Monday, November 30, 2009

jangan marah2....+_=

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sunday, November 29, 2009

sahabat myfam...

“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”




~gambar baru jerk edit..tibe2 kerinduan pada sahabt bertampah membuak2..hu2..mintak izin ya korang tuk upload~



Duhai Teman Duhai Sahabatku…

Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…

Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…

Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…

Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…

Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…

Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…

Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….


posted :kak sau

Monday, November 2, 2009

..::sharing::..

salam....nak dengar satu cerita tak??saye tgh ngantuk ni...jadinye nak menaip satu story utk share ngn sahabat2 sume...




pada suatu mlm...aku dlm perjalann nak pergi ke rumah kawan...aku dah berjanji utk kerumahnye utk menunggu "mushrif"...jarak dari rumahku ke rumah kawanku ini tidaklah sejauh mana....kalau kat kmph dari masjid ke blok A...

kemudian...dalam perjalanan ke sana..aku yg keseorangan pada malam yg sejuk ni disapa oleh dua org budak kecik...agak2 mereka ni berumur dlm linkungan 12 tahun kot....tgk dari segi pakaian xdelah nampak mcm org susah....sorg tu pakai baju jersi bola...nampak cam org loaded je... tetiba die tanya aku "you are from malizia??" then...aku jawab "yup"..

sambil berjalan menuju ke blok kawanku...die ekori aku dan bertanya... " do you have money? i want money...give me 5 dollar..."

biar betol budak nie....ckp english bukan main fluent lg...x boleh dilayan...

"i have class now...i need to hurry..i have no money..."....lps ckp mcm tu pon die still ikut aku... aish....menyesal xde mushrif...walaupun jarak rumah tak jauh mana...tp kite x boleh nak jangka ape yg akan berlaku....

dah sampai ke blok kawanku....aku terus naik ke tingkat 3...Ya Allah...aku tiba2 rasa mcm konfius je... betul ke ni bloknya...dah la 2 org budak tu ikot naik skali....

then aku ckp..." i have no money...don't follow me...u can ask money from ur parents"
slumber je budak tu jawab " they died"!!!! aku xtaw la betul atau tak....tp kalau die menipu ini dikira satu penipuan yg mmg tak boleh dimaafkan.!!sanggup die ckp mcm tu!!hot2

lps tu aku nampak kawan die pegang kotak rokok...aku tanye... "u want money to buy cigarette??" budak tu jawab.. "no"...

erm...dah tak boleh dipercayai....lantas aku cpt2 call kawanku ini supaya die cepat2 bukak pintu...alhamdulillah rumahnye hanye di tingkat atas ...aku pon cepat2 bukak kasut dan masuk ke rumahnye....

tiba2 bunyi "prang"....bunyi ape ye??sbb depan rumah ni xde pasu bunga pon... bila bukak pintu...dua org budak td dah tiada...tp ade mentol kaca pecah di tangga...owh...tanda memberontak mungkin....sbb x dapat duit...tapi!!!

alamak...kasut dah hilang....kasutku...dan 3 pasang kasut ahli beit kawanku sumenye lenyap...sudahla kasut2 tu "malaysia mari"....aduyai.....

selepas mushrif yg kami mintak tlg utk hantar ke kelas tambahan dapat dihubungi...kami cerita kat die pasal 2 org budak tu...aiya...yg kene mestilah aku sbb keluar malam tanpa mushrif.... sendiri buat sendiri tanggung daa....

bila turun ke bawah...aku nampak kasut aku...tp knp sebelah je?? rupa2nya semua kasut mcm tu...tinggal sebelah je....lagi sebelah kat blok sebelah...tp x boleh ambil sbb pintu kunci... dipendekkan cerita maka malam tu aku pergi ke kelas dgn meminjam kasut ahli beit kawanku... thankx yer!!

beginilah salah satu kisah kehidupan di tempat asing ni....jangan sangka jika hidup jauh dari keluarga dapat hidup bebas...yg ptg lg kene pandai jaga diri....

erm...dah x ngantuk kot....skrg ni musim exam...slamat menduduki exam ye...saye pon nak exam juga...doakanlah kejayaan dan keselamatan kami di sini...

P/s: mushrif=wakil pelajar lelaki yg bertanggungjwb utk memastikan keselamatan pelajar perempuan selamat sampai ke destinasi...

-mushrif ni diperlukan pada waktu malam krn org arab suka kacau org malizia(akhowat).
-tp dgn nisbah yg betul...tak boleh berdua2an...
-aktiviti akhowat adalah terhad pd waktu malam sbb sebolehnya nak krgkan ggu mushrf...sbb mereka pon ade private time nak study...kenelah paham kan...

Friday, October 30, 2009

salam sahabat2

Petikan Us Yusof Embong..

beberapa pra-syarat kejayaan harakah Islamiyyah @jamaah Islam sebagaimana yang digariskan oleh Abu A'la Al-Maududi.

Di antara perkara-perkara utama yang dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Kelayakan peribadi orang-orang yang terlibat di dalam kegiatan sesuatu rancangan
gerakan Islam.

2. Kelayakan-kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jama’ah atau gerakan yang
memperjuangkan Islam.

3. Kelayakan yang perlu bagi menjamin kejayaan-kejayaan dalam usaha
memperkembangkan dan menegakkan cara hidup Islam.

4. Maksiat atau kemungkaran besar yang perlu dijauhi oleh diri perseorangan dan
juga jama’ah yang memperjuangkan Islam.

5. Cara-cara untuk mendapat kelayakan-kelayakan yang tersebut tadi dan usaha-usaha
untuk menghapuskan keburukan-keburukan yang mengotori diri perseorangan
dan masyarakat.

Huraian Ringkasnya begini:
1)Kelayakan peribadi orang-orang yang terlibat di dalam kegiatan sesuatu rancangan
Harakah Islamiyyah
• Mempunyai kefahaman Islam yang sebenar
• Memiliki keimanan yang teguh terhadap Islam
• Watak peribadi (syakhsiyyah fardiyyah)
• Mengambil Islam sebagai matlamat hidup

2)Kelayakan-kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jama’ah Islamiyyah
• Persaudaraan (ukhuwwah)
• Musyawarah (syura)
• Tata tertib (disiplin)
• Teguran-teguran yang membina (muhasabah)

3)Kelayakan-kelayakan yang perlu/tambahan bagi menjamin kejayaan.
• Hubungan dengan Allah dengan keikhlasan hati
• Mengingati hari akhirat
• Budi pekerti yang mulia
• Ketabahan dan tetap pendirian
• Bijaksana

4) Maksiat atau kemungkaran besar yang perlu dijauhi.
• Sombong (takabbur)
• Riya’ (menunjuk-nunjuk)
• Pra Sangka - Niat buruk

5) Kelemahan-kelemahan diri manusia
• Mementingkan diri sendiri
• Tabi’at tidak seimbang
• Pemikiran yang sempit (singkat akal)
• Membuat keputusan yang lemah

us Ludin

Thursday, October 29, 2009

MOHON PANDANGAN SEMUA

Batas Dalam Pergaulan
Surah an-Nur ayat 30-31 maksudnya :
“ Katakanlah kepada laki2 yg beriman agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
Dan katakanlah kepada para perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra2 mereka, atau putra2 suami mereka, atau saudara2 lelaki mereka, atau putra2 saudara laki2 mereka, atau putra2 saudara perempuan mereka, atau para perempuan sesama Islam mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, dan para pelayan laki2 (tua) yang tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan, atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat perempuan.
Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang2 yang beriman,agar kamu beruntung” .

Perintah Allah dalam ayat ini :
· Menjaga & mengawal pandangan daripada melihat perkara2 yang diharamkan
· Menjaga kehormatan diri supaya tidak berlaku sebarang fitnah
· Menjaga batas2 aurat kecuali yang dibenarkan oleh syarak

Muhasabah diri tunjang tarbiyyah :
Sahabat,
Sedarkah kita ???
Apabila kita bersama shbt2 , kita secara automatiknya dapat menjaga batas-batas pergaulan dan pandangan kita..
Tak kiralah muslimin mahupun muslimat..
Tapi sebaliknya apabila berjauhan dan bersama dengan "org lain", diri kita seperti kurang ditarbiyyah...
Pandangan entah ke mana..batas2 pergaulan pun sama..entah ke mana..
Pelik kan..
MasyaAllah..

Kronologinya :
Ketika bersama
Muslimin nak bercakap dengan muslimat rasa segan2..
Muslimat nak berbicara ngan muslimin pun malu2..
Nak pandang2 pun curi2 tengok je..
Rasa tak selesa memandang dan dipandang..
Tapi bersama "org lain"
Pabila diajak bercakap...tak terjaga lagi suara dan penuh gelak ketawa
Pabila diajak keluar..pakaian tak kelihatan sempurna pada tuntutan syarak
Pabila diajak bergambar...tak dipertimbangkan lagi jarak pemisah antara 2 jantina
Pabila diajak keluar makan..tak terjaga lagi pandangan mata
Pabila diajak mesej2 & call melalui telefon..tak kira lagi kesesuaian masa
Pabila diajak ym,facebook & friendster...ayat2 berbunga2
MasyaAllah...

Nasihat dan teguran :
Inilah realiti dan dilema para daie
Sekadar pandangan & pendapat ana sahaja..
Maaf sekiranya ada kekhilafan..
Ana pun tak terkecuali alaminya..
Ana pun kadang2 alpa..
Tak terjaga batas2 pergaulan & pandangan..
Demi nak jaga persahabatan...
Tapi tak terjaga hubungan dengan Allah..
Untuk menggapai Mardhatillah..
Kita tanpa cintaNya..
Bagai layang2 terputus talinya
Masihkah ada sekulimat belas
Untuk kasihMu Tuhan..
Tepu dada tanya iman kita..
Sahabat2 semua..
Berwaspadalah dalam setiap tindakan, perlakuan dan gerak geri kita..
Kita para daie
Lebih2 lagi perlu jaga hubungan utuh pada Pencipta..
Pabila hidup kita diberkati & dinaungi rahmat Allah..
Segala urusan kita..insyaAllah dipermudahkanNya...
Kita ini ibarat role model pada "orang lain"
Kita sering diperhati,dilihat dan dipandang ..
Setiap masa & ketika..
Kiri,kanan, depan & belakang...
Betul tak ???
Tak gitu???

Apa yang perlu kita buat :
§ Kuatkan Tarbiyyah diri
§ Mantapkan amal fardhi
§ Jaga hubungan pada Allah
§ Tingkatkan thaqafah
§ Jadi diri sendiri bukan orang lain
§ Baiki kelemahan diri
§ Tingkatkan kualiti diri
§ Jangan malu Tanya pandangan orang yang lebih bepengalaman

Tulus ikhlas doa buat shbt2 tercinta :
Ya Allah ya Tuhan kami..
Dengan keagungan namaMu & dengan sifatMu yang Maha Suci & Mulia
Bersihkanlah hati kami daripada segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaranMu
Matikanlah kami di atas perjalanan ahli Sunnah wa Jamaah dengan rasa kecintaan untuk menghadapMu wahai Tuhan kami
Yang mempunyai ketinggian dan kemulian
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Terangkanlah hati2 kami dengan ilmu pengetahuan
Jadikanlah tubuh badan kami untuk mentaatiMu
Bersihkan hati kami daripada fitnah
Jadikan fikiran kami dorongan untuk mengambil iktibar
Peliharalah kami daripada bahaya syaitan yang menyesatkan
Sehingganya tidak berkuasa ke atas kami
Sesungguhnya kami telah beriman denganMu
Ampunilah dosa2 kami
Peliharalah kami daripada azab seksa neraka
Amiiin.....

Wallahua’lam
Maaf sebarang kesalahan & kekhilafan
Sekadar pandangan dari insan yang hina
Ku akui..kelemahan diri..
Ku insafi..kekurangan ini..
Ku kesali...kejahilan ini..
Terimalah..terimalah...
Ya Tuhan.. taubat hambaMu yang berdosa ini..

Dari Us Ludin

Sunday, October 25, 2009

sahabat2 ku....

TIPS MEMBERI PANDANGAN

www.iluvislam.com
YAHYA A. SHUKOR
editor: azzahra_solehah


Hakikat kejadian manusia mempunyai akal. Akallah yang membezakan antara manusia dan haiwan. Terdapat juga definisi lain pada manusia iaitu, haiwan anna-thik, haiwan yang mampu berkata-kata. Kita begitu unik dan istimewa dengan kelebihan akal kita, namun akal bukanlah satu-satunya unik yang benda yang kita perlu hargai dalam menentukan arah tuju hidup kita.

Dalam proses membuat pilihan, biasanya kita akan dibantu oleh tiga jenis penasihat. Akal, nafsu dan hati. Kepada penasihat manakah kita perlu cenderung mendengarnya? Contoh paling mudah, budaya menghisap rokok. Akal kesihatan memberitahu bahawa rokok itu membahayakan tubuh badan kita. Akal agama mengatakan bahawa ia pernah mendengar merokok itu haram. Akal ekonomi menasihatkan rokok sekarang makin mahal. Nafsu bergaya berkata, merokoklah, kerana merokok itu ada kelas yang tersendiri. Nafsu ekonomi pula berbisik, merokoklah, untuk memaksimumkan kepuasan diri.

Jika hanya bergantung kepada dua penasihat ini, maka ranaplah kita. Akhirnya, setelah ditimbangi oleh hati, hatilah yang membuat keputusan. Keputusan hati itu pula bergantung dengan sebanyak mana titik-titik hitam yang ternoda di tubuhnya. Jika elok hatinya, eloklah keputusannya, jika rosak hatinya rosaklah jua keputusan yang diterima.

Begitulah, walaupun akal itu hebat, tapi akal hanya membuat kita TAHU. Jika kita mengekang nafsu, maka lahirlah MAMPU. Kita hanya mampu mengekang nafsu sekiranya hati kita berupaya melahirkan MAHU. Maka, jika diperhatikan dengan teliti, rupa-rupanya akal ini tidak mampu membuat semua perkara.

Persamaan antara Bush dan ahmadineejad ialah mereka berdua mempunyai akal yang tinggi. Perbezaannya, hati yang baik atau sebaliknya. Kadang-kadang, dalam dunia blog ini, kita dapati ramai manusia yang mencetuskan pelbagai luahan idea. Ada yang bersifat menulis diari, ada yang meletakkkatan kata-kata puitis, ada yang menulis tazkirah dan ada pula yang menulis sebagai wadah luahan emosi. Kepelbagaian itulah yang membuatkan kita terus hidup. Dan semua yang menulis pula, mempunyai akal yang hebat-hebat belaka.

Namun, seperti penerangan di atas, akal bukanlah segala-galanya. Sebagai umat Islam, kita perlu merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Kadang-kadang kita menggunakan lesen pendapat untuk menyuarakan apa yang kita rasa benar. Kalau dalam hal keduniaan bolehlah, tapi jangan pula sehingga yang melibatkan isu-isu agama. Ingin jadi golongan muktazilahkah kita? Jangan terlampau ikutkan nafsu marah ketika menulis dan jangan dilayan sangat emosi ketika menulis, bukankah hilang separuh dari akal ketika marah?

Kita kurang berpuas hati dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Lalu, kita menulis di dalam blog atau kita bincangkan di forum. Isu itu pula berkaitan dengan keagamaan. Namun, pada kebiasaanya kita lebih mengutamakan emosi dan pandangan berbanding hujah-hujah dan dalil naqli. Kenapa kita selalu mendahulukan hujah-hujah akliah (logik) berbanding hujah-hujah naqliah (dari quran dan hadis).

Kadang-kadang, walaupun kita kita kurang arif dalam sesuatu perkara, lalu kita ingin menegur. Akal mengatakan, perkara itu kurang betul. Hati kita yang tercalit titik-titik hitam pula meragui niat hati orang lain. Lantas apa yang berlaku, perbincangan kosong yang berdasarkan pandangan semata-mata. Bukannya salah untuk menulis dengan penuh logik dan beremosi, tapi tetap jadikan quran dan hadis sebagai prioriti.

Kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita tulis. Menggunakan logik akal semata-mata dan mengaitkan ayat al-quran yang tidak berkaitan dengan isu bukanlah etika seorang penulis muslim/muslimah yang sebenar. Jangan jadikan ayat ‘saya hanya berpandangan’ sebagai lesen untuk menulis. Memberi pandangan tidak salah, tapi biarlah berlandaskan quran dan sunnah. Memberi pandangan juga tidak salah, tapi jangan marah jika pandangan kita itu salah. Kita selalu marahkan puak liberalisme jika mereka berfikir sesuatu menurut akal mereka, tapi kalau beginilah keadaannya, maka apa kurangnya kita?

Contoh mudah dalam memberi pandangan:

Saya rasa kita perlu kuatkan industri rokok ini, kerana cukai yang kita kutip darinya amat tinggi.

Saya berpendapat, wajar untuk kita terlibat dalam aktiviti (tidak perlu dinyatakan) tersebut.

Aku rasa kita bolehlah tangkap gambar laki dan perempuan, ala, sekali sekala. Walaupun aku rasa apa yang aku lakukan itu salah, namun hati aku mengatakan ia tindakan yang wajar.
Tak perlulah solat zohor jamaah kat surau, nanti siapa nak kejut room mate aku? Baik aku solat kat bilik.
Jumpa abang angkat pun salah ke? Alahai, abang angkat je. Nak rapatkan ukhuwwah.

Cuba bayangkan, suatu hari, seorang hakim berkata, saya berpendapat, pencuri ini walaupun ternyata bersalah, tapi ia tidak boleh dihukum. Kerana dia terpaksa menanggung orang tuanya yang dhaif dan anak-anaknya yang ramai. Tergamamkah kita? Bukankah pendapatnya amat logik? Disebabkan terlampau menggunakan akal, hukum yang telah Allah nyatakan dalam Al-Quran sudah tidak menjadi relevan, pada pandangan mereka. Na├║zubillah min zalik.

Bukankah Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat jika kami berpegang teguh kepadanya, kitab allah dan sunnah rasulnya. Allah taala juga telah berfirman, Jika kamu tidak mencapai kata sepakat dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan rasulnya, jika kamu benar-benar beriman terhadap allah dan hari akhirat.

Acapkali, kita terasa diri kita hebat setelah membari pandangan. Lalu bila ada pandangan lain yang bercanggah, kita membantah, meskipun pandangan itu berpandukan Quran dan Sunnah. Lalu, tanpa mengakui kesalahan diri, kita menggunakan ayat, Saya hanya berpandangan. Itu pandangan aku. Tidak salah untuk memberi pendapat, tapi biarlah pendapat itu berasaskan quran dan sunnah, bukan berdasarkan akal semata-mata. Janganlah pula kita menimbulkan sikap kurang rasa bersalah, menyedapkan hati sendiri dengan menggunakan akal.

Dahulukan apa yang perlu dahulukan, kemudiankan apa yang perlu dikemudiankan. Kita punya akal, lalu kita memberi pandangan. Kita punya hati, lalu kita menulis mengikut hati. Kita punya agama, tapi kenapa kita tak mahu mengikut agama? Moga bermanfaat.

Sunday, October 18, 2009

Dengarkan kerinduan di lautan memori
Mengintai kenangan indah
Yang menyentuh emosi
Masih segar diingatan
Hadirmu bawa sinar cahaya impian

Sahabat,
Kau sesungguhnya
Temanku dikala suka & lara

Tikaku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan
Untukku ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan
namun tiada noktah kasih,
Biar lama ku menentukan
nilai ukhuwwah yang terjalin,
Teruskan perjuangan
ke titisan darah terakhir

Dan aku,
masih disini terus mendaki
puncak tertinggi hidupku...
Dan aku,
terus menanti saat yang manis
akan berulang kembali...
SAHABAT...

Assalamualaikum...
salam lebaran pd sume shbt
maaf zahir n batin..=)
dah terlmbt tp nk wish jgk..
nie sdkt ttg diri ini..
bernama nur hidayah bt muhiddin@yidin..
asal dr n0.18,kg kolam air panas,
tok bok, 18500 machang,
qlate.. adk brdk ade 8 n ank last..
lhr pd 25 oktober 1989..
mse umr 6 thn bljr kt tabika siti
khadijah dkt ngn umah..dr drjh1-6 skolah
d sk labok..n F1-5 study kt sek.men.sains machang..
lps 2 dpt rzki smbg study kat KMPh..
now,study kat international education center(INTEC),
Uitm Shah Alam Kampus Syeksyen17..
insya ALLAH bkl jd ckgu maths..
that's all from me..
may ALLAH bless all of us..
best of luck..
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA..=)

Monday, September 28, 2009

Terkenang sebuah memori lalu...
kisah persahabatan kita bersama...
di dalam satu pengajian..
menuntut ilmu dan pengalaman..
Mengingatkanku...
pengorbananmu....
terpahat padu di kalbuku...
Mengingatkanku..
pengorbananmu..
terpahat padu di kalbuku...
bersama rakan taulan dan guru..
tawa riangmu menghiburkan hatiku...
indahnya suasana ketika itu..
terjalin ukhuwah sejati...
nasihatmu...
sungguh bermakna bagiku...
mengenalkanku erti kehidupan
susah payah kita hadapi bersama
itulah asam garam dalam kehidupan..
Ya Tuhanku
tabahkan hatinya..
kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup...
limpahkanlah magfirah dan kasih sayangmu...
agar hidupnya sejahtera di dunia dan akhirat..

Salam Lebaran...=)
Rasanya masih belum terlambat untuk daku mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir & Batin
Serba sedikit tentang diriku.....
Nama diberi Nor Farzielayati bt Mohamed Nawawi
kengkawan biasa panggil farzie @ yati.....
Tinggal & dilahirkan di rumah di No:557,(F) Kumai,28300 Triang,Pahang
Lahir pada 10 Mac 1989
Anak ke-3 drpd 6 org adik beradik
Nama bapa:mohamed nawawi b Daud bekerja sebagai peneroka
ibu:khatijah bt abdulllah....surirumah..
Pendidikan:
Tabika Kemas (F) Kumai
SK (LKTP) KUmai
SMK Purun
SBPI Temerloh
KMPh......
Sekarang sedang menuntut di Universiti Malaya pengkhususan Ekologi & Biodiversiti,Fakulti Sains..InsyAllah bakal jadi Botanist....
Sampai di sini sahaja...tak reti la plak nak cerita pe..kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya la kot,hehe..

Salam perkenalan...

WazakkiR Fainnaz ZikRa TanfauL MukmiNiN...

"Wahai Mujahid dan mujahidah"

"Unggul Bersama Islam"

"Perjuangan Islam tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini"

Firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLAH,

pasti Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu.."

(Surah Muhamad:ayat 7)

Allah Tuhan kami
Rasulullah s.a.w Ikutan kami
Al-Quran panduan kami
Jihad Jalan Kami
Mati Di Jalan Allah Cita Tertinggi Kami

"Sesungguhnya Solatku,Ibadahku,Hidupku, dan Matiku hanya kerana Allah"

(us Ludin)

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Shbt2 ..

Di kesempatan ini..

Terima buat semua atas nasihat,tguran,tunjuk ajar yang diberikan..
Semoga usaha n khidmat shbat2 smua dikurniakan ganjaran yang mulia disisi Allah. S.W.T
Jazakallahu khairan khatsiran atas didikan sehingga ana jadi seperti skrg..teruskan mendidik ana dan ana rela dididik buat selamanya
Demi Islam Tercinta
Takbir..Allahu akhbar 3X

juga...

Slmt mengharungi hari- hari terakhir Ramadhan
Teruskan amal ibadah n mencari sinar Lalatul Qadar
Selamat pulang ke kampung masing-masing
Semoga berbahagia bersama keluarga n sanak saudara tersayang
Senang -senang datanglah ke rumah
Maaf zahir dan batin
Selamat Hari Raya

Ramadhan berlalu, semoga bertemu kembali;
Muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri
SMS dihantar mengganti diri;
salah & silap harap dimaafi.

Wallahu'alam.

Wednesday, August 26, 2009

...untuk sahabat dari sahabat...

...In the name of ALLAH , Most Gracious, Most Merciful...

"And united their hearts; had you spent all that is in the earth, you could not have united their hearts, but Allah united them; surely He is Mighty, Wise."
Qs.8:63

Nama diberi, Balqis Bt samsudin,( YA ALLAh, smoga nama yang diberi sesuai dengan peribadi diri )doakan ye...
Dilahirkan pada,28 Mei 1989,
Di Hospital Besar Seremban,
Alhamdulillah....Dilahirkan oleh seorang ibu yang sangat tabah (Rusmawati Abdul Razi)
mempunyai ayah bernama (Samsudin Abd.Razak)
pernah belajar di :
1 ) Tadika KEMAS simpang durian ( 1 minggu )( berhenti gara2 cikgu sangat
garang@saya yang sangat penakut masih tidak dapat dipastikan)
2 ) Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Serting (2 Tahun)
3 ) Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Lebar ( 3 Tahun )
4 ) Sekolah Rendah Kebangsaan King George V ( 1 Tahun )
5 ) Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Jempol ( 5 Tahun )( Tempat
Bermulanye tarbiyah dari sahabat, syukur sungguh di hati ini,di
kurniakan teman sejati, penunjuk jalan dekatiNYA,tika diri dalam
kebuntuan...)

Alhamdulillah, mempunyai seorang adik perempuan ( Nazratul Fareha Samsudin)dan 2 orang adik lelaki ( Muhammad Haziq Hakimi dan Ahmad faiq Nukman).

Sehingga sekarang,Harta paling bernilai yang di miliki adalah SAHABAT-SAHABAT seperjuangan yang bile bertemu menambahkan rasa cinta pada ALLAH...(Ya ALLAH,Kekalkan kemesraan yang ada, tunjukkan jalan yang benar.)

Salam.

Tuesday, August 18, 2009

Assalamualaikum.....

Nama saya Muhammad Syufaat bin Roslan.
Berasal dari negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.
Dilahirkan pada 29/06/89 di Hospital Besar Melaka.
Anak sulong dari dua orang adik beradik.
Alamat surat menyurat; Km 16 Kg Krubong 75250 Melaka.
Pernah belajar di: 1) Sekolah Kebangsaan Parit Melana
2) Sekolah Kebangsaan Kerubong
3) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad
4) Kolej Matrikulasi Pahang
Sekarang menuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Struktur dan Bahan).
Suka bermain ping pong dan bercerita mengenai dunia bola sepak antarabangsa.
Suka makan nasi goreng cili padi dan minum air lobak susu.
Sangat tidak suka air susu termasuk susu soya.
Seorang yang sangat pendiam.
Nama aki Roslan bin Abdul Ghani.
Berasal dari Melaka.
Seorang kaunselor pentadbir.
Nama ibu Wan Azizah bte Wan Omar.
Berasal dari Terengganu.
Seorang guru.
Nama adik Muhammad Akmal Hadi bin Roslan.
Berumur 17 tahun.
Pernah menuntut di Sekolah Kebangsaan Kerubong.
Sekarang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad.


Selamat Berkenalan......hehe..(",

kerna diriku begitu berharga


ASSALAMUALAIKUM.


yeye...jadi org yg ke 7 dedah kan diri...

teringat dulu2 kita tulis biodata dalam buku yg lawa,wat lawa2

skrg da dlm blog lak....bgus2...teknologi...ni bukan promote diri

tok pidato JPP ye..hi2...

  • Syed Malick Syed Imam + Zamilah Ahmad Akhiruddin

    = Sharifah Sakinah binti Syed Malick

  • lahir di katil HBKL pada 7 Rejab 1409 pkul 6 pagi

  • anak ke 3 dari 10 (4 lelaki,6 pompuan)

  • skrg blajo di uiam jurusan biological science major in biomedic

    semoga kita semua bjaya dlm jurusan yg dambil....

  • suke warna warni...layan je mana yg lawa.ungu n merah lawa....

  • saiz kasut 4.hihihi...bleh la sape2 nak bg adiah t.kasut sport da rosak..

  • I.allah 5 bulan lebih g leh daftar ngundi...he3.dah besar rupanya...

  • skrg maintain....x tinggi2,berat pun x tambah2....

    da bape kali nak derma darah xleh...xckup berat tp BMI ok la

  • macam2 gelaran dapat....nina(family paanggil,cam glamor lak),

    baby(ida dah lucutkan...he2.da besar.),knah,anina,bintun malick

    tp yang plg penting..lau nak panggil SAKINAH kene sebut tol2....

    kene sebut SAKIINAH,SAKEENAH ke kerna maksud nama

    ambe "TENANG",lau salah pggl jd "MATI".ingat tau!

  • macam pglman manis,tp yg paling segar d ingatan,d takdirkan singgah sebentar

    d KMPh untuk mengenali anda semua,my fame,al-Muttaqin.Syukur sangat2!

    MAY ALLAH BLESS OUR UKHUWWAH

  • suke makan laksa,budu...he2,ulam2..best tau,bgus tok ksihatan


  • pernah duduk n menulis d kerusi meja sekolah:

    TASKI ILMI TAMAN PERMATA,SK YAAKOB LATIF 2,SRA ATTAUFIQIAH,

    MAAHAD SYAMSUL MAARIF(P),MAAHAD MUHAMMADI LILBANAT,KMPh

    dan last but maybe not least I.ALLAH UIAM.

    trasa cam nak sambung master...he3.

MOTTO HIDUP INI:

  • Hidup bior berjasa

  • A journey begin with 1 step...so even i must start a new step,do it.Dun run
    from it.

  • AT-TA'JIL LISSUZ ZAMAN-Penangguh Itu Pencuri Masa

  • yang paling penting,Islam Cara Hidupku!


dah la 2...cam over lak....yg paling penting,dlm kita bsahabat ni...
yg baik dariku jd kan teladan,yg buruk jd kan sempadan n tegurlah ye...
tata...

Saturday, August 15, 2009

a taaruf


ni sahabat kami yang amik..kiteroeng tengok dari jauh je..



assalamulaikum wbt buat sahabat sume....

kami ingin mengucapkan seribu kemaafan wat wana coz lambat mengresponkan diri kami dalam blog ini:-)
AAAAAcQ/qGGACae2DCE/s320/SDC12945.JPG" alt="" id="BLOGGER_PHOTO_ID_5370131141836471426" border="0" />
nahnu are:

<>Rosdiana Madiah binti Ngah (yana)<>
<>Kuala Ibai kuala terengganu, Ganu darul Iman..<>
<> Leh panggil yana, ros, rosdiana,<>
<>19 years old..<>
<> 28/09/1989<>
<>ustazah going to be..doakan ana ye..<>
<>Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) kampus Dato' Razali Ismail a.ka. IPGM KDRI<>
<> anak ke-5 from 5 siblings..(adik)<>

<>Farah Suwahida Binti Zainal Abidin<>
<> Dungun, Ganu Darul Iman..<>
<>panggilan komersial : farah, achu, suwahida,<>
<> 19/11/1989<>
<>19 years old lagi..hihi<>
<> cikgu wannabe..<>
<> IPGM KDRI<>
<> anak ke 11 drpd 11 org adik beradik..<>
huhu..

ader sorang lagi yang kene taaruf ni..
dak sesat skit nih..




<> ana Mohd Arif Azam bin Md Yunoh<>
<> Melor kelate..<>
<>ambo oghe pakak panggil aje jah..<>
<>merangkap sahabat myfam yang dilahirkan plg tue bg yg lhir tahun 1989, ana telah dilahirkan pada 02/ 01/ 1989<>
<>Pendidik a.k.a cikgu <>
<> 20 tahun<>
<>IPGM KDRI.<>

sekian dari kami...harap sahabat dapat kenal kami ngan baik ye..
INNIAKHAFULLAH..

min, mat dan Mut x dapat dipisahkan...hehehehe...

Friday, August 14, 2009

jom taaruf..

assalammualaikum wbt...afwan ya ukhti wana sebab lambat respon dalam blog. Masa tidak mengizinkan untuk ana mengupdate blog ini(blog sendiri pun dah berkulat). so kita taaruf la ya bagi siapa tidak mengenali empunya diri almaklumlah diri xsehebat seperti sahabat2 semua..


nama diberi nabilah ab.karim
lahir di hospital besar melaka
alamat : km21 jalan bunga raya kampung sempang pantai 77300 merlimau melaka
nama mak thuaibah ibrahim dan abah ab.karim shawab
dulu sekolah kat pasti al-ikram,pas 2 s.k merlimau 2,kemudian maahad assaiyidah khadijah serkam, kolej matrikulasi pahang 2007/2008 (sains hayat), dan at now ana kat university of north sumatera (faculty of dentistry : mara)
nama pnggilan banyak..kat rumah panggil kak sau, matrik pun kak sau, tibe kat indonesia jerk nama banyak (cik nab, nabil, ilah, nabilah, k.sau )..
makan tak cerewet sangat makn jerk apa yang ada..tapi yang paling suka "molen" dan "siomay" kat sini..sedap..sahabat2 boley mencubanya kalau datang disini
minum air aqua jerk kot
tarikh lahir 31 disember 1988
cita-cita nak jadi pakar orthodontik suatu hari nanti..amennnnn..
anak sulung dari 5 0rang adik-beradik (ader kembar kat udm)
warna kegemaran actuali biru tapi lebey kepada coklat
note tuk sahabat myfam : sahabat yang ana kasihi sekalian..maaf andai kata terlanjur kata, tidak menanyakan khabar ntunna semua..sesungguhnya persahabatan yang kita jalinkan sungguh indah..syukran kerna memberi ana kemanisan ukhwah ini atas dasar kerna ALLAH..afwan post kali ini betul2 express..ayat pun dah tunggang langgang..


TO UKHTI WANA : wana k.sau dah matang taw..xcam budak2 lagi...hu2

Friday, August 7, 2009

Sahabat-sahabat muslimin...

Salam buat shabat-sahabat muslimin yang dirahmati Allah semua..

Di saat indah ini,
Ana ingin menyatakan sesuatu,
Ana ingin menyingkap kembali memori,

KMPh di hati..
Di sini segalanya bermula,
Terkenang ana kembali,
Sejarah kita bersama..

Sahabat,
Kita bertaaruf..
Kita membina saf kepimpinan..
Sungguh indah saat itu,
Masihkah korang ingat saat itu??


Sahabat-sahabat,
Setahun kita bersama,
Ditarbiyyah tak kira masa,
Siang mahupun malam,
Kita seiring sejalan,
Kekadang jalankan tugas sebagai daie,
Kekadang jalankan tugas AJK Surau al-Muttaqqin,
Kekadang jalankanb tugas sebagai JPP,
Kekadang jalankan tugas sebagai pelajar matrik..

Sahabat-sabat muslimin sekalian,
Surau al-Muttaqqin menjadi kubu kita,
Bilik imam jadi saksi kita pernah bersama,
Cafetaria A1 dan A2 tempat kita makan bersama,
Bilik kuliah medan pentarbiyyahan kita,
Pantai Balok tempat kita jalinkan ukhwah,
Manisnya nikmat persahabatan ini..
Masihkan korang ingat saat itu??

Sahabat-sahabat ana semua..

Razak
Abang Ali
Khabir
Amang
Tarmizi
Paat
Imran
Daus
Ridha
Minzee
Muhammad
Nik Munaji
Arif Azam
Ahmar
Azam

Walau hampir 2 tahun masa berlalu,
Walau jarak memisahkan kita,
Walau bidang pengajian kita berbeza-beza,
Walau tawa,sedih,riang dan gembira kita sendirian rasai,
Na..
Na..mun…
Namun……
Masih ana kecapi manisnya ukhwah antara kita,
Masih ana ingati ikrar kita pateri bersama,
Masih ana rasai semangat perjuangan sahabat semua…

Sahabat,
Bagaimana keadaan dirimu semua..
Ana rindu pada kalian…

Abang Ali…
Dirimu begitu hebat dan istimewa,
Penuh semangat pengorbanan,
Hasil Tarbiyyah Islam,
Dirimu sabar dan tabah melayan kerenah ana,
Walaupun dirimu keseorangan,
Dirimu tetap hebat membimbing kami,
Mengatur strategi menjaga kewangan dan kebajikan keluarga kita,
Terima kasih abang kerana menjadi bendahari yang prihatin,
Walaupun kita sering diuji,
Dirimu tangkas menghidu kelemahan kita,
Mempertahan ahli keluarga kita dari berantakan,
Demi melihat perjuangan kita bersinar,
Di bumi KMPh tercinta..
Tapi,
Kini sungguh ana rindui dirimu abang,
Tawa dan senyummu,
Kata-kata perangsangmu,
Di mana dirimu sekarang abang,
Hubungilah ana,
Mesejlah ana,
Sedarlah wahai abangku,
Ana sangat bangga denganmu…

Razak,
Dirimu sangat hebat bak pahlawan di medan tempur,
Ana sangat menyanjungi bakat kepimpinanmu,
Ana sangat menyanjungi semangatmu,
Teruskan perjuangan wahai sahabat,
Seikhlas doa sentiasa ana kirimkan,
Sahabat,
Terima kasih sebab datang ke tempat ana baru-baru ini,
Sahabat,
Ana sangat menyayangimu…

Paat,
Oooh,
Bertuah diri ana berkenalan denganmu,
Sungguh mulia dirimu,
Sungguh tinggi semangat perjuanganmu,
Mekar dakwah,
Bertuah bumi Melaka mendapat kelahiran insan sepertimu,
Alhamdulillah,
Dirimu tetap setia bersama ana,
Mengharungi suka duka di UTeM,
Teruskan…teruskan..
Sahabat,
Ana kasih dirimu…

Arif Azam,
Dirimu lahir di negeri serambi Mekah,
Dirimu permata yang menyinar,
Dirimu bakal pengganti Mursyidul Am kini,
Ana setis menyokongmu,
Teruskan dalam medan dakwah,
Ana tahu dirimu keseorangan tanpa sokongan sahabat-sahabat kita,
Tapi,
Itu tidak boleh mematahkan semangatmu,
Istiqomahlah dalam perjuangan kita,
Jangan biarkan dirimu terus tersisih,tercicir
Jauh dari medan pentarbiyyahan,
Sahabat,
Ingatilah ana dalam doamu..

Khabir,
Dirimu sangat mulia,
Hati cekal menahan kerenah ana,
Setahun lamanya dirimu menemani ana mengetuai keluarga kita,
Terima kasih sahabat,
Kini,
Dirimu masih menghubungi ana,
Tidak jemu-jemu menghantar mesej pada ana,
Menyatakan khabar tantang dirimu,
Sahabat,
Ana sentiasa doakan buat dirimu…

Nik munaji,
Ana merindui semangat perjuanganmu,
Walaupun kita di kampus yang sama,
Kenapa kita tidak pernah berpeluang bersua dan berkata-kata,
Berbicara seperti dahulu,
Berbincang seperti dahulu,
Bergurau-gurau seperti dulu,
Maafkan ana…
Maafkan ana…
Sekiranya ana bersalah dan silap,
Bagilah jawapanatas persoalan ini..
Sahabat,
Ana merinduimu….

Ridha,
Walau dirimu hanya sementara dalam keluarga kita,
Namun dirimu mmberi seribu erti,
Dirimu seorang yang berkempipinan,
Layak diangkat sebagai pemimpin,
Teruskan perjuangan wahai sahabat,
Kini,
Dirimu dimaktab perguruan,
Bakal bergelar seorang pendidik,
Ortang sepertimu sangat diperlukan kini,
Anak –anak muda perlukan bimbinganmu,
Terus mendidik mereka,
Terus mentarbiyyah mereka,
Terus membimbing mereka,
Sahabat,
Ana rindu padamu..

Imran,
Dirimu bak pejuang yang unggul,
Walau dirimu keseorangan di USIM,
Dirimu cekal bertahan,
Diriu tabah menghadapi dugaan,
Dirimu sabar hadapi ujian,
Syabas buat dirimu sahabat,
Sahabat,
Ana rindui pertemuan denganmu,
Ana rindui pelukan mesramu,
Tunaikan hajat ana,
Hubungilah ana,
Mesejlah ana,
Ana tunggu…ana tunggu…
Walau kita berjauhan,
Jangan biarkan ukhwah kita luntur,
Sahabat,
Ana rindukan pertemuan denganmu…

Hafizuddin,
Ana akui dirimu sangat bertuah,
Dirimu istimewa dapat sokongan ayat tercinta,
Memahami perjuangan kita,
Manfaatkanlah wahai sahabat,
Tuntutlah ilmu darinya,
Sahabat-sahabatmu di UMP perlukan sentuhan dakwahmu,
Mekarlah kuntuman dakwah di sana,
Moga lahir jurutera-jurutera yang berjuang bersama kita,
Sahabat,
Ana ingin bertemu denganmu,
Hubungilah ana…..

Muhammad,
Dirimu sangat hebat di medan tarbiyyah di alam persekolahan,
Dirimu sangat hebat di medan tabiyyah di alam matrikulasi,
Terima kasih sahabat atas sumbanganmu menjadi s/u yang setia,
Sedarilah,
Dirimu permata keluarga kita,
Senyuman manima pengubat hati keluarga kita,
Di saat ada yang kecewa,
Di saat ada yang terluka,
Di saat ada yang merana,
Di saat ada yang terbeban,
Di saat ada yang gundah gulana,
Di saat ada yang terpinggir..
Ku rindui senyumanmu itu,
Hubungilah ana,
Temuilah ana..
Sahabat,
Ana impikan pertemuan denganmu…

Amang,
Dirimu dikurniakan keistimewaan berlipat ganda,
Pintar di medan pelajaran,
Pintar di medan ketokohan,
Pintar di medan pentarbiyyahan,
Teruskan..teruskan…
Kampus UTM memerlukanmu,
Bimbinglah sahabat-sahabatmu,
Sahabat,
Ana mengasihi dirimu…

Firdaus,
Jika dirimu tahu dan mengerti,
Dirimu sarat dengan kelebihan,
Penampilan dan kepipinanmu luar biasa,
Sahabat,
Ramai yang masih memerlukan khidmatmu,
Ramai yang masih perlukan nasihatmu,
Ramai yang masih perlukan bimbinganmu,
Ramai yang masih perlukan kepimpinanmu,
Sahabat,
Ana rindui pengisian hati darimu…

Minzee,
Bertuah bersahabat denganmu,
Dirimu tabah menghadapi ranjau,
Ana yakin,
Dirimu mampu bertahan di UNiKL,
Terus berjuang di sana,
Dirimu kaya dengan akhlak yang mulia,
Memikat setiap daie yang mendekatimu,
Sahabat,
Ana sayangimu dan inginkan pertemuan denganmu….

Ahmar,
Ana akui dirimu sangat pintar,
Sepintar tokoh-tokoh akademik Negara,
Terima ksih atas komitmenmu,
Dirimu telah buktikan para daie boleh Berjaya,
Sahabat,
Ana ikhas bersahabat denganmu…

Tarmizi,
Oooh,
Bertuah diri ana berkenalan denganmu,
Sungguh mulia dirimu,
Sungguh tinggi semangat perjuanganmu,
Mekar dakwah,
Bertuah bumi Melaka mendapat kelahiran insan sepertimu,
Alhamdulillah,
Dirimu tetap setia bersama ana,
Mengharungi suka duka di UTeM,
Teruskan…teruskan..
Sahabat,
Ana kasih dirimu…

Azam,
Dirimu ada banyak kelebihan,
Tidak ada pada keluarga kita yang lain,
Dirmu muda didampingi para mad’u,
Namun,
Jangan biarkan dirimu dikuasai mereka,
Jangan biarkan dirimu leka,
Jangan biarkan dirimu jauh dari medan tarbiyyah,
Sahabat,
Kembalilah pada perjuangan kita…

Ya Allah,
Engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk memauhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu,
Hati-hai ini telah mengikat janji setia,
Untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
Maka eratkanlah ikatannya,
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalannya yang sebenar,
Penuhkan hati-hati ini,
Dengan cahaya RabbaniMu yang tak kunjung malap,
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman,
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifah,
Pengetahuan sebenar tentangmu,
Jika Engaku takdirkan mati,
Matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada,
Engkaulah sebaik-baik sandaran,
Ya Allah,
Pekenankanlah permintaan ini…

Sajhabat –sahabat muslimin semua,
Inilah luahan hati ana,
Maaf sekira tersalah kata,tersilap bahasa,
Yang baik datangnya dari Allah,
Yang kurang itu datanganya dari kelemahan ana

Daripada…
Sahabatmu..jamal

Tak kenal maka tak cinta

Salam ukhwah buat semua…

Alhamdulillah, ana diberi peluang dan kesempatan untuk taaruf diri yang hina ini.Terima kasih sahabat-sahabat semua.Semoga perkenalan ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T dan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat naungan arasy Allah S.W.T pada Hari Mahsyar nanti iaitu golongan yang “bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah”


Nama :

Noor Muhammad Jamalluddin bin Jusoh


Alamat rumah :

775-B Kg Raja Baran Chendering,21080 Kuala Terengganu,Terengganu.


Tarikh Lahir :

9 Februari 1989


Tempat Lahir :

Hospital Besar Kuala Terengganu


Latar Pendidikan :

SK. Kg Bukit

SMK Bandar

SMKA Sheikh Abdul Malek (SHAMS)

Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)


Fakulti :

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal


Kursus :

Struktur dan Bahan


Nama Ayah :

Jusoh bin Mahmood


Nama ibu :

Tuan Wook binti Tuan Ibrahim


Adik beradik :

8 orang (6 perempuan ,2 lelaki…anak ke 5)


Cita cita :

Jurutera “doakan”


Hobi :

Main badminton


Makanan kegemaran :

Nasi ayam


Minuman kegemaran :

Air Milo


Matlamat Hidup :

Mencari Keredhaan Allah

Thursday, August 6, 2009

..::ala-ala ta'aruf::..

salam...
saye wat sesimple mungkin eh...

nama : nur syazwana sa'adon

nama org panggil :(msia)wana;syaz;syazwana.....(org arab)nur;sofwah;wardah

umur : 19tahun (x masuk 20 lg nih)

tempat tinggal : bandar diraja pahang....pekan..

tarikh lahir : 22/10/89

tpt lahir : pekan pahang

cita2 : doktor pakar sakit puan(skrg ramai lelaki yg amik bhgn ni...malu seyh)

hobi : blogging, mugarrad taharrag(shopping yg x beli ape2...juz tgk2 je...hehe @ windows sh0pping)

makanan kegemaran :1) nasi berlauk pucuk paku masak lemak +ikan masin+sambal mempelam+ulam raja(rindu sangat nasik nih) ;2) karpunara(spesis spagetti)

minuman kegemaran : carrot susu,milo ais(boikot2....tukar2),cappucino

tpt menuntut...mula2 blaja abc kat dlm suratkhabar...pastu masuk tadika kemas kat nenasi...then gi SK seri biram kat pekan,then masa darjah 4 pindah gi SKJP2 kat jengka...lps UPSR gi SMK(A) TAHAP(jubli perak aritu x dapat gi...sedeyh..)masa form 4 gi smapK...pastu masuk KMPh....then skrg kat UM...

bil adeik bradek : 5

anak ke : 3

warna kegemaran : saye suka kaler hijau pucuk pisang...tp xdela fanatik sgt...agak fleksible jugakla sbb x mungkin saye akan beli kereta kaler hijau pucuk pisang.. (*_~)

kata2 hikmat : never ever lost hope till the end of ur life

dah..tu je kot...hope lps ni ade sahabat2 laen lak yg ta'aruf...x kesah la nak buat dlm bentuk karangan ker...peta minda ke...peta konsep ke..point ker...yg ptg contents tu boleh faham ye..

Monday, July 27, 2009

jaga kesihatan

Influenza A (H1N1)

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.


PENGENALAN


Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).


Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.


Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:


• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.


• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.


• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.


• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.


Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.


Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-


i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.


ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.


iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.


iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my

Thursday, July 23, 2009

Marhaban Ya Syaa'ban

Assalamualaikum.
Apa khabar sahabat2 semua.....hush,da lama kita semua x
update posting kt blog ni....




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Marilah kita tingkatkan amalan di bulan ini dan bersedia untuk
ramadhan...sape yg x ganti puasa lagi cpt2 tau ganti....

Friday, June 19, 2009

SAMBUNGAN SULTAN AL-FATIH....

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy

Lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih. - mr_