Wednesday, March 18, 2009

urgent!!!!

ASSALAMUALAIKUM.

SHBT2 HAMBO LAGI NI.....
HARAP SEMUA SAHABAT DAPAT SINGGAH DI BLOG SAHABAT SAYA 'MAHIRAH KMNS' YG TLH SAYA LINK KAN DGN BLOG KITA....WALAUPUN SELALU UPDATE DGN NEWSPAPER TETAPI KESIBUKAN EXAM DAN PGRM2 MENYEBABKAN ALPA SEKETIKA... MUNGKIN SHBT2 DAH TAHU TAPI MUNGKIN JUGA ADA YG TERLALAI SEPERTI SAYA...PEPE PUN ALHMDLH MASIH DBERI PELUANG UNTUK MENGETAHUI SBGAI MUHASABAH DIRI

BACALAH PASAL BEKAS VOKALIS SAUJANA DAN PLIHAN RAYA UM....

ASTAGHFIRULLAHALA'ZIM......

"YA ALLAH,JANGANLAH ENGKAU SESATKAN HATI KAMI SESUDAH ENGKAU MEMBERI KAMI PETUNJUK"

"YA ALLAH TETAPKANLAH HATI KAMI DALAM AGAMAMU DAN MENTAATI MU"





Usrah, Meeting, Program dan...?



www.iLuvislam.com
mudzakkir
editor : kasihsayang











Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.



Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."






"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.



Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.



"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.



Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.



Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.



"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.



"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.



Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.



"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."
(Pepatah Arab)

Tuesday, March 17, 2009

PERISTIWA 1PAGI.....


ASSALAMUALAIKUM.

pe kabau ye shbt2 semua....harap sihat2 blaka d ambang alam peperiksaan ni....
kali ni sy nak cuba menulis pglman sndr la pulak....slama ni 'copy n paste' je keje....hu3...
ni kali pertama ni...

Pada hari ahad yg lalu,15 mac 08 sy telah mengikut abah mengambil abg balik dari kolej....
dlm perjalanan pulang ke rumah....kat tgh2 highway tiba2 kami perasan ada seorang pakcik berjubah putih dan berserban jalan terhincut-hincut memegang perutnye....sakit atau lapar anggapan kami...mukanya kelihatan letih sgt....tapi dia ada kaki la....he3



Tah knpa semua tgok jer....stlh jauh meniggalkan pakcik itu,tiba2 semua org menimbulkan rasa kasihan....terfikir ape yg pakcik itu buat pagi2 buta ni???dahla tgh2 'highway'...jauh dari lrt,msjd n xda ape2 la....semua 'vote' nak patah balik tolong pakcik itu tetapi sy membangkang keras...jahat kan????saya takut ni org bangla ka... ape yg dia buat sorang2 tgh2 'highway' ni....
Akhirnya dgn undi majoriti dan kuasa veto abah patah balik la kami walaupun dah agak jauh....

Sesampainya kami bdekatan dgn pakcik tu...abg saya pun keluar menanyakan destinasi pakcik tu...pakcik tu yg kelihatan letih,terkejut dan takut dgn khadiran kami secara tiba2....apa yg abg saya tanya dia geleng jer...setelah diasak dengan penuh sopan santun....dia pun berkata..."pakcik nak pergi masjid keling ni"dgn loghat kedah nya yg pekat bangat tu...org Malaysia upanya....hu2...majd keling???masjid india la tu...setelah dpujuk dan dpujuk baru la dia sudi dtumpangkan...

Di dlm kereta....abg saya pun berbual la dgn pakcik tu...katanya dia baru semiggu dtg KL dgn harapan dpt mencari rezeki lbih untuk anak2 nya...tapi ms ri jumaat tu ic ilang dcuri so susah la dia nak cari keje..cian...td dia bjalan slps isya nak k lrt yg jauh kalau bjalan dgn perut kosong...
kami jumpa dia dlm kol 1pg...bayangkan.....

Sambung citer dia,nama dia Rosli b. Ibrahim....pggl P.Itam tgl kt Kg Makam P.Pinang...kt sana dia bwk beca....dia dtg KL tok cari rezeki lbih tok sara 2 org anak dia yg blajar kt skola pondok...
tp dugaan d sini ic pulak hilang....kuat smgt dia.Dia xnak meminta-minta....ktnya Rasullulah SAW x suka umatnya meminta-minta...katanya lg,dia percya Allah akan tlg makhluk Nya ndan smstinya Allah gerakkan hati kami untuk menolongnya....kagum saya...masa smpai d 'Msjd Keling' kami hlurkan sdikt sumbgn tp puas dpujuk bru dia trima...dia kata nak blik pp la kerana rasa KL bukan temptnya...

Khulasatul Kaul,mlm itu ambo dapat bnyk pgjran....

1)jgn takut2 nak tlg org
2)muhasabah bertapa besar pengorbanan ibu bapa untuk membesarkan kita
3)mcm2 lagi la....

Sbnarnya sya terfikir,kalau pakcik tu org Bangla pun apa salahnya tolong....sy sbnrnya terharu dgn pekerja asing yg bekerja kt ngra kt ni....kalau kt tengok...mreka gigih berusaha...kt cafe sy tu mereka bkerja snggu tanpa cuti....ni cuti sem baru la berehat....kt patut hargai mereka...doakan untuk mereka....
Sbnrnya ramai orang datang KL ni untuk mencari rezeki tetapi kalau muda-mudi ni mereka kalau x dapat kerja akan pilih kerja2 yg x diredai Allah...KL ni kene pandai2 bwk diri...kt jgn nak ikut orang...jadilah diri sendiri...ingat Allah dalam setiap perbuatan...

Erm,setakat ni sahajalah coretan saya....sekian.

"Hidup Biar Berjasa"




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, March 13, 2009

KASIH SAYANG RASULULLAH S.A.W

WWW.iluvislam.commaCyeditor : IskethaykaL

Assalamualaikum shbt2 myfame,
walaupun uda terlambat,tapi tidak bermakna x sempat kan.....
bacalah....slwat banyak2 ek....

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.


Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan.

Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.
Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.
Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,
"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul, berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."
Jawab Nabi Muhammad saw,
"Aku akan tolong kamu semua." Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu.

ALLAH swt pun berfirman,
"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta. Aku akan kabulkan permintaanmu."Rasulullah SAW menjawab,
"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,
" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."


Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,
"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?Jibrail menjawab,
"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.


Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimanasayangnya Rasulullah saw kepada kita?