Tuesday, June 10, 2008

ukhwah kerana gerak kerja vs ukhwah kerana Allah...


Assalamualaikum w.b.t...


"Kalau kamu membela agama ALlah..nescaya Allah membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak pendirianmu"(MUHAMMAD:7)


Merujuk perkara di ats(skemanya :> )..terdapat seolah-olah 2 jenis ukhwah yang berbeza nawaitunya..Apakah ianya benar2 terdapat perbezaan?

Lantas saya segera bertanya beberapa pendapat daripada insan2 yang saya kagumi..Antaranya menurut pendapat Ummu Umar..yang baru dikurnia cahaya mata pertama(umar Farouq) "kalau gerak kerja dakwah bermatlamatkan kepada ALlah..maka samalah kedua-duanya".

Pendapat ini saya kira sama dengan pendapat yang diberikan oleh Akh Azizi senior saya yang terkenal dengan ketegasan disiplinnya.."jika halatuju/matlamat / ghoyah yakni tujuan dakwah itu adalah kerana Allah,maka kedua-dua ukhwah ini tiada bezanya."

Begini pula respon dari pemilik blog al-fateh.blogspot.com (promote blog plak :>) ,"bukan ke gerak kerja dakwah adalah kerana ALlah jua...?knp harus dipisahkan?" Begitulah jua respon yang diberikan oleh empunya blog aspirasi mahasiswa..Ringkasnya, ukhwah kerana gerak kerja dakwah dan ukhwah yang terjalin kerana Allah terhimpun dalam satu rumpun yang sama dengan bermatlamatkan Yang Maha Esa..


Sesungguhnya, hubungan atau ikatan yang diwajibkan oleh Islam ke atas umatnya supaya bersatu dari sudut pemikiran, rohani dan perasaan hendaklah dirasakan dalam bentuk seolah-olah laksana satu badan..Ini sesuai seperti sabda Rasullullah s.a.w..

"Bandingan orang2 mukmin dalam kasih sayang dan belas kasihan antara satu sama lain samalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggotanya mengadu sakit maka seluruh anggota yang lain turut berjaga malam dan merasai sakitnya" (riwayat muslim dlm sahihnya)


Ya benar...jika dilihat tajuk warkah kali ini dari sudut bahasa.. sepatutnya tiada istilah dua ukhwah yang berbeza...Segalanya jika diniatkan kerana Allah... manisnya ibadah yang dilakukan pasti terasa..walau sekecil zarah sekalipun amalan yang dilakukan...Namun demikian...sbg hamba yang lemah..apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah dr sudut perlaksanaan...

Pada kali ini..berbeza pendapatnya dengan yang lain..menurut ukht Mahfuzah yang kini menuntut di Usim.."Ada beza antara dua ukhwah ini..Ukhwah kerana Allah yang diseru Islam..Ukhwah gerak kerja mungkin dipengaruhi rasa kesian atau nak tolong kawan sebab tengok kawan banyak kerja yang dia kene buat..bukan atas dasar lillahita'ala..."


Naudzubillah, moga kita tidak tergolong dlm golongn yg berhubung kerana gerak kerja semata2...Tapi..inilah hakikat yang berlaku sekarang..dan inilah yang ingin saya sampaikan...perlihatkan.,.walau ianya dipandang remeh...


Acap kali saya cuba ketepikan perasaan yang kurang enak apabila memikirkan adakah antara sahabat2 saya yang berkawan dengan saya semata2 kerana gerak kerja...??usai shj sesuatu kerja maka kaedaan kembali seperti sebelum gerak kerja dilaksanakan...(maksud saya dr segi ukwahnya) ...Perasaan atau kebimbangan ini sungguh sukar untuk diungkapkan dengan kata2.....namun...respon yg diberi oleh ukht Mahfuzah cukup membuatkan saya yakin bahawa mungkin sahaja ade diantara kita (termasuk saya) yang berukhwah kerana gerak kerja dakwah semata2...


Oleh demikian...mari kita bermuhasabah diri dan fikir apakah selama ini nawaitu kita sudah jelas??Sesungguhnya kita adalah hambaNya yg tidak terlepas dr melakukan silah dan salap...ops..tersalah...salah dan silap..(tandanya dah ngantuk ni,dah lame duk depan skrin...mata dah kering.. :> )


Akhir kalam,hayatilah dan fahamilah kata2 di bawah ini sebagai penutup warkah elektronik saya pada kali ini...

"keramatnya ukhwah, melankaui hubungan darah, kasih sayang kerana Allah.,tunggak kekuatan dalam jemaah, digubah dgn acuan aqidah, tidak seorang dibiar gundah, andai ditakdir rebah, seribu membahu gagah, moga hatimu tabah, menempuh segala mehnah, andai ingin diluah, diri ini sedia bersama menanggung resah.."
salam ukhwah fillah buat semua sahabat