Thursday, December 11, 2008

makaaaaaaaannnnn


Keberkatan ketika makan

“Eii bosan r, jum makan .”
“Emm best gok tu.”

"hujan2 ni lagi sedap makan"
“jum.”
“Jummmmmmmmm”

Makan. Semua orang suka makan. Tapi ada juga segolongan manusia yang tak suka makan. DIET. TAKUT GEMUK. Nak makan tapi buang balik. Tu la makan bukan untuk ibadah dan bukan cara untuk mencari keberkatan allah. Dari situlah timbulnye anaroxia,________________________________________.

Tahu tak dari makan kita juga boleh mencari redha ALLAH melaluinya.
TAK PECAYA??????????????????

Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada ALLAH ,jika kamu hanya menyembah kepada ALLAH. ALBAQARAH 2:172

Jum kita kaji bersama beberapa amalan pemakanan yang memiliki keberkatan itu…..

1 MENYUKAT KADAR MAKANAN
Jangan membeli sesuka hati pabila ke pasar.
Apabila hendak memasak, keluarkan bahan-bahan keperluan saja. Bukannya satu peti ais .
Apabila makan, cedok makanan yang hendak makan saja, bukannya penuh satu pinggan

Ini bukan sahaja menjaga ekonomi malah kelangsungan kesihatan. Pinggang kerengga,tapi jugak body yang cun cun cute gitu.
Most important
Sabda Rasulullah SAW “Sukatlah makanan kalian, nescaya kalian akan diberkati” (Sahih Bukhari no:2128)

2 BERKUMPUL APABILA MAKAN
Sabda Rasulullah SAW “Berkumpullah kalian ketika makan dan sebutlah nama ALLAH (Basmalah) ,nescaya makanan kalian akan diberkati. (Sahih Bukhari no:3764)

Berusahalah unttuk makan bersama…… Kengkawan, famili, sahabat dsb. Elakkan makan seorang diri. Kecenderungan untuk dikacau dan terasa janggal akan meningkat… LETS GO EAT TOGETHER_GETHER..


3 MAKAN DARI TEPI PINGGAN
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tarmizi dalam kitab Sunannya no 1805 Rasulullah bersabda “ Keberkatan itu turun dari tengah makanan. Maka makanlah dari tepinya bukan dari tengahnya”.

Apabila makan di pinggan mulakaan dari tepi bukannya tengah.
Apabila mencedok lauk, cedoklah dari tepi.
Jangan diusik yang tengah. Biarkan keberkatan sensentias turun dan mengalir ketepi.
Apabila yang tepi habis, barulah diambil yang tengahnya.

4 MELICINKAN PINGGAN
“Eii memang kuat makan btol. Sampai licin pinggan” reaksi yang biasa bila amalan ini diamalkan. Ini adalah nilai ukuran yang buruk disisi manusia tapi tidak daari segi islam.

Rasulullah menganjurkan umatnya mengamalkannya “kerana kalian tidaak tahu makanan bahagian mana yang diberkati” (Sahih Muslim no:2033)

5 MENJILAT JARI
Keberkatan bukan sahaja melicinkan pinggan bahkan melicinkan jaari sekali. Ini termasuklah apa jua bahan yang digunakan untuk makan contohnya sudu,garfu,chopstick dll.

Rasullullah bersabda “ Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jariya kerana dia tidak tahu di bahagian jari mana keberkatan itu datang” (Sahih Muslim no:2035)

HMMMMMM bila sembang bab mankan terasa lapor benor la pulok. Jum makan. Tapi awas jangan lupa menyukat kadar makanan, duduk makan bersama, mulakan dengan basmalah, bermula yang tepi berakhir dengan tengah, licinkan tangan jilat jari basuh tangan

SELAMAT MAKAN!!!!!!!!!!!!!!

YUMMMY YUMMY YUMMY YUMMY YUMMY

Tuesday, December 9, 2008

salam eiduladha..


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Saturday, December 6, 2008

MAKAN BILA LAPAR...BERHENTI SEBELUM KENYANG



“Musim sejuk ni cepat betul rasa lapar kan…”luah salah seorang ahli baitku..
“A’ah la…baru-baru ni aku banyak makan…tp x banyak bergerak sebab malas nak keluar rumah sejuk2 ni.mujur kuliah jauh.dapat juga contrackan muscle2 yg makin mantap nih…”terdiam kami seisi rumah memikirkan kebenaran kata2nya itu….
Pernah dengar tak kata2 ni dalam ceramah
“KAMI ADALAH ORG2 YG TDK MAKAN SEHINGGA LAPAR,& APABILA KAMI MAKAN KAMI TDK SAMPAI KENYANG”
Ini bukanlah hadith dari Rasullullah s.a.w.Mungkin ramai yg mengatakan lafaznya dikatakan dari nabi tetapi setelah diteliti dan dikaji,tdk ada di dlm kitab2 hadith yg muktamad sprt Sahih Bukhari, Muslim, Sunan an nasa’I dsb.
Selama ini aku mengangap ini adalah hadis yg disandrkan kpd nabi.tetapi ntah kenapa aku tergerak untuk menulis ttg ini dan ketika aku ingin mencari dalil2 yg berkaitan dgnnya maka aku dipertemukan dgn kenyataan ini….(lebih lanjut http://www.praditya.net/2007/11/15/makan-setelah-lapar-berhenti-sebelum-kenyang/) Rupa2nya ada kisah disebalik kata “makan………..kenyang”. aku terbaca mengenainya dlm bhs ngr jiran…dan aku terjemahkan disini utk dikongsi bersama… sharing is caring :>
Dari kitab al-Rahmah fi al-Thibb karya Imam Suyuthi, ---ada 4 org doctor(dr.) dari Iraq, Romawi, India & Sudan. Dan antara keempat-empat dr. ini yg plg bijak adalah yg dr Sudan.Raja meminta petua / ubat drpd dr. ini utk diamalkan dan tidak mendtgkan kesan sampingn(effect)
Dr. dari Iraq kata minum air 3 teguk tiap pagi slps bgn tidur.Dr. dari Romawi kata telan biji rasyad(sejenis sayur) tiap2 hari.Dr. dari india bkata makan 3 biji ihlilaj yg hitam tiap2 hari.ihlilaj—gandum yg tumbuh di India,Afghanistan dan China---
Apabila tiba giliran dr. dari Sudan…dia diam…Kemudian raja bertanya..”Mengapa kamu diam saja?”
“Wahai Tuanku, air hangat itu dapat menghilangkan lemak ginjal dan menurunkan lambung. Biji rasyad
dapat membuat kering jaringan tubuh. Dan ihlilaj juga dapat membuat kering jaringan tubuh yang lain,”
“Kalau begitu menurut kamu, ubat apa yang tidak mengandung kesan sampingan?”
Doktor dari Sudan itu menjawab, “Wahai Tuanku, ubat yang tidak mengandung kesan samping adalah tidak makan kecuali sesudah lapar. Dan apabila makan, angkatlah tangan sebelum merasa kenyang. Apabila hal itu lakukan, maka tidak akan terkena penyakit kecuali penyakit mati,”
Dalam mengisahkan cerita tentang nasihat doktor dari Sudan ini, Al-Imam As-Suyuthi sama sekali tidak menyebutkan bahwa lafadz ini datang dari Rasulullah SAW.

Rujukan :

1)kitab hadis2 dhoif & maudhu’ karya Utz Abdul Hakim bin Amir Abdat hal 336.no hadis 228. Dan disebutkan hal itu tidak ada asal usulnya…
2) http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/41228?l=1

Kesimpulan….ini adalah hadis palsu..tetapi kita boleh ambil kltibar dari doctor Sudan ni…makan bila lapar…berenti sebelum kenyang….berbeza dgn apa yg lazimnya berlaku sekarang…makan sebelum lapar..berhenti bila kenyang…..hampir sama tetapi nyata berbeza… (“,)