Saturday, August 9, 2008

bekas paderi masuk islam-siri 4

Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.
Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang
menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak
begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai
Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.


Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang
sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh
seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di
gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan
kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi
ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada
saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya
membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya.
Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu
semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan
kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan
menyembunyikannya.


Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan
hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke
dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti
untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada
Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan
sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya,
menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan
kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.


Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya
mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada
hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas
kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal.
Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik
kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi
yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya
apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak
pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku
dan
menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.


Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau
mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari
mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka
meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di
almari) sebagai ganti kitab yang hilang.
Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi
tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa
gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak
beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas
al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan
hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja
St Mary, Sabah.


Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara
Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan
(Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam
hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap
hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya
meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku.
Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku
baringkan dan letak sesuka hatiku?
Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai
kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam,
Kristian,
Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini
tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang
benar
bagiku".

Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya
mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain
macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat.

No comments: