Wednesday, August 6, 2008

PERANG THA'IF.... SAMBUNGAN PERANG HUNAIN..

GHAZWAH AL-TA'IF


Peperangan Ta'if ini merupakan sambungan kepada peperangan Hunain, kerana sebahagian besar dari saki baki tentera Huwazin dan Thaqif telah lari bersama turus agungnya Malik bin Aufke "Ta'if", mereka berkubu di sana, lantaran itu maka Rasulullah segera memburu mereka ke sana setelah selesai membersih kawasan Hunain dari tentangan dan pengurusan al-Ghanimah di "al-Ja'ranah". Peristiwa ini berlaku pada bulan Syawal tahun 8 hijrah.Ghazwah ini telah didahului oleh satu pasukan peninjau yang dipimpin oleh Khalid ibni al-Walid dengan kekuatan tentera seramai 1,000 orang. Setelah itu barulah Rasulullah (s.a.w) memasuki ke Ta'if. Dalam perjalanan ini Baginda telah melalui an-Nakhlah al-Yamaniyah, melalui Qaran al-Manazil kemudian memasuki Liyah, di sana terdapat kubu Malik bin Auf dan Baginda memerintah supaya dirobohkan. Setelah itu Ilaginda meneruskan perjalanan hingga sampai ke Ta'if dan berkhemah berhampiran dengan kubu Ta'if. Seterusnya Baginda mengepung kubu berkenaan. Pengepungan dan perintah berkurung tidak mengambil masa yang panjang, kerana mengikut riwayat Anas melalui Imam Muslim mengatakan bahawa pengepungan ke atas mereka itu memakan masa empat puluh hari, tetapi ahli al-Sirah menyatakan pendapat yang berlainan, ada yang mengatakan dua puluh hari, ada pendapat sepuluh hari, yang lain mengatakan lapan belas hari dan ada yang menyebut lima belas hari.

Di dalam tempoh pengepungan ini berlaku panah memanah dan lontar melontar tombak dipermulaan pengepungan kaum muslimim menghadapi lontaran panah bagaikan hujan, menyebabkan beberapa orang Islam terkena lontaran tersebut, dua belas orang dari mereka gugur syahid, hingga terpaksa mereka berpindah dari garis pertahanan mereka ke suatu tapak lain, tapak itu dikenali sebagai tapak masjid al-Ta'if yang ada sekarang ini. Sebagai tindakan seterusnya Rasulullah menghala "Manjaniq" pelontar peluru batu ke arah penduduk al-Ta'if menyebabkan sebahagian benteng mereka runtuh. Ini membuka jalan kepada tentera Islam memasuki ke dalam benteng dengan perisai bergerak mereka, tetapi di masa itu musuh telah sempat menuang cecair besi dari atas benteng menyebabkan perisai mereka terbakar bersama-sama dengan tentera yang dibawahnya. Dengan itu tentera yang berada di bawahnya lari dek kepanasan, semasa mereka lari dari perisai, mereka dihujani dengan anak panah, menyebabkan banyak yang gugur syahid.

Salah satu cara dan taktik perang yang digunakan, Rasulullah memerintah supaya dimusnahkan pokok-pokok anggur musuh. Ini bertujuan untuk memaksa mereka menyerah kalah, dengan itu tentera Islam menebang dan menebas pokok-pokok anggur. Apabila orang-orang Thaqif melihat tindakan menebas sedang dijalankan, lalu mereka meminta belas kasihan kerana Allah. Maka Rasulullah pun menangguhkannya demi kerana Allah dan kasihan belas. Untuk tindakan selanjutnya seorang pemberitahu bagi pihak Rasulullah, mengisytiharkan dengan katanya: "Sesiapa sahaja yang keluar dari dalam benteng dan mendatangi kami beliau adalah bebas". Dengan itu maka keluar seorang lelaki bersama dengan dua puluh tiga (23) orang, lelaki itu dikenali sebagai Abu Bakarah kerana beliau turun dari atas benteng melalui Bakarah iaitu kincir, kesemua mereka ini dibebaskan oleh Rasulullah, tiap seorang dari mereka diserahkan kepada orang-orang Islam untuk di beri makan Penghuni benteng terasa keberatan untuk menerima tindakan Rasulullah ini.

Oleh kerana terlalu lama mengepung benteng, dan tidak nampak tanda-tanda yang ianya akan jatuh dan menyerah kalah, di samping tentera Islam terus mengalami kecederaan kerana lontaran panah atau tersimbah cecair besi, penduduk benteng sudah pula membuat persiapan yang cukup kiranya mereka terkepung, mereka masih boleh bertahan untuk tempoh setahun. Untuk itu Rasulullah bertanya pendapat Naufal bin Muawiah al-Dili, jawab beliau "Mereka ini tak ubah seperti musang di dalam lubangnya sekiranya tuan hamba tunggu di sini bolehlah tuan hamba mengambilnya dan kalau ditinggalkan ianya tidak membahayakan". Oleh itu maka Rasulullah pun berazam untuk membatal pengepungan dan berangkat pulang. Sebagai tindakan seterusnya maka Rasulullah menyuruh Umar bin al-Khattab memaklumkan kepada orang ramai dengan suaranya: "Kita semua akan berangkat pulang esok InsyaAllah". Buat sesetengah orang terasa berat tindakan ini, lantas mereka berkata: "Apa? kita hendak berangkat pulang tanpa membuka kubu mereka?". Jawab Rasulullah: "Baiklah, kalau begitu, esok kamu seranglah mereka". Pada keesokan harinya mereka membuat serangan, menyebabkan ada di antara mereka yang tercedera. Di masa itu Rasulullah berkata: "Esok kita berangkat InsyaAllah". Para sahabat pun terasa gembira dengan pelawaan Rasulullah itu dan semua orang pun patuh. Dengan itu, mereka pun beredar dari situ, sedang Rasulullah tersenyum melihat telatah para sahabatnya. Semasa mereka sedang beredar dari situ, Rasulullah menyeru mereka beramai-ramai melafazkan:

Kami pulang, kami bertaubat kami beribadat, kepada Tuhan jua kami memuji.
Dan kata mereka seterusnya: "Wahai Rasulullah: Doakankemusnahan Thaqif". Maka kata Rasulullah: "Ya Allah! Ya Tuhanku, berilah hidayat kepada Thaqif dan bawalah mereka semua kepangkuan kami".



PEMBAHAGIAN HARTA RAMPASAN DI AL-JA'RANAH


Sekembalinya Rasulullah selepas pembatalan pengepungan ke atas Thaqif di Ta'if, Rasulullah terus tinggal di al-Ja'ranah untuk selama sepuluh hari lebih, tanpa membahagikan rampasan-rampasan perang, malah Rasul sengaja melambatkannya, dengan harapan ahli Hawazin akan kembali bertaubat, hingga dengan itu mereka berhak meng.ambil balik barang-barang mereka tetapi tak seorang pun dari mereka berbuat demikian. Dengan itu Rasulullah pun membahagikan harta-harta rampasan itu, bertujuan untuk menutup mulut orang-orang yang hendak sangat harta- harta itu terutamanya pemuka-pemuka dan pemimpin qabilah-qabilah dan kenamaan-kenamaan Makkah. Golongan muallaf adalah orang yang pertama diberikan dan mereka mendapat habuan yang lumayan. Rasulullah memberi kepada Abu Sufian sahaja empat puloh auqiyah emas dan seratus ekor unta, namun beliau bertanya lagi: "Anak ku Yazid"? Rasulullah memberi qadar yang diberi kepada Abu Sufian juga, kemudian kata Abu Sufian: "Anakku Muawiyah"? Maka Rasulullah memberi kepada Muawiyah kadar yang sama juga, Rasulullah memberi kepada Sufwan bin Umaiyah seratus ekor unta kemudian ditambah seratus lagi dan tambah seratus yang lain pula.

Baginda memberi kepada al-Harith bin al-Harith bin Kildah seratus ekor unta, hal yang sama dilakukan kepada pemimpin Quraisy yang lain diberinya tiap orang seratus ekor unta, kemudian yang lain diberinya masing-masing lima puluh ekor tiap seorang. Hal ini telah menimbulkan rungutan di kalangan orang ramai bahawa Muhammad mengagih-agih harta rampasan bagaikan tidak takut papa, menyebabkan orang-orang Arab Badwi mengesa-gesa permintaan mereka dari Rasulullah, hinggakan mereka memaksa-maksa Rasulullah, dan Rasulullah berganjak ke belakang hingga tersandar ke sepohon pokok. Tidak setakat itu sahaja malah sanggup mereka merentap kain Rasulullah meminta supaya dibahagikan kepada mereka, hingga terpaksa Rasulullah menyebut: "Hai manusia, kain itu kain aku, pulangkan balik kepada ku, demi Allah yang diri ku ditanganNya, kalaulah aku ada unta sebanyak pohon-pohon kayu di Tihamah nescaya aku agihkan kepada kamu semua, hingga tidak ada orang menyebut aku ini masih bakhil, takut dan berdusta lagi". Setelah itu Rasulullah berdiri di samping untanya dan mencabut seurat bulu di bunggul untanya. Baginda memegang bulu unta tadi dan mengangkatnya sambil berkata: "Wahai kalian, demi Allah aku tidak hendak barang rampasan kamu itu seberat bulu unta ini, kecuali bahagian seperlima itu sahaja dan yang seperlima itu pun diserahkan kembali kepada kamu".

Setelah dibahagikan harta rampasan tadi kepada golongan "Muallafah Quiufuhum" yakni golongan mualaf, Rasulullah meminta Zaid bin Thabit membawa baki harta rampasan dan penerima-penerimanya, disitu juga Rasulullah membahagikannya, di mana setiap orang memperolehi empat ekor unta, dan empat puluh biri-biri namun walau macam mana sekali pun askar berkuda memperolehi dua belas ekor unta dan seratus dua puluh (120) ekor biri-biri. Pembahagian harta-harta rampasan ini berdasarkan kepada siasah yang bijak, kerana di dunia ini terdapat seramai manusia untuk diajak kepada kebenaran melalui kekenyangan perut mereka dan bukannya melalui minda akal, sepertimana binatang-binatang diajak untuk melalui jalahnya dengan seberkas rumput yang terus memasuki kandangnya lantaran seberkas rumput yang diumpankan di hadapannya. Demikianlah halnya dengan ragam manusia yang memerlukan kepada pancingan supaya dapat berjinak dengan cahaya iman, merasa selesa dan bersenang dengannya.

Terkilannya orang-orang Ansar Ibnu Ishak meriwayatkan melalui Abu Said al-Khudri, katanya: Apabila Rasulullah memberi saham-saham rampasan kepada orang-orang Quraisy dan qabilah-qabilah lain, sedang al-Ansar tidak diberi sesuatu pun kepada mereka, maka timbullah bisikan-bisikan sesama mereka, malah ada sungutan dari mereka yang menyebut: Demi Allah, nah sekarang Rasulullah sudah bertemu kembali dengan kaum sebangsanya, di masa itu Saad bin Ubadah datang menemui Rasulullah dengan berkata: Wahai Rasulullah, kini orang-orang Ansar sudah terkilan flengan tindakan yang tuan hamba telah lakukan itu, dengan pemberian yang begitu banyak di kalangan kaum sebangsa tuan hamba, dan perkara ini tidak berlaku pula di kalangan orang-orang Ansar. Kemudian tanya Rasulullah: "Di dalam hal ini di mana sikap kau?" Jawab Saad: "Wahai Rasulullah, aku ini tidak lebih dari seorang individu dari kaum ku". Kata Rasulullah pula: "Kalau demikian ajaklah semua kaum mu itu ke tempat ini".

Dengan itu Saad pun mengumpul kaum al-Ansar ke tempat yang diperintahkan oleh Rasulullah, terdapat juga beberapa orang Muhajirin yang telah turut ke situ, mereka dibenarkan, kemudian ada sekumpulan yang lain telah ditolak. Sebaik sahaja mereka telah berkumpul di situ Saad pun datang menemui Rasulullah dan berkata: "Mereka semua sudah berkumpul wahai Rasulullah. Dengan segera Rasulullah datang menemui mereka, setelah bertahmid dan memuji Allah Baginda terus berkata: "Wahai kalian Ansar, sebenarnya telah pun sampai kependengaran ku sungutan-sungutan kamu itu dan luahan-luahan perasaan kamu semua. Baiklah! Tidakkah semasa ku datangi kamu dalam kesesatan lalu Allah hidayatkan kamu? Tidakkah kamu dalam kesusahan kemudian Allah cantumkan hati-hati kamu?" Kemudian jawab mereka: "Bahkan ya Rasulullah, Allah dan RasulNya lebih baik dan lebih afdhal". Kemudian Rasulullah bertanya: "Mengapa kamu tidak menjawab daku wahai al-Ansar?" Jawab mereka: "Dengan apa yang akan kami jawab wahai Rasulullah?" Katakanlah: "Bagi Allah dan RasulNya jua kebaikan dan kelebihan".

Seterusnya Rasulullah berkata lagi: "Demi Allah, kalau kamu mahu kamu boleh berkata dan kamu boleh membenarkan ungkapan ku ini". Lantas jawab mereka: "Kami mendatangi mu wahai Rasulullah dalam keadaan didustai lalu kamilah yang membenarkan tuan hamba, engkau yang diabaikan lalu kamilah yang membantu tuan hamba, dan engkau yang terlantar lalu kamilah yang memeliharakan tuan hamba". Seterusnya Baginda berkata: "Wahai kalian al-Ansar, apakah kamu masih terkilan lagi dengan sisa-sisa dunia yang menjadi tarikan buat sesetengah orang, sedang kamu sudah pun pasrah pada Islam? Wahai kalian Ansar tidakkah kamu boleh merelai dengan orang ramai pulang bersama dengan unta dan kambing sedang kamu membawa pulang Rasulullah? Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di tanganNya, kalau tidak kerana hijrah nescaya ku ini adalah salah seorang kaum al-Ansar dan seandainya orang ramai memilih satu lorong dan kaum al-Ansar memilih satu lorong yang lain nescaya ku pilih dan ku lalui lorong orang-orang Ansar, Ya Allah Ya Tuhanku kasihanilah kaum Ansar, anak- anak kaum Ansar dan anak cucu Ansar". Mendengarkan kata-kata tersebut, maka sekalian hadirin pun menangislah hingga janggut mereka dibasahi dengan air mata sambil mereka berkata: "Kami rela bersamamu wahai Rasulullah sebagai habuan dan bahagian kami". Dengan itu Rasulullah pun beredar dari situ dan diikuti oleh sekalian yang hadir.





KETIBAAN ROMBONGAN HAWAZIN

Selepas pembahagian rampasan tiba-tiba datanglah rombongan Hawazin yang terdiri dari empat belas orang sebagai orang-orang Islam, mereka dikepalai oleh Zahir bin Sord, bersama-sama rombongan ialah Abu Burqan bapa saudara sepenyusu Rasulullah (s.a.w), rombongan Hawazin meminta Rasulullah memulangkan kepada mereka orang-orang tawanan dan harta-harta rampasan mereka.

Setelah berbicara dengan Rasulullah dengan bahasa yang amat halus memikat hati, kemudian jawab Rasulullah: "Sebenarnyabersama-sama ku ini orang-orang yang kamu tengok ini, sebaik-baik bahasa pada ku ialah yang paling benar, sekarang aku hendak tahu, mana satukah yang tersayang bagi kamu, anak isteri atau harta? Jawab mereka: Tiada suatu pun boleh menandingi anak-anak keturunan kami. Maka kata Rasulullah: Nanti apabila aku hendak sembahyang tengahari (maksud Rasulullah sembahyang Zohor) di masa itu kamu semua bangun dan ucaplah: Sebenarnya dengan perantaraan Rasulullah kami memohon kepada kamu semua dan sebaliknya dengan perantaraan kaum mu'min kami memohon kepada Rasulullah supaya dikembalikan kepada kami orang-orang kami yang ditawan itu.

Sebaik sahaja Rasulullah bangun untuk menunaikan sembahyang Zohor maka sekalian rombongan Hawazin itu pun bangun dan menyeru kepada seluruh kaum muslimin di situ sepertimana yang diajarkan kepada mereka oleh Rasulullah (s.a.w). Dengan itu jawab Rasulullah (s.a.w): "Adapun apa yang di dalam tangan ku dan di tangan Banu Abdul al-Muttalib adalah kembali semula kepada kamu. Dan dengan ini aku meminta kalian berbuat seperti yang ku lakukan". Maka sahut golongan al-Ansar dan al-Muhajirin: "Apa yang ada di tangan kami terserahlah kepada Risulullah (s.a.w)". Berkatalah al-Aqra' bin Habis: "Adapun, apa yang di dalam tangan ku dan Banu Tamim tidak sama sekali". Kata Uyainah bin Hisn pula: "Apa yang di dalam tangan kami dan Banu Fazarah tidak akan dikembalikan". al-Abbas bin Mirdas pula berkata: "Apa yang di dalam tangan kami dan Banu Salim tidak sama sekali". Tetapi kata Banu Salim: "Apa yang di dalam tangan kami adalah untuk Rasulullah (s.a.w)". Makasampok al-Abbas. bin Mirdas: "Kamu semua telah menjadikan aku lemah".

Seterusnya Rasulullah bersabda dengan katanya: "Sebenarnya rombongan mereka ini telah datang dengan keadaan memeluk Islam, dan sebelum ini daku telah cuba melengahkankan pembahagian rampasan untuk memberi kesempatan kepada mereka, tetapi mereka terlewat, mereka datang setelah sudah ku membuat pembahagian, namun demikian ku telah beri tawaran kepada mereka, untuk mereka membuat pilihan, tetapi mereka tidak berganjak dari pendirian mereka, iaitu mereka mengutamakan kepulangan anak isteri mereka ke pangkuan mereka, maka sesiapa yang memiliki anak isteri mereka dan terasa senang untuk memulang kembali adalah dialu-alukan dan sesiapa terasa hendak memiliki terus tawanan itu juga kita berseru supaya memulangkan kepada Banu Hawazin. Bagi orang yang berbuat demikian ganjaran pada setiap sahamnya adalah enam kali ganda dari apa yang dianugerahkan Allah ke atasnya". Maka kata sekalian yang hadir: "Kami bersenang hati untuk mematuhi Rasulullah (s.a.w)". Jawab Rasulullah: "Namun demikian kami belum dapat mengenali mana di antara kamu yang merelainya dan mana yang tidak, ayuh kamu pulang dahulu, kemudian ketua-ketua kamu membentang semula perkara ini kepada kami".

Akhirnya kaum perempuan dan anak Hawazin dipulangkan ke pangkuan keluarga mereka, kecuali yang di bawah milik Uyainah bin Hisn yang enggan untuk memulangkan seorang perempuan tua, namun walau bagaimanapun kesudahannya beliau serahkan juga dan Rasulullah menyelimutkan tawanan yang berketurunan Qibtiah itu dengan kain tenunan Mesir.



UMRAH DAN PULANG KE MADINAH

Selepas selesai pembahagian harta rampasan di Ja'ranah, Rasulullah pun berihram untuk menunaikan umrah, kemudian terus Baginda berangkat pulang ke Madinah setelah melantik Utab bin Usaiyed sebagai gabenor Makkah. Kepulangan Rasulullah ke Madinah adalah pada enam hari terakhir bulan Zulkaedah tahun kelapan (8) Hijrah. Syeikh Muhammad al-Ghazali merakamkan di dalam bukunya "Fiqh al-Sirah" : Betapa jauhnya jarak masa di antara kemenangan yang dicapai setelah Allah mengalungkan diri Baginda dengan pembukaan yang mulia ini dengan masa kedatangan Baginda ke bumi ini di lapan tahun yang silam. Baginda tiba sebagai seorang yang diburu, mencari perlindungan, berdagang, berkelana, meminta pemeliharaan dan penjagaan, lalu dimuliakan dan direstui, dibantu dan disokongi. Akhirnya kaum muslimin memperolehi petunjuk yang dianugerah kepada Baginda itu. Malah mereka semua tidak keberatan untuk mempertahankan Baginda. Kini genap lapan tahun Baginda memasuki al-Madinah yang di suatu ketika dulu menyambut Baginda sebagai seorang perantauan hijrah yang ketakutan, kini orang yang sama menyambut Baginda pula, selepas Makkah tunduk di bawahnya. Makkah yang di suatu ketika dahulu sombong dan bongkak kini melutut dihadapanya menyerah diri untuk diproses dengan nilai-nilai murni Islam. Baginda memaafi segala keburukan dan kesombongan silamnya. Seperti firman Allah yang bermaksud:

"sesungguhnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar maka sebenarnya Allah itu tidak mensia-siakan pahala golongan berihsan."

No comments: