Sunday, November 30, 2008

What is Islam?


Islam is peace Islam is ease,
Islam's not danger or disease

Islam is love and prosperity
Islam's not hatred or adversity

Islam is salvation through repentance
Islam has love for all in abundance

Islam means no harm or affliction
Islam implores you with affection

Islam is neither maze nor craze
Islam is giving Allah all praise

Islam is acing through the race
Islam will be on everyone's face

Islam is worshipping only the Creator
Islam's not mere numbers on a calculator

Islam gives you power when you surrender
Islam's not a terrorist or for a pretender

Islam is patience and perseverance
Islam eases your vengeance through tolerance.

Islam is life for all eternity
Islam gives you respect, moreover dignity

Islam is winning hearts through honesty
Islam is giving openly in charity

Islam makes you wholesome and trustworthy
Islam is in wealth as well as in poverty

Islam is your shield against all evil
Islam is for your soul's retrieval

Islam not fundamentalism or fanaticism
Islam's not nationalism or racism

Thursday, November 13, 2008

Assalamualaikum kepada sahabat sekalian.......

Contohilah Wanita Ini


Di suatu pagi yang hening di satu hujung minggu selepas solah subuh, seperti biasa saya bersama-sama isteri beriadhah dengan membuat ”morning walk” di kawasan perumahan tempat saya tinggal. Agak susah juga isteri saya ni nak ikut, maklumlah kami masih ada anak kecil yang perlukan perhatian. Namun selepas beberapa ”pesuasion” barulah beliau nak ikut saya beriadhah.

Ketika kami melalui sebuah tempat di deretan beberapa buah kedai tiba-tiba saya terpandang seorang perempuan tua yang sedang berjalan seorang diri. Di tangannya terdapat sebatang kayu seperti sebuah tongkat tetapi tidak di gunakan. Badannya agak bongkok tetapi masih ”slim”. Tidak nampak padanya tanda-tanda kesakitan atau kepenatan.Saya berkata kepada isteri saya ”Eh, kuat juga mak cik ni berjalan”, isteri saya menjawab ”Yaa...lah”.

Entah kenapa tiba-tiba saya merapati beliau lalu memberi salam kepadanya, ”Assalamualaikum, mak cik”. Beliau tidak menjawab tetapi sebaliknya merenung muka saya, mungkin terkejut agaknya. Saya rasa gelabah juga. Saya melemparkan senyuman kepada beliau lalu beliau membalas senyuman saya. Hah, lega hati saya, manalah tahu takut-takut dia marah atau menjerit ke, sudah tentu susah saya di buatnya. Tiba-tiba beliau berkata ”Ini nenek, dah tua dah , nampak je sihat tapi dah tua. Cucu pun dah ramai. Macam nilah mak cik tiap-tiap hari dok berjalan pagi-pagi. Ini nanti nak beli sarapan sikit kat depan restoran tu” Begitulah ucapan beliau yang menunjukkan seperti lorat utara. ”Mak cik duduk mana? Saya bertanya lagi. ”Fasa 7 sana, rumah anak mak cik. Depa tidur lagi. Mak cik asal Sg Petani”, jawab beliau. Untuk meringkaskan cerita saya meneruskan pertanyaan beberapa soalan,lalu beliau dengan senang hati menjawab ”Nama Mak cik Hajah Fatimah Sham, umuk Mak cik dah 76 tahun. Alhamdulillah sehingga kini mak cik tak dak apa-apa sakit, masih sihat, cuma sound Mak cik ni saja agak kurang sikit. Mak cik jalan tiap-tiap hari.......dan seterusnya. Selepas beberapa ketika saya sudah tidak mahu menggangu perjalanan dia lalu saya bertanya soalan terakhir, ”Apa petua Mak cik selama ini”, beliau dengan wajah penuh bersemangat berkata ”Sebenarnya petua Mak Cik senang je :-

1. Mak Cik banyak HAFAL ayat-ayat Al Quran spt Yasin, Al Mulk, Juzuk Amma dan lain-lain
2. Mak cik baca 6 BISMILLAH setiap hari (saya tidak pasti apa maksud beliau ini)
3. Mak cik hanya makan nasi 4 HARI SEKALI. Hari-hari lain Mak cik makan quaker oats dan lain-lain. Yang minyak-minyak memang Mak cik kurang.”

Tergamam juga saya dengar ceramah Mak cik ini. Dalam hati saya ”matilah aku kalau hanya makan nasi 4 hari sekali. Mana tahan” Saya pandang muka isteri saya, dia tersenyum je, mungkin dia tahu apa yang bermain dalam fikiran saya. Kami kemudian meninggalkan Mak cik tersebut dan meneruskan perjalanan sambil masing2 tak terkata apa-apa, mungkin memikirkan cerita makan nasi tadi.
end.....

kisah kat atas ni kisah ttg seorang lelaki yg mnyertai ISMA....
achu dapat ni dr blog dieorang....
anyway... 
aper yang achu nak sampaikan kt cni..
ISlam is the WAY of Life..
anyway.....salam rindu kepada semua sahabat..
to wana, jannah saleemah, yaya, kauthar, fadhilah zaki, sakinah shukor, sarah farah husna, and sesiapa shaja sahabat..yg lme achu tak kontek...
maaf la yer..
gambar kat atas tu gambar min....time kpi..
all da best in exam ..semoga mendapat kejayaan yg terbaik nnti...amin...
wassalam..:-)



Ustaz Harun Din islamkan mubaligh angkuh

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja.
Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat. Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 .
Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung.Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut.
Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalambahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasaMelayu dengan lebih baik.
Sedang asyik mengikuti perbincang?an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentakapabila mendengar Haron Din mengatakan: “Bandingan segala kebaikan amal danusaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yangditerbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperolehsesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itumenjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauhdaripada kebenaran.”
Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marahmenyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhanhanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yangdilakukan oleh orang bukan Islam?
Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan olehorang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernahdilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidakditerima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jikabegitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.
Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki Indiaitu akhirnya bertekad untuk ber?jumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebatdengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkankenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orangbukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secaraterbuka di kaca TV.
Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidakpeduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalanbagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendam niat untukbertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yangdikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemudengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya.Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamismalam Jumaat, seminggu sekali.
Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Dihadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambilmemegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentangbab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.
Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa denganHaron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betultidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masihterngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.
Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaanmarah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mulasurut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.
Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepasitu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut,kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, sertakupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan diarasa amat terpegun.
Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islamdan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelakiberkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masihmenebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukanuntuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama ituberdebat dengannya.
Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din.Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknyaterhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.
Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang adadalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Dinialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam ForumPerdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.
Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untukmengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akanterus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islamdan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.
Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliahHaron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi ‘masalahnya’ semakin lamamengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din danmengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadisebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinyapada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.
Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja.Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambahberminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.
Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut,lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentangIslam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam?Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agamalain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?
Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanyaamalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islamtidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islamtidak berapa lama dulu.Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; ” Untuk memudahkansaudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seoranghamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dansegala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.
” Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat sepertimana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudianbila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah.Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apayang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?
“Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dankebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnyakerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akanmemberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kitalakukan bukan untuk Dia?”
Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din ataspertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujahdan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan olehHaron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggungperasaannya sebagai orang bukan Islam.
Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh HaronDin, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnyahati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secararasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.
Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memelukIslam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataanseperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidakpuas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.
Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: “Memang kenyataan itu sayatujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikirtentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklumbalas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi,sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir.”
“Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu.Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hatidengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadipenyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,” jelasMohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita diatas.
Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di MasjidNegeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapathidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.
“Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat danberbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannyaitu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dandalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebatdengan beliau,” jelasnya.
Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadapagamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerakaktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selainitu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpunkuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakanada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.
“Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhanyang satu. Di dalam kitab?kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apayang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajardi dalam kitab.
“Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macamTuhan, selain dari Tuhan yang satu,” tegas lelaki yang berasal dan Banting,Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu denganagama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusiabelasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apayang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri,ternyata bercanggah sama sekali.
“Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar,saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramahbeliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjayamengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihanyang Allah berikan pada Haron Din,” kata Fitri lagi.
Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya imanyang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari kehari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.
Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kiniFitri masih tetap begitu. “Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di ataslandasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar adasaudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluardari Islam. Murtad.
“Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan imanmereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yangsaya lalui sebelum ini.
“Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allahanugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat,sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yangbertuah ini,” ujarnya bersungguh?sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petangitu.
catitan :
Benarlah bahawa Hidayah Allah hanya untuk hamba yang dikehendaki-NYA sahaja.Selagi hayat dikandung badan, kita mesti hapuskan gerakan mengkristiankan umatIslam di Malaysia. Semakin lambat kita bertindak, ditakuti bilangan orangmurtad ini akan bertambah. Bertindaklah, walau dengan apa jua sekalipun,paling tidak kita doakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam dari fitnahKristian ini selepas solat fardhu. Apa yang paling saya kesalkan bahawa isuini dipandang sepi oleh sesetengah pihak dan kita tidak boleh lagi menudingjari serta mengharapkan kepada kerajaan, JAKIM Jabatan Agama Negeri dansebagainya, Syiar Islam itu diamanahkan kepada setiap individu Islam danbukannya kepada kerajaan atau mana-mana pertubuhan sekalipun.
Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihatulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita.Sungguhsukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yangbeliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi,pelajari dan amalkan.Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukanIslam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin,Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus?Mengapa?

Wednesday, November 5, 2008

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal

seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.

Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati

suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan

keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di

luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk

rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan

salam daripada isterinya.

Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama

dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT

mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya

hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada

dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang

yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia

daripada masuk syurga kecuali maut dan barang

siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah

SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,

rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT

menganugerahkan dia setiap hati orang

yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg

benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan

padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT

mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka

semua memohon keampunan dan mendoakan

baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan

pengambilan rohnya dan dia adalah seperti

orang yang berperang bersama Nabi Allah

sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi

ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT

berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.

bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun

satu ayat..."


....mudah-mudahan FNI d kmph berjalan lancar nnti..amin...
jom pakat serbu kmph..!

@fizi01

tentatif festival nur islam


TARIKH

MASA

AKTIVITI

SELASA

18 NOVEMBER 2008


9.00-10.00 mlm

Pertandingan kuiz (saringan)

RABU

19 NOVEMBER 2008


9.00-11.00 mlm

Pertandingan kuiz (akhir)

SELASA-KHAMIS

18-20 NOVEMBER 2008


5.30-6.30 ptg

Futsal

JUMAAT

21 NOVEMBER 2008


2.30-4.30 ptg

Perasmian Program

SABTU

22 NOVEMBER 2008


8.30-10.30 pg

Tilawah Al-Quran

(muslimin)

SELASA-KHAMIS

25-27 NOVEMBER 2008


5.30-6.30 ptg

Futsal

JUMAAT

28 NOVEMBER 2008


9.00-10.30 mlm

Forum dan Diskusi

SABTU

29 NOVEMBER 2008

8.30-10.00 pg

Tilawah Al-Quran

(muslimat)

Marhaban

(muslimin)

ISNIN-KHAMIS

01-04 DISEMBER 2008


9.00-10.30 mlm

Pertandingan Debat Piala JPP

KHAMIS

11 DISEMBER 2008


9.00-11.00 mlm

Pertandingan Nasyid

(muslimat)

JUMAAT

12 DISEMBER 2008


9.00-11.00 mlm

Pertandingan Nasyid

(muslimin)

SABTU

13 DISEMBER 2008


8.00-5.00 ptg

Pameran dan Jualan

SABTU

13 DISEMBER 2008


9.00-11.00 mlm

Malam Penutup FNI















































ASSALAMUALAIKUM.....
Seperti yg shbt2 sdia mklum, festival nur islam adalah
aktiviti besar
biro kerohanian

cuma kali ni dtukar namanya....
melihat kpd tarikhnya
saya percaya ramai shbt dpt

dtg krn tgh cuti pd masa tu...betol x???
Adik2 kt di KMPH mengharapkan khdiran kita....
mohla same2 kita melawat AL-MUTTAQIN dan shbt2 yg drindui....
mari pakat2 turun gambang...


kenangan terindah....