Thursday, November 13, 2008

Assalamualaikum kepada sahabat sekalian.......

Contohilah Wanita Ini


Di suatu pagi yang hening di satu hujung minggu selepas solah subuh, seperti biasa saya bersama-sama isteri beriadhah dengan membuat ”morning walk” di kawasan perumahan tempat saya tinggal. Agak susah juga isteri saya ni nak ikut, maklumlah kami masih ada anak kecil yang perlukan perhatian. Namun selepas beberapa ”pesuasion” barulah beliau nak ikut saya beriadhah.

Ketika kami melalui sebuah tempat di deretan beberapa buah kedai tiba-tiba saya terpandang seorang perempuan tua yang sedang berjalan seorang diri. Di tangannya terdapat sebatang kayu seperti sebuah tongkat tetapi tidak di gunakan. Badannya agak bongkok tetapi masih ”slim”. Tidak nampak padanya tanda-tanda kesakitan atau kepenatan.Saya berkata kepada isteri saya ”Eh, kuat juga mak cik ni berjalan”, isteri saya menjawab ”Yaa...lah”.

Entah kenapa tiba-tiba saya merapati beliau lalu memberi salam kepadanya, ”Assalamualaikum, mak cik”. Beliau tidak menjawab tetapi sebaliknya merenung muka saya, mungkin terkejut agaknya. Saya rasa gelabah juga. Saya melemparkan senyuman kepada beliau lalu beliau membalas senyuman saya. Hah, lega hati saya, manalah tahu takut-takut dia marah atau menjerit ke, sudah tentu susah saya di buatnya. Tiba-tiba beliau berkata ”Ini nenek, dah tua dah , nampak je sihat tapi dah tua. Cucu pun dah ramai. Macam nilah mak cik tiap-tiap hari dok berjalan pagi-pagi. Ini nanti nak beli sarapan sikit kat depan restoran tu” Begitulah ucapan beliau yang menunjukkan seperti lorat utara. ”Mak cik duduk mana? Saya bertanya lagi. ”Fasa 7 sana, rumah anak mak cik. Depa tidur lagi. Mak cik asal Sg Petani”, jawab beliau. Untuk meringkaskan cerita saya meneruskan pertanyaan beberapa soalan,lalu beliau dengan senang hati menjawab ”Nama Mak cik Hajah Fatimah Sham, umuk Mak cik dah 76 tahun. Alhamdulillah sehingga kini mak cik tak dak apa-apa sakit, masih sihat, cuma sound Mak cik ni saja agak kurang sikit. Mak cik jalan tiap-tiap hari.......dan seterusnya. Selepas beberapa ketika saya sudah tidak mahu menggangu perjalanan dia lalu saya bertanya soalan terakhir, ”Apa petua Mak cik selama ini”, beliau dengan wajah penuh bersemangat berkata ”Sebenarnya petua Mak Cik senang je :-

1. Mak Cik banyak HAFAL ayat-ayat Al Quran spt Yasin, Al Mulk, Juzuk Amma dan lain-lain
2. Mak cik baca 6 BISMILLAH setiap hari (saya tidak pasti apa maksud beliau ini)
3. Mak cik hanya makan nasi 4 HARI SEKALI. Hari-hari lain Mak cik makan quaker oats dan lain-lain. Yang minyak-minyak memang Mak cik kurang.”

Tergamam juga saya dengar ceramah Mak cik ini. Dalam hati saya ”matilah aku kalau hanya makan nasi 4 hari sekali. Mana tahan” Saya pandang muka isteri saya, dia tersenyum je, mungkin dia tahu apa yang bermain dalam fikiran saya. Kami kemudian meninggalkan Mak cik tersebut dan meneruskan perjalanan sambil masing2 tak terkata apa-apa, mungkin memikirkan cerita makan nasi tadi.
end.....

kisah kat atas ni kisah ttg seorang lelaki yg mnyertai ISMA....
achu dapat ni dr blog dieorang....
anyway... 
aper yang achu nak sampaikan kt cni..
ISlam is the WAY of Life..
anyway.....salam rindu kepada semua sahabat..
to wana, jannah saleemah, yaya, kauthar, fadhilah zaki, sakinah shukor, sarah farah husna, and sesiapa shaja sahabat..yg lme achu tak kontek...
maaf la yer..
gambar kat atas tu gambar min....time kpi..
all da best in exam ..semoga mendapat kejayaan yg terbaik nnti...amin...
wassalam..:-)



No comments: