Tuesday, August 5, 2008

KISAH PADERI SABAH MASUK ISLAM-SIRI 1

ASSALAMUALAIKUM MY BELOVED SOHABAAT.....

SEBENARNYA NI ADALAH ASSIGMENT SAYA UNTUK PRESENTATION...
MENARIK KISAH NI...SILALAH BACA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI
KEIMANAN KITA SBGAI MUSLIM DAN MUKMIN...


BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas
perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian
berdasarkan pengkajian yang cukup mendalam lagi terperinci berasaskan
pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Apa yang
dihuraikan beliau itu adalah iktibar buat mereka yang MURTAD DARI AGAMA
ISLAM.

Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya,
maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah
dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah
Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.
Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi
pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN
OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang
dilahirkan sebagai saorang Kristian dan menghabiskan sebahagian besar
dalam hidupnya untuk belajar menjadi paderi. Beliau yang selama ini
berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana
berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh
orang-orang Kristian Sabah, contohnya orang yang paling berpengaruh
ketika itu, Pairin Kitingan.

Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau
banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas
mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih
Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam
Melaka di bahagian Unit Kristianologi.
Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir
SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH
yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh,
Melaka, baru-baru ini.
SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya
berasal dari Sabah dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah Roman Katholik.
Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu
institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai
oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985
seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon
untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi.
Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik
Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu.
Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama Kristian. Itulah
sebabnya bapa menghantar saya ke Vatican, dengan harapan agar saya
menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya
mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan. Saya adalah
anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama
Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung
tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di
fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga
yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah
Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.
Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik
menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui
agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung, ianya ketara
di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab
yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran
saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia
lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak
sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa
manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian
seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja
direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke
Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di
sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia
iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan
perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya
berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang
kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata,
"Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa.

Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya
mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang
mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka
sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata,
"Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka
kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya
katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya
menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri
mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi
bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak
ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."


Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan
ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul
yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu
telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi,
kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama
Kristian pembohong".


TO BE CONTINUED.....

BACA SKIT2 DULU EK...
SOK2 SIRI 2 PLAK...HE3

2 comments:

Pengait said...

Iktibar Kepada Mereka yang mudah Terpedaya.

Dalam majalah wanita Islam 'Muslimah', Februari 1999, terdapat satu cerita yang menarik berjudul: 'Iktibar Buat Mereka yang murtad!' (mukasurat 19-25).

Amat menarik sekali apabila kita mengkaji cerita 'pemelukan agama Islam' (dari Kristian ke Islam) si Ustaz Tajuddin Othman Abdullah itu. Kerana, apabila ceritanya diperiksa dengan lebih terperinci dan mendalam lagi, kami mendapati banyak perkara-perkara yang bercanggah dan ada banyak lagi yang tidak tepat mengenai peranan mahupun pegangannya yang kononnya "sebagai paderi besar di seluruh Sabah."

Rujukan telah dibuat kepada umat Roman Katolik dan orang-orang Sabah untuk mengesahkan cerita dan tuntutan-tuntutan serta tuduhan di dalam artikel polemik Majalah Muslimah (Februari 1999) ini, untuk menentukan kesahihan serta kebenarannya.

Kami akan memberi, sebagai contoh sahaja, segelintir daripada hakikat-hakikat itu yang membuktikan bahawa 'penukaran ugama' ini bukan sahaja satu pemalsuan, malah satu pembohongan yang telah sengaja direka untuk dijaja dan dijual kepada mereka yang kononnya ingin meninggalkan ajaran-ajaran Islam dan memeluk ajaran Kristian yang terkandung di dalam Injil dan Al-Kitab, yakni kononnya sebagai suatu 'iktibar' bagi mereka.

Contoh-contoh percanggahan di dalam cerita polemik ustaz Tajuddin :

1) menurut ustaz Tajuddin, 'untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani "Ekaristi Pembaptisan' iaitu MEMINUM air ini' - iaitu air suci atau lebih dikenali sebagai 'Holy Water'," (muka surat 20).

Ini adalah satu KESILAPAN BESAR yang telah diucap oleh si ustaz Tajuddin! Kerana apa yang diucapnya itu tidak ada sokongan langsung daripada Kitab Injil Atau Al-Kitab atau pun mana-mana ajaran Hazrat Isa Al-Masih yang ada. Cubalah En.Tajuddin berikan rujukan daripada Kitab Injil atau Al-Kitab (Bible) ayat-ayatnya yang menunjukkan Pembaptisan itu melibatkan "meminum air 'Holy Water' itu" kepada kami, wahai bekas 'paderi' Tajuddin. Kalaulah dia betul-betul seorang 'Paderi Kristian' mestilah dia tahu semua itu. Kesilapan ini menunjukkan bahawa dia tidak pernah sekalipun memahami apa dia 'Ekaristi Pembaptisan' itu. Dan kesimpulan daripada kajian kami ialah: orang ini tidak pernah menjadi paderi, yang kecil mahupun yang besar, di mana-mana pun.

Upacara Pembaptisan itu adalah sesuatu perkara yang begitu DASAR SEKALI bagi akidah umat Katolik sehingga ia diajar kepada semua penganut Katolik dari bangku sekolah rendah lagi. Sebenarnya, Upacara Pembaptisan ini ialah di mana air yang telah didoakan oleh seorang Paderi Katolik akan dituang ke atas kepala seorang kanak-kanak Katolik sahaja. Tidak sekalipun dia dimestikan MEMINUM air tersebut! Dan untuk meminum air tersebut semasa Pembaptisan adapun bercanggah dengan pengajaran Injil dan dengan akidah agama Katolik sama sekali. Kami ingin tanya En.Tajuddin, "Sila beri rujukan ayat-ayat Injil atau mana-mana nas Al-Kitab Kristian yang lain yang membawa ajaran di atas atau seperti terkandung di dalam karangannya di dalam Muslimah itu kepada kami pembaca-pembaca."

Jadi, ini menunjukkan dan MEMBUKTIKAN bahawa fahaman si 'ustaz' Tajuddin mengenai amalan Katolik ini adalah salah dan kesilapannya menunjukkan dia tidak mungkin sekali pun menjadi seorang Paderi - paderi besar mahupun paderi kecil biasa! Sebab semua penganut Katolik biasa tahu dan akur yang apa yang disebutkan 'Pembaptisan' itu tidak melibatkan 'Meminum air suci' sama sekali. Kamu tidak payah menjadi seorang "Paderi" untuk mengetahui hakikat ini. SETIAP orang Katolik yang muda dan yang tua mengetahuinya, dan ini menjadi satu amalan yang lazim dipraktikkan oleh mereka. Apatah lagi seorang yang telah mengelarkan dirinya sebagai 'Paderi' kononnya, yang berperanan untuk menjadi 'Pemimpin' umat Katolik TETAPI berpegang kepada fahaman yang serong dan salah sama sekali! Sebenarnya, ustaz Tajuddin ini tidak pernah menjadi seorang 'Paderi' Kristian mahupun Katolik. Jika dia sendiri tidak tahu atau memegang kepada suatu amalan dan ajaran yang begitu 'basic' dan mendasar bagi setiap orang Katolik ini, sampai bila dia boleh mencapai dan menyandang peranan 'Pemimpin' atau 'paderi' bagi umat itu?

Lagi pun di muka surat 21 dia menuntut bahawa 'Holy Water' dibuat di suatu biara di 'Vantiken' - ini adalah KARUT SEMATA-MATA! Kalaulah En.Tajuddin masih berdegil tak mahu berganjak dari pendustaan ini maka kami memintakannya untuk sila memberi alamat penuh tempat 'Biara' ini. Dia membuat satu lagi kenyataan yang palsu apabila menuntut 'air suci' ini dibuat 'dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi'. Ini adalah pendustaan semata-mata dan jauh sama sekali dari kebenaran (Muslimah Februari 1999, m.s. 20).

Sebenarnya 'Air suci' atau 'Holy water' adalah air paip biasa yang diperolehi daripada mana-mana paip, yang didoakan oleh seorang paderi sahaja. Ia tidak pernah 'dibuat' di mana-mana tempat, di Melaka, Kota Kinabalu, London mahupun di 'Vatican' - ejaan dan sebutan 'Vantiken'nya pun salah dan silap.

Huraian di atas hanya adalah beberapa contoh-contoh percanggahan dan pengajaran-pengajaran palsu yang didakwa sebagai amalan-amalan umat Kristian yang dianjurkan oleh En.Tajuddin Othman Abdullah itu. Jika dia gagal membuktikan semua dakwaan-dakwaannya itu dengan tidak membawa ayat-ayat daripada Injil ataupun Al-Kitab (Bible) bagi menyokong apa yang dituntutnya sebagai 'amalan-amalan Kristian' seperti terkandung di dalam karangannya dalam Muslimah Februari 1999, maka sesungguhnya dia telah cuba memperdayakan pembaca-pembacanya dengan dakyah berasaskan pendustaan belaka.

Pusat Penyelidikan Katolik di Kuala Lumpur pun telah mengkaji tuntutan dan dakwaan beliau yang terkandung di dalam karangannya itu, kerana ada disebut nama Geraja Katolik di negeri Sabah, persatuan tertentu dan gelaran-gelaran serta butiran-butiran lain di dalamnya. Setelah memeriksa segala maklumat dan dakwaan dalam karangan itu dengan rapi, Catholic Research Centre atau Pusat Penyelidikan Katolik yang berpusat di Kuala Lumpur, telah memberi jawapan rasmi bagi pihak umat Katolik di Malaysia kepada Pengarang majalah Muslimah dalam sepucuk surat rasmi bertarikh Mac 26, 1999.

Di sini disertakan salinan jawaban tersebut supaya pembaca-pembaca dapat dimaklumkan apakah sebenarnya hasil pengkajian dan pemeriksaan Pusat Penyelidikan Katolik Malaysia ke atas dakwaan-dakwaan En.Tajuddin itu.

Maklumbalas daripada CRC: "Surat Terbuka Catholic Research Centre"

Catholic Research Centre (Pusat Penyelidikan Katholik) Kuala Lumpur
'Catholic Research Centre' MENJAWAB MUSLIMAH

Mei 1999

SAYA merujuk kepada rencana tersebut di atas dan ingin menyatakan bahawa Gereja Katolik di Sabah tiada dan pada bila masa pun tidak mempunyai seorang paderi atau bekas paderi yang bernama "Fr. Thomas Laiden". Tidak ada juga orang dengan gelaran sedemikian di Keuskupan Sabah atau di Gereja St Mary.

Gereja Katolik tidak mempunyai kini ataupun dahulu "Persatuan Kristian Sabah" ataupun "Persatuan Gereja Roman Catholic Sabah" seperti yang temyata dalam rencana tersebut. Tajuddin Othman Abdullah yang dirujuk dalam rencana tersebut tidak ada kena-mengena dengan Gereja Katolik sepertimana yang didakwa oleh beliau. Sesungguhnya, jika beliau mempunyai pengetahuan yang asas atau cetek pun mengenai agarna Katolik, beliau tentu akan tahu:

1. bahawa seorang Katolik tidak akan mendakwa dirinya tidak berdosa dan bahawa seorang paderi sendiri perlu mengaku dosanya kepada seorang paderi yang lain yang akan mengabsolusikan dia daripada dosanya demi nama Allah dan bukan atas kuasa sendiri.
2. bahawa pembaptisan bukanlah melalui "meminum air suci", dan air suci itu bukan "dibuat" di sebuah biara di Vatikan. Air hanya diberkati. Dan pembaptisan dilakukan tidak semestinya dengan air suci ini. Air dicurah pada dahi seseorang atau orang itu dibenamkan ke dalam air, kesemuanya bagi menandakan bahawa orang itu dibersihkan daripada dosanya apabila dia memulakan hidup baru sebagai seorang Kristian.
3. bahawa "hosti kudus" untuk penjamuan suci tidak diimpot dari Itali. Hosti suci itu dikonsekrasi dalam Misa (sembahyang agung Gereja) dan di mana sahaja misa('mass') dirayakan.
4. bahawa "Kristian" disebut dalam Alkitab. "Di Antiokha, untuk kali pertama pengikut-pengikut Yesus disebut orang Kristian". (Kisah 11:26)
5. bahawa Tuhan hanya satu sahaja: Bapa, Putera dan Roh Kudus. Tuhan itu Tritunggal, keesaan dari tiga wujud Tuhan
6. bahawa orang Kristian yang murtad tidak dibunuh.
7. bahawa orang Kristian tidak berkomplot "untuk memusnahkan Islam". Malah kita menghormati orang Islam dan kepercayaan mereka, lagi rnengasihani mereka.

Di dalam rencana tersebut ada banyak dakwaan palsu dan jika kami memberi komen terhadapnya kami akan hanya menguatkan lagi kepalsuannya... Rencana tersebut mengandungi fitnah dan rnenjadikan orang Kristian terbuka kepada pandangan hina, kebencian dan kejijikan oleh rakyat umum khasnya saudara-saudara Muslimin dan Muslimat kita.

Dalam keadaan begini dan atas nama keadilan dan kesaksamaan, saya menuntut bahawa puan menerbitkan dengan ketaranya suatu penarikan balik rencana tersebut di dalam keluaran Muslimah akan datang serta menyatakan kebenaran seperti terkandung dalam surat ini.

Yang benar,

Father O. C. Lim, sj

Pengarah Pusat Penyelidikan Katholik

\s.k. Uskup Agung Kuala Lumpur
Kementerian Dalam Negeri



Berdasarkan kepada apa yang telah didakwa, kami ingin meminta dari Encik Tajuddin Othman Abdullah ini supaya :

1) Berilah kepada pembaca-pembaca, rujukan daripada Injil Hazrat Isa Al-Masih ataupun Al-Kitab Kristian/Katolik di mana umat Katolik diarahkan supaya mereka meminum air Pembaptisan. Kami tuntut daripada Encik Tajuddin ini - i) sila berikan bab dan ayatnya daripada Injil/Al-Kitab Kristian di manakah ajaran ini dijumpai? dan, ii) sila berikan rujukan daripada Al-Kitab di mana 'air Holy Water' ini dibuat di 'Vantiken' dan Kristian diarahkan meminumnya.

2) Di mukasurat 24 pula, si ustaz ini pun menuntut bahwa 'Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh.' Ini adalah muslihat belaka. Gereja Katolik hari ini tidak membunuh mereka yang menukar agama mereka. Keputusan untuk memilih mana-mana agama adalah terserah kepada setiap individu Katolik. Mereka ada kebebasan untuk memilih agama mereka tanpa apa-apa tekanan dari luar. Jadi ini adalah satu lagi kenyataan palsu dan pendustaan yang dibuat oleh ustaz Tajuddin.

3) Di mukasurat 21 pula, Encik Tajuddin mendakwa bahawa:

"di Romawi ia (Kristian) dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam Kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut 'Kristian'."

Inilah satu lagi contoh yang terang benderang mengenai kekosongan kata-kata En.Tajuddin ini. Malah ini bukan sahaja kata-kata kosong tetapi satu lagi dalil pendustaannya! Istilah "Kristian" ADA DISEBUT di dalam Injil mahupun di dalam Al-Kitab:

"Di Antiokhia, untuk kali pertama pengikut-pengikut Isa disebut orang Kristian." (Kisah Rasul-Rasul 11 ayat 26)

Jadi, segala yang dituntut oleh "paderi" terpesong ini tidak mempunyai asas di dalam Kitab yang konon telah dipelajarinya.

Jadi, kita dapat melihat ada banyak yang tidak logik dengan apa yang diceritakan dan dituntut oleh En.Tajuddin ini. Ada banyak juga lagi yang tidak benar dan merupakan muslihat dan pembohongan-pembohongan belaka dan pendustaan-pendustaan ini cuba digunakan oleh ustaz Tajuddin bagi 'mengubati' umat Islam di sini.

Kami kemukakan tuntutan kami dan memohon ustaz ini memberikan rujukan ayat-ayat Al-Kitab yang mengajar 'amalan-amalan Kristian' yang dianjurkannya di dalam perkara (1) di atas dan juga ada di dalam ceritanya di dalam Majalah Muslimah Februari 1999 yang lalu. Jika ustaz Tajuddin ini tidak dapat memenuhi permohonan yang dihurai diatas maka sudah terbuktilah yang dia dan ceritanya tidak memihak kebenaran. Kalau ustaz Tajuddin ini tidak dapat buktikan ajaran dan amalan "Kristian/Katolik"nya seperti terkandung di dalam ceritanya terdapat di dalam Al-Kitab Bible dan disokong pula oleh rujukan-rujukan dan ayat-ayat relevan yang terang dan jelas, maka dia:

1. seharusnya menarik balik ceritanya di dalam majalah Muslimah Februari 1999 dan,
2. memohon maaf daripada umat Kristian/Katolik kerana dia telah membohongi mengenai amalan-amalan dan ajaran-ajaran mereka. Dia juga,
3. seharusnya memohon maaf daripada umat Islam yang telah membaca ceritanya kerana dia telah cuba mengunakan dakyahnya yang palsu bagi menjual ide yang berlandaskan pembohongan mengenai umat Kristian/Katolik untuk memperdayakan mereka.

Ini adalah tindakan yang wajar dan mulia bagi En.Tajuddin Othman sebagai seorang yang, mengikut tuntutannya, menyandang tugas 'seorang ustaz.'

Daripada Injil kami mendapat ajaran supaya jangan membangunkan ibadat dan kerohanian kami berlandaskan kepada kepalsuan dan pendustaan, tetapi untuk sentiasa membangunkan keimanan kami berdasarkan kebenaran dan berwaspada akan pembohongan yang mencurigakan.

Kalaulah ustaz Tajuddin ini benar-benar mengutamakan kebenaran dan inginkan cahaya kebenaran bagi dirinya dan umatnya, kami menasihatinya supaya janganlah menggunakan pendustaan-pendustaannya itu sebagai satu cara memajukan dan membangunkan 'syiar' Islam. Kerana 'kemajuan syiar' itu berlandaskan kepada sesuatu yang sudah terbukti sebagai pendustaan belaka dan malangnya ini ialah kegelapan yang amat mencurigakan.

Adalah diharap supaya pembaca-pembaca sedar selalu akan kewujudan banyak pendustaan dan pembohongan yang telah digunakan untuk mengelirukan dan memesongkan ajaran-ajaran Kristian yang sebenar. Kami dengan ikhlasnya ingin menasihati semua pembaca-pembaca berwaspada terhadap dakyah-dakyah yang tidak berasas ini supaya mengkaji dan memeriksa dengan cara terbuka semua dakwaan dan tuntutan terlebih dahulu dan janganlah senang diperdayakan, supaya segala dakyah-dakyah yang tidak berasas ini janganlah ditelan dengan bulat-bulat sahaja!

Sumber: http://ustaztajuddin.blogspot.com/2005/01/iktibar-kepada-mereka-yang-mudah.html

Anonymous said...

entahlah..inilah akibat kalo tidak mempunyai pengalaman luas..main lantak ja blog..kalau langsung tak tahu menahu jangan siarkan kalau kesahihan tidak tahu..tq pengait.