Tuesday, August 5, 2008

KISAH PADERI SABAH MASUK ISLAM-SIRI 2

sambungan....

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan
ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul
yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu
telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi,
kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama
Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab,
"Dia Tuhan." "Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan?
Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ
(Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu
Tuhan.

Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke
dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia,
semua bangsa dan agama.
" Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun
dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia
mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah
dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan
padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?"
Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik,
apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak,
kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya
terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa.
Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.
Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai
seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa.

Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i). Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka
mesti dibaptiskan air suci.
ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci
v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima
Krisma
vi) Kristi Imaman - menjadi paderi
vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak
menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah
paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu
menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi
dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai
akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini.
Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor
perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak
boleh mengucap, hatinya telah tertutup.

Menurutnya beliau sudah tidak yakin
lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian
beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah
permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa
sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau
memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam
tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh
melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya
pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya
semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan
diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan
hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi
di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa.

Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.
Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu
Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir.
Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis.
Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik
Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup
mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi
apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya
mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai
bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water
ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang
pembuatnya di biara Vatican telah memeluk Islam dan membongkar rahsia
ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati
dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh
Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakana
padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh
tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh
tuhan?.

Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus
(sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu
penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang
sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa
yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai
rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan
lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah
klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi
kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan
kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan
datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi
yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih). Sebenarnya
agama Kristian ini salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama
Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang
pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama
Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia
dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa
(Injil) tidak ada disebut Kristian.

Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.
Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang
menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak
begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai
Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

to be continued....
he3...myb sampai siri 5 or 6

No comments: