Friday, October 31, 2008

man jadda wajada







ASSALAMUALAIKUM....

"man jadda wajada,man zaroa' hasoda"

sape bersungguh dia dapat,sape brccucuk tanam dia dpt hasilnya....
tiada istilah terlambat....
cayok2 my beloved sohabaat....

Saturday, October 25, 2008

sekadar renungan

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat 
> Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam 
> senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. 

> "Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga 
> ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu 
> pegawai itu lagi. 

> "Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei. 
> Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. 

> Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah. 

> "Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya. 

> "Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah. 

> "Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan 
> tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul 
> saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei dengan 
> wajah berseri-seri. 

> "Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak 
> dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai." 

> "Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. 
> Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat- 
> lewatnya minggu depan." 

> "Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun 
> lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu." 
> Mak Pah merenung gusar wajah suaminya. 

> "Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka 
> tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." 
> Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang 
> itu tidak akan menghampakan harapannya. 

> "Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita 
> berunding," cadang Pak Uwei. 

> "Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok 
> kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti 
> nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan 
> rancangan Pak Uwei. 

> "Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, 
> hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh 
> lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak 
> bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali 
> ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada 
> anaknya. 

> "Tapi bang?... " 

> "Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. 
> Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah 
> melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia 
> akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia 
> hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya. 

> "Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik 
> sama?" tanya Balkis. 

> "Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke 
> tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei. 

> Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas 
> bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata 
> anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak 
> seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur 
> sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat 
> gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar 
> besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing. 

> "Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung 
> belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak 
> bekerja kilang. 

> "Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. 
> Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei. 

> "Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok 
> berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari 
> mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?" 

> "Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang 
> duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok 
> pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan 
> cuba membuat abahnya faham. 

> "Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau 
> tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!" 

> "Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, 
> kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas 
> Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya. 

> "Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... 
> aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak 
> kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!" 

> Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang 
> Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia 
> bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. 
> Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. 

> Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula 
> dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan 
> malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu. 

> "Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei 
> memulakan bicara. 

> "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya. 

> "Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. 
> Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan 
> Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," 
> Pak Uwei mengutarakan hasratnya. 

> "Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje 
> keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi 
> bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz. 

> "Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat- 
> lewatnya minggu depan." 

> "Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak 
> pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan 
> budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah. 

> "Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya PakUwei 
> melindungi kekecewaannya. 

> "Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu 
> pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi 
> abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz. 

> Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis, 
> boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki 
> durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis. 

> "Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit 
> simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham 
> ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi." 

> Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis. 

> "Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. 
> Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman." 

> "Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri 
> baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang 
> menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei 
> terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan 
> menghampakannya. 

> "Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang 
> dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba 
> meredakan keadaan. 

> "Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu 
> lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah tak 
> ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik 
> meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. 
> Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak 
> menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat 
> kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan 
> mengecewakannya begitu. 

> "Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak 
> turut serta balik bersama abang dan kakaknya. 

> "Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai 
> kain selendangnya. 

> "Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap. 

> "Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi 
> kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan 
> sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. 

> Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar. 

> "Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?" 

> "Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye." 

> "Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah. 

> "Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah 
> tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala 
> memerhatikan Intan berlalu pergi. 

> Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat 
> anaknya itu menyisihkan diri. 

> Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang 
> menikmati juadah tengah hari. 

> "Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. 
> Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api." 

> "Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh 
> mencapai pinggan. 

> "Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang 
> lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. 
> Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia 
> mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang 
> membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain. 

> "Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan menghampiri 
> mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian 
> menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca. 

> "Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan 
> meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. 

> Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak 
> sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. 
> "Abah ni... ke situ pulak...." 

> "Habis tu?" 

> "Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni, 
> resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. 
> Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni 
> untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan 
> duit itu dalam genggaman Pak Uwei. 

> "Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya 
> bagai tidak percaya. 

> "Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh 
> Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan 
> abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. 
> Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. 
> Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti 
> mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan 
> dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik 
> haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. 
> Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang 
> tak seberapa ini dari Intan," 
> tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah 
> berkedut dimamah usia. 

> "Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah 
> selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi 
> akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," 
> luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang 
> selama ini dimusuhinya. 

> "Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. 
> Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan." 

> "Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan... ,"ujar 
> Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. 

> "Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," Mak Pah 
> mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran. 

> "Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. 

> Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang 
> menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira 
> bercampur hiba. 

> "Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya 
> memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. 

> "Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana 
> nanti?" 

> "Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang 
> penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna." 

> "Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak 
> membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak 
> itu. 

> "Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang 
> Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," 
> pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. 
> Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu. 

> ............ ......... ......... ....... 

> Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei 
> mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah 
> menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap 
> di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap 
> tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah 
> suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan 
> pergi jauh. 

> "Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga. 

> "Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita." 

> "Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah. 

> Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. 

> "Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya 
> tanpa dapat menahan airmata menitis laju. 

> "Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari 
> wajah Intan. 

> "Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium 
> tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" Tanya Pak Uwei terasa 
> hampa. 

> "Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, 
> dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan 
> tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. 
> Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak 
> kena. 

> "Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil 
> nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." 
> cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang 
> sedang memandu. 

> "Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz 
> cuba bergurau walaupun terasa sayu. 

> "Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah 
> nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap 
> pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?" 

> "Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," 
> ajak Azman menukar tajuk perbualan. 

> "Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei. 

> Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru 
> memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir 
> menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata. 

> "Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa 
> mentuanya. 

> "Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" 
> Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. 

> "Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah. 

> "Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu 
> di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya 
> terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain 
> batik lepas. Dadanya bergetar. 

> "Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang 
> menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. 

> "Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya. 

> "Kenapa Az... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan 
> melangkah laju ke bilik Intan. 

> "Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang 
> terduduk lemah. 
> Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. 
> Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. 
> Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. 

> "Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan 
> tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," 
> pujuk Long Semah yang masih belum pulang. 

> "Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan 
> hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala 
> salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia 
> minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah. 

> "Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah 
> tersedu sedan. 

> "Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. 
> Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum 
> mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu 
> lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak 
> hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia 
> ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. 
> Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz. 

> Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan 
> memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu 
> bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah 
> belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah 
> doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.." 

> Tamat.... 

> Moral cerita ...... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa 
> sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah sementara 
> berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita bernyawa. 
> Renung-renungkan. ..


>
MENGORBANKAN PERASAAN SATU JIHAD
Manusia adalah jenis makhluk yang ada perasaan.
Apabila kita menyebut perasaan, ia adalah rasa-rasa yang bertapak di hati nurani dan sarangnya adalah hati daging.
Perasaan-perasaan itu seperti rasa kasih, rasa benci, rasa jijik,rasa simpati, rasa marah, rasa dendam, rasa rindu, rasa malu,rasa megah, rasa sombong, rasa takut, rasa serba salah, rasa berbelahbagi.
Perasaan-perasaan yang merupakan fitrah atau tabiat semulajadi manusia, bukan senang hendak diasuh, dididik, didisiplinkan,dikendalikan dan diurus kerana ia ada yang positif, adayang negatif.
Yang positif hendak dilepaskan, yang negatifhendak ditahan.
Melepaskan yang positif adalah satu pengorbanan.
Menahan yang negatif adalah juga satu pengorbanan.
Mengorbankanperasaan dianggap satu jihad, yakni jihad batin.
Bahkan ia lebihbesar lagi daripada jihad-jihad benda-benda yang lahir sepertimengorbankan tenaga, harta dan nyawa.
Jihad yang lahir tidak akan boleh berlaku kalau tidak bermuladaripada jihad yang batin.
Dari yang batinlah mencetuskan yang lahir.
Kalau yang batin tidak mampu hendak dikorbankan sudahtentu yang lahir ikut serta, sudah tentu tidak sanggup dikorbankan.
Yang sebenarnya pengorbanan yang lahir itu, ia adalah merupakan implimentasi dari pengorbanan yang batin.
Dengan kata-kata yang lain, pengorbanan yang lahir itu adalah buahdaripada pengorbanan yang batin iaitu pengorbanan perasaan.
Perlu diingat, untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala perlukanpengorbanan.
Tidak ada pengorbanan, tidak ada keredhaan.
Tidak ada pengorbanan adalah nonsence.
Tidak ada pengorbananadalah angan-angan.
Tidak ada pengorbanan, tidak akanada kejayaan untuk dunia dan Akhirat.
Mengorbankan perasaan, amat susah hendak dilakukan.
Sungguh perit dan sakit.
Sungguh tercabar dan menyusahkan.
Saya bawa beberapa contoh:Kita kasih dan sayang pada suami kita.
Kita suka dia dudukdi rumah sahaja untuk membelai kita.
Apakah mudah kasihsayang kita itu hendak kita korbankan untuk membenarkan diaberjuang di luar rumah.
Untuk dia menunaikan kewajipan kepadaTuhan di luar rumah hingga terpisah daripada kita beberapa ketika.
Kita sayang sangat dengan suami kita.
Apakah mudah kitahendak korbankan kasih sayang kita untuk dibahagi sedikitkepada orang lain dengan membenarkan suami kita berkahwin lagi.
Agar suami kita itu dapat dikongsi kasih sayangnya denganorang lain.
Kita marah kepada seseorang.
Bolehkah kita korbankan perasaan marah itu hingga kita boleh memberi maaf atau memintamaaf kepada orang itu.
Sanggup memberi maaf atau meminta maaf ertinya kita sanggup mengorbankan perasaan ego atau sombong kita.
Kita sayang sangat dengan harta kita.
Perasaan sayang dengan harta itu kita korbankan dengan cara harta kita itu kita infakkan kepada jalan Allah.
Perasaan itu sudah tentu menyeksakankita.
Perasaan ingin berehat.
Ingin bersenang-senang dan menyenangkan badan.
Tiba-tiba ada tetamu datang atau ada jiran yang memerlukan pertolongan kita.
Sanggupkah kita mengorbankan perasaan dengan cara kita hormati tetamu atau kita pergi menolong jiran kita yang memerlukan pertolongan kita.
Kita diuji dengan berbagai-bagai ujian, miskin, kemalangan,bencana alam.
Sudah tentulah hati kita susah.
Begitulah perasaankita di waktu itu.
Kalau kita tidak boleh menahan atau mengorbankan perasaan kita, sudah tentu kita keluh-kesah, risau.
Fikiran berserabut atau tidak menentu hingga memberi kesan disudut kehidupan kita yang lain. Bahkan boleh menyusahkan orang lain.
Sedangkan masalah tidak selesai juga.
Bahkan bolehmenambahkan masalah lagi.
Tapi kalau kita sanggup mengorbankan perasaan kita itu, timbul ketenangan.
Fikiran kita stabil.
Membuat kerja-kerja lain tidak terganggu.
Orang lain pun tidak dapat kesusahan.
Bahkan dengan pengorbanan perasaan kita itu datang simpati orang atau orang pun kasihan.
Kita orang kaya atau berilmu atau berpangkat besar dan berkuasa.Sudah tentu perasaan kita berbunga.
Perasaan sombong pun datang.
Perasaan megah pun ikut tiba.
Kalau kita tidak korbankan perasaan yang telah disebutkan tadi, berapa ramaiorang yang tersinggung.
Berapa banyak orang yang terzalim.
Entah berapa ramai yang mendapat susah.
Sudah tentu lahir side effectnya.
Iaitu orang benci, masyarakat marah.
Mungkin ada orang yang berdendam dan bertindak menyusahkan orang itu.
Akhirnya kedua-dua pihak tidak selamat.
Kedua-dua pihak mendapat kesusahan.
Tapi kalau si kaya atau yang berilmu tadi atau yang berpangkat besar dan mempunyai kuasa sanggup mengorbankan perasaan yang negatif tadi, ia mempunyai side effect yang baik.
Datang orang ramai sayang, masyarakat hormat,orang memberi hati dan jiwa.
Ertinya sama-sama menerima faedah.
Sama-sama mendapat kasih sayang, sama-sama harmoni.
Itulah dia kelebihan mengorbankan perasaan.
Oleh kerana itu, mengorbankan perasaan adalah rahsia segala kebaikan.
Dari mengorbankan perasaan itu lahir kasih sayang,lahir kesabaran, lahir simpati, lahir pembelaan, lahir bertolong bantu, lahir ukhwah, lahir keredhaan.
Maka kerana itu, mengorbankanperasaan itu adalah satu jihad.
Kerana di sini nafsu terpaksa dilawan.
Melawan nafsu lebih besar daripada jihad dimedan perang.
Oleh itu mengorbankan perasaan amat perlu dilakukan.
Kalau perasaan tidak sanggup dikorbankan, sifat sabar tidakakan dapat dimiliki.
Apatah lagi sifat redha.
Tidak sanggup mengorbankan perasaan, kita akan jadi pemarah.
Tidak sanggup mengorbankan perasaan, tolak ansur tidak akan wujud.
Tidak sanggup mengorbankan perasaan, bertolong bantu, simpati,ukhwah, harmoni semuanya tidak akan wujud.
Ertinya mengorbankanperasaan itu sangat besar ertinya di dalam kehidupanmasyarakat atau di dalam kehidupan sesama manusia.
Oleh itu minta selalu kepada Tuhan hidayah dan taufik-Nya agar kita mampu mengorbankan perasaan agar segala perkara yang lahir yang kita miliki dapat kita korbankan demi keredhaanTuhan.

Thursday, October 23, 2008

CEO, General Manager & Ketua Jabatan

Iman : Assalamualaikum bos..
Diri : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..
Diri : Laa.. Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil. VCD,SMS,TV.. Jadi kami rasa terpinggir..
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...Entah ar...

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. Kami memang tak boleh bercampur dengan mereka.. Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat tuan gembira..
Diri : Argh, gembira apanya.. Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan untuk kami. Kebajikan kami tak terjaga...
Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji, kebajikan awak saya jaga,Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan. Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya..

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.
Diri : Awak tak melawan Encik Dosa ke?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yg sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami..
Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya..

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta- minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang- kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Saya rimas..

Iman : (Senyum sinis)Maafkan kami tuan..Kami minta diri dulu..Tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..
Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat Encik Dosa..Dan ahli jawatankuasanya; vcd, majalah yang melalaikan, dan sebagainya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang, management berterabur..

Iman : Alhamdulillah..Kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi..
Diri : Terima kasih..Panggillah aahli jawatankuasa kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah Encik ma'thurat, Encik Zikir, Encik Solat dan semua ahli jabatan awak ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya Diri : Amin..Semoga hidup saya kembali tenang..
******
sohabati mahbub.....
Sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita.. Kitalah bos dalam syarikat kita. Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan iman dan jabatan dosa. Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Mari berusaha!!!

Friday, October 3, 2008

rindu nyer pd sahabat myfam



PERSAHABATAN...

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering di uji dengan beberapa cubaan, tetapi
persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan
tumbuh bersama karenanya... Persahabatan tidak terjalin
secara otomatis tetapi memerlukan proses yang panjang
seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat
menajamkan sahabatnya. Persahabatan diwarnai dengan
berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti,
diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan,
dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja
dilakukan dengan tujuan kebencian.

terigt mase kt m3x sesungguh nyer ukwah kami terlalu akrab..susah nk digambrkan..subhanaALLAH..tetibe terigt mase bln pose..iftor jamie bersame2..beli mknn same..smpi terpkse berjihad nak habiskan mknn..solat terawikh secr berjemaah xmiz lgsg..tp biler berada kt perantauan bley kire solt terawih bape kali..YA ALLAH disaat aku mermerlukn sahabat KAU uji ak dengn byk dugaan..tp ALHAMDULILLAH byk sahbt take care pd insan yg lemah nie..rindu pd sahabat terlalu mengamit sanubari..biler dh berjauhn br ku tahu sahabat2 kt m3x sush nk dicari..bak kater wana dimana ku mahu mencari pengganti myfam..sungguh ya ALLAH terlalu rindu kan sahabt2 smpi terbw ke mimpi.. (poyo nyer)

post by nabilah
usu medan sumatera utara

Wednesday, October 1, 2008

PUAsa eNAm diBULAn syaWAL

Dalil-dalil tentang Puasa Syawal
Dari Abu Ayyub radhiyallahu anhu:
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 'Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup'." [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164]

Hukum Puasa Syawal
Hukumnya adalah sunnah: "Ini adalah hadits shahih yang menunjukkan bahwa berpuasa 6 hari pada Syawal adalah sunnah. Asy-Syafi'i, Ahmad dan banyak ulama terkemuka mengikutinya. Tidaklah benar untuk menolak hadits ini dengan alasan-alasan yang dikemukakan beberapa ulama dalam memakruhkan puasa ini, seperti; khawatir orang yang tidak tahu menganggap ini bagian dari Ramadhan, atau khawatir manusia akan menganggap ini wajib, atau karena dia tidak mendengar bahwa ulama salaf biasa berpuasa dalam Syawal, karena semua ini adalah perkiraan-perkiraan, yang tidak bisa digunakan untuk menolak Sunnah yang shahih. Jika sesuatu telah diketahui, maka menjadi bukti bagi yang tidak mengetahui."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuts wal Ifta', 10/389]
Hal-hal yang berkaitan dengannya adalah:


1. Tidak harus dilaksanakan berurutan.
"Hari-hari ini (berpuasa syawal-) tidak harus dilakukan langsung setelah ramadhan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah 'Id, dan mereka boleh menjalankannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, apapun yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya-) tidaklah wajib, melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuts wal Ifta', 10/391]
Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:
"Shahabat-shahabat kami berkata: adalah mustahab untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadits ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga diperbolehkan, karena dia masih berada pada makna umum dari hadits tersebut. Kami tidak berbeda pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Dawud." [Al-Majmu' Syarh Al-Muhadzdzab]
Bagaimanapun juga bersegera adalah lebih baik: Berkata Musa: 'Itulah mereka telah menyusul aku. Dan aku bersegera kepada-Mu, Ya Rabbi, supaya Engkau ridho kepadaku. [QS Thoha: 84]


2. Tidak boleh dilakukan jika masih tertinggal dalam Ramadhan
"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadhan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan 6 hari puasa Syawal, karena dia tidak bisa melanjutkan puasa Ramadhan dengan 6 hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadhan-nya terlebih dahulu."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuts wal Ifta', 10/392]
Tanya : Bagaimana kedudukan orang yang berpuasa enam hari di bulan syawal padahal punya qadla(mengganti) Ramadhan ?
Jawab : Dasar puasa enam hari syawal adalah hadits berikut
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan lalu mengikutinya dengan enam hari Syawal maka ia laksana mengerjakan puasa satu tahun."
Jika seseorang punya kewajiban qadla puasa lalu berpuasa enam hari padahal ia punya kewajiban qadla enam hari maka puasa syawalnya tak berpahala kecuali telah mengqadla ramadlannya (Syaikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin)

Hukum mengqadha enam hari puasa Syawal
Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Baaz ditanya : Seorang wanita sudah terbiasa menjalankan puasa enam hari di bulan Syawal setiap tahun, pada suatu tahun ia mengalami nifas karena melahirkan pada permulaan Ramadhan dan belum mendapat kesucian dari nifasnya itu kecuali setelah habisnya bulan Ramadhan, setelah mendapat kesucian ia mengqadha puasa Ramadhan. Apakah diharuskan baginya untuk mengqadha puasa Syawal yang enam hari itu setelah mengqadha puasa Ramadhan walau puasa Syawal itu dikerjakan bukan pada bulan Syawal ? Ataukah puasa Syawal itu tidak harus diqadha kecuali mengqadha puasa Ramadhan saja dan apakah puasa enam hari Syawal diharuskan terus menerus atau tidak ?
Jawaban
Puasa enam hari di bulan Syawal, sunat hukumnya dan bukan wajib berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.
"Artinya : Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian disusul dengan puasa enam hari di bulan Syawal maka puasanya itu bagaikan puasa sepanjang tahun" [Dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya]
Hadits ini menunjukkan bahwa puasa enam hari itu boleh dilakukan secara berurutan ataupun tidak berurutan, karena ungkapan hadits itu bersifat mutlak, akan tetapi bersegera melaksanakan puasa enam hari itu adalah lebih utama berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang artinya) : "..Dan aku bersegera kepada-Mu. Ya Rabbku, agar supaya Engkau ridha (kepadaku)" [Thaha : 84]
Juga berdasarakan dalil-dalil dari Al-Kitab dan As-Sunnah yang menunjukkan kutamaan bersegera dan berlomba-lomba dalam melakukan kebaikan. Tidak diwajibkan untuk melaksanakan puasa Syawal secara terus menerus akan tetapi hal itu adalah lebih utama berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam (yang artinya) : "Amalan yang paling dicintai Allah adalah yang terus menerus dikerjakan walaupun sedikit"
Tidak disyari'atkan untuk mengqadha puasa Syawal setelah habis bulan Syawal, karena puasa tersebut adalah puasa sunnat, baik puasa itu terlewat dengan atau tanpa udzur.

Mengqadha enam hari puasa Ramadhan di bulan Syawal, apakah mendapat pahala puasa Syawal enam hari
Pertanyaan
Syaikh Abduillah bin Jibrin ditanya : Jika seorang wanita berpuasa enam hari di bulan Syawal untuk mengqadha puasa Ramadhan, apakah ia mendapat pahala puasa enam hari Syawal ?
Jawaban
Disebutkan dalam riwayat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bahwa beliau bersabda (yang artinya) : "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun"
Hadits ini menunjukkan bahwa diwajibkannya menyempurnakan puasa Ramadhan yang merupakan puasa wajib kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal yang merupakan puasa sunnah untuk mendapatkan pahala puasa setahun. Dalam hadits lain disebutkan (yang artinya) : "Puasa Ramadhan sama dengan sepuluh bulan dan puasa enam hari di bulan Syawal sama dengan dua bulan"
Yang berarti bahwa satu kebaikan mendapat sepuluh kebaikan, maka berdasarkan hadits ini barangsiapa yang tidak menyempurnakan puasa Ramadhan dikarenakan sakit, atau karena perjalanan atau karena haidh, atau karena nifas maka hendaknya ia menyempurnakan puasa Ramadhan itu dengan mendahulukan qadhanya dari pada puasa sunnat, termasuk puasa enam hari Syawal atau puasa sunat lainnya. Jika telah menyempurnakan qadha puasa Ramadhan, baru disyariatkan untuk melaksanakan puasa enam hari Syawal agar bisa mendapatkan pahala atau kebaikan yang dimaksud. Dengan demikian puasa qadha yang ia lakukan itu tidak bersetatus sebagai puasa sunnat Syawal.


Apakah suami berhak untuk melarang istrinya berpuasa Syawal
Pertanyaan
Syaikh Abdullah bin Jibrin ditanya : Apakah saya berhak untuk melarang istri saya jika ia hendak melakukan puasa sunat seperti puasa enam hari Syawal ? Dan apakah perbuatan saya itu berdosa ?
Jawaban
Ada nash yang melarang seorang wanita untuk berpuasa sunat saat suaminya hadir di sisinya (tidak berpergian/safar) kecuali dengan izin suaminya, hal ini untuk tidak menghalangi kebutuhan biologisnya. Dan seandainya wanita itu berpuasa tanpa seizin suaminya maka boleh bagi suaminya untuk membatalkan puasa istrinya itu jika suaminyta ingin mencampurinya. Jika suaminya itu tidak membutuhkan hajat biologis kepada istrinya, maka makruh hukumnya bagi sang suami untuk melarang istrinya berpuasa jika puasa itu tidak membahayakan diri istrinya atau menyulitkan istrinya dalam mengasuh atau menyusui anaknya, baik itu berupa puasa Syawal yang enam hari itu ataupun puasa-puasa sunnat lainnya.

Hukum puasa sunnah bagi wanita bersuami
Pertanyaan
Syaikh Shalih Al-Fauzan ditanya : Bagaimanakah hukum puasa sunat bagi wanita yang telah bersuami ?
Jawaban
Tidak boleh bagi wanita untuk berpuasa sunat jika suaminya hadir (tidak musafir) kecuali dengan seizinnya, berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (yang artinya) : "Tidak halal bagi seorang wanita unruk berpuasa saat suminya bersamanya kecuali dengan seizinnya" dalam riwayat lain disebutkan : "kecuali puasa Ramadhan"
Adapun jika sang suami memperkenankannya untuk berpuasa sunat, atau suaminya sedang tidak hadir (bepergian), atau wanita itu tidak bersuami, maka dibolehkan baginya menjalankan puasa sunat, terutama pada hari-hari yang dianjurkan untuk berpuasa sunat yaitu : Puasa hari Senin dan Kamis, puasa tiga hari dalam setiap bulan, puasa enam hari di bulan Syawal, puasa pada sepuluh hari di bulan Dzulhijjah dan di hari 'Arafah, puasa 'Asyura serta puasa sehari sebelum atau setelahnya.
(Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Mar'atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita, Amin bin Yahya Al-Wazan)