari kekanda kite..
Kak ibah..
Namun..
Mampukah kita menghadapi dunia liberal?
Dunia yang berkali-kali lebih mencabar..
Dari dunia matrik..
Jadi..
Sahabat2x..
Jangan bazirkan..
Waktu cuti..
Kerana ALLAH bersumpah dgn waktu..
Walassr..demi masa..
Tido..
Tv programme..
Sms..
Jangan biarkan..
Kelazatan dan nikmat dunia mencabuli masa emasmu..
Bergeraklah..
Teruskan perjuangan..
Ingat hidupmu kerana ALLAH..
Kerana Islam..
Ingatan ini tidak lebih dari mengingatkan diri sendiri..
Ingatan dari sahabt untuk sahabat..
Salam..
Jazakumullah..

Sunday, April 13, 2008

selamat bertempur di medan perang...DDB...DMK...BT

assalamualaikum w.b.t...





semoga berjaya diucapkan kpd sahabat semua...esok kite akan menduduki final... buat yg terbaik... we do our best and Allah will take the rest... percaya dan yakinlah bahwa Allah akan membantu kite...





"hidup ini penuh dengan CABARAN dan DUGAAN...jika anda jatuh..,BANGUNLAH dan katakan "woit.knp tolak??!! tak nampak ker??!!"





EH..silap plak....jika kamu jatuh...bangunlah dan berusahalah kerana KEJAYAAN DICIPTA OLEH MANUSIA BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA....





Jangan mudah mengalah kerana Allah tidak melihat pada hasilnya tetapi Allah melihat pada usaha kita...





oklah...x leh lame2 bukak blog ni...byk lg x cover...nak hilangkn ngantuk je..

gambar track kmph ni saje je nak letak.... biar semangat skit nak study... :)

sorry for everythg i did wrong, for words which might hurts, for advise u cannot accept, and the most important, sori kalau selama ni x jalankan amanah as
"a_ _ _ _ h" dengan baik specially to muslimat myfam...

(lps ni x hantar msj dah....wisk kat blog je... jimat credit :> )

last but not least..good luck..gambate..ij'al jaiyidan, aja aja fighting(korea), chaiyok2, semoga berjaya..


bak kate mohd(dlm frenster) Yooo...takbir...ALLAHUAKBAR

Monday, April 7, 2008

Peringatan kepada kita yang selalu terima email / sms berantai berkaitan ayat Al-Quran

PERINGATAN PENTING UNTUK KITA YG BERAGAMA ISLAM...........!!!!!


Assalamualaikum wbt

Pernah tak dapat sms atau email sebegini ?

Yaasin, Walqura-nilhakim. Innakala minalmursalin. A'lasiratil mustaqim.
Tanzilal azizirrahim. Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun.

Kirim surah Yaasin ini kpd 7 insan berugama islam. Insya Allah esok saudara
akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di
tangan anda.

JGN DELETE, ini betul2 jadi kenyataan."

Saya secara peribadi dah terima sms ayat yang seperti di atas. Dan
ini kali kedua through email plak.

Ape yang saya nak beri tahu di sini ialah, sudah lah tu umat ISLAM
dibolak-balikkan . Mari kita ambik sedikit pengajaran dari kes-kes
ini.

Pesan dari saya (yang ilmu tak seberapa ini). Hentikan lah apa2 saja
surat bercorak surat berantai ini. Kerana ini adalah perkara2 yg
boleh melemahkan umat Islam dari dalam..

Lalu aku terus reply kpd si pemberi tadi agar berhenti berbuat
demikian. Malah tolong pulangkan balik pesanan kepada mereka yang
telah mengedarkannya!

1) Once, kita forward email @ SMS sebegini, kita dah percaya
(beriktikad) bahawa dengat kudrat saya menghantar SMS ini, saya akan
dapat khabar baik &rezeki. Bukan Qudrat & Iradat ALLAH.

2) Tanpa menyemak, kes ini terdapat kesalahan ejaan pada ayat dari
surah yaasin ini. Sila semak Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum
ghafilun. Org yg tiap2 malam baca surah yaasin pun boleh terkesima
dengan kesalahan ejaan ini.

3) Kesalahan ejaan unzila yang sepatutnya unzira ini, berlaku dlm
kedua2 email & sms yang saya terima. maka saya pasti ianya disengaja
kan . Tapi atas dasar apa? Kalau kita perhatikan
unzila aba uhum ini bermaksud = di TURUNkan BAPA Kamu. Bapa = father.
Saya khuatir ia mahu menyelindungkan ayat
ISA yang diturunkan??? sedangkan maksud YAASIN yang suci tadi adalah
terlalu amat jauh dari ini!!! Cilaka kamu yang menghantar ini! AWAS!
buat semua muslim!.

Pesanan ringkas saya,

Apa saja yang bersifat surat berantai, tolong tolak.

Apa saja yang melibatkan perkara2 shortcut, tolong tolak. kalau saya
send sms dapat pahala, kalau sata reply dapat rezeki. Ini perkara
serious, kerana ia membabitkan AQIDAH!

Apa saja yang melibat kan ayat2 Al-Quran.
Tolong semak!

Kalau ada org dtg rumah kerumah, jual ayat quran pun tolong tolak.
Jam ada ayat QURAN ke....

Orang buta minta sedekah - sedekah boleh bagi - tapi kalau dia bagi
sticker ayat QURAN, tolong bagi dia balik.

Kerana kita khuatir, di sini bermulanya benda2 yang tak betul. Kerana
saya pernah dapat ayat seribu DINAR yang salah eja ini selepas bagi
derma kat sorang pakcik tu!!

Kat sekeliling kita dah banyak org cuba pesong kan AQIDAH kita secara
halus, pesong ayat Quran! Walaupun mereka takkan mampu menghapuskan
KALAM ALLAH ini. Tapi kita sebagai umat ISLAM mestilah Peka!!

Ayat2 Al-Quran bukanlah selayaknya di perjual beli. TAK semurah itu
BEB!! Kalau ANDA nak bagi apa saja yang ada kaitan ngan ayat Quran,
sepatutnya FREE! Jam Quran ke, ape ke, bagi free le! Unless kita
betul2 sure yang kualitinya baik, ayat nya disemak maka OK! MENJAJA
AYAT2 QURAN dgn cara sebegini adalah, menempatkan ianya bukan pada
tempat. Ia bukan balasan utk kita menderma RM1.

So, tolong le sampai2 kan pesanan saya ini, semoga ALLAH yang lebih
layak nak balas kat kita, rezeki ke, berita gembira ke?. So ape lagi
send le kat 7 org ke, 70 ribu orang pun takpe..

Yang baik dari Allah. Segala kekurangan adalah kelemahan saya
juga.......WASSALAM.

-dicopy n paste dari ingatan@yahoogroups.com

Friday, April 4, 2008

Teruskan perjuangan

Salam.wahai sahabatku....moga kalian terus berusaha dlm mghadapi exam yg akn tiba....jgn mudah mengalah...INGAT Allah sentiasa bersama orang yg sentiasa menolong agamanya......