Tuesday, April 28, 2009

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

"YA ALLAH,tunjukkanlah kepada kami yg benar itu adalah benar,dan pandulah kami supaya mengikutinya,DAN tunjunkkanlah kami yg batil itu batil supaya kami meniggalkannya"

Monday, April 27, 2009

DIA DAN BOWLINGNYER


assalamualaikum....
ni kisah seorang sahabat kita yg genap berumur 20tahun pada 21/4 ya lalu...guess who??

“USRAH? Jom jom, excitednya.” “Apa? Kompleks sukan ! Main boling? Biar betul?” Apa yg anda terfikir tentang usrah, tepi pantai, buka dengan al-Fatihah dan diakhiri dengan kifaratul majlis. Mcm tu ke, cara lain takde ke? Mcm-mcm bermain di minda ana apabila k.Munirah mengajak ana berUSRAH, menyambut befday……dan main boling.

Dalam kepala bermain bermacam –macam benda sewaktu ana dalam perjalanan ke sana.. Merancang untuk tidak bermain boling bersama mrk, hmm…tak syarie. Biarlah sekadar melihat mrk bermain tetapi tidak menyertai pun takpe kan. Terbayang dgn tempat boling, penuh dgn lelaki dan wanita bercampur tanpa batas, terjerit-jerit dan bersorak-sorai bila berjaya mendapatkan strike. Hmm…Ana melangkah dan menjerumuskan diri ke tempat maksiat ke ni?

Sesampai sahaja di sana, ana dipaksa bermain juga. Hmm…takpelah nak menjaga hati kekanda dan sahabat tercinta. Ku korbankan prinsip, kalau mad’u @ anak usrah ana tengok ni confirm tak thiqoh. Tujuh org muslimat kesemuanya, semuanya berjilbab labuh, kami buka dua lane, RM7 seorang termasuk sewa kasut sukan. Pastinya team kami menjadi golongan ghuraba’ di situ, pelik mungkin sebab mungkin mereka terfikir muslimat berjilbab labuh seperti kami tersilap tempat, main boling pulak tu.

Cubaan pertama, masuk longkang, kedua begitu juga….Namun perlahan-perlahan 5-8 jatuhan pin setiap golekan. Seronok pulak, kekanda dan sahabat tercinta tak henti-henti memberikan semangat walaupun bola ana masuk longkang malah mengajar ana cara golekan yang betul dan cara memilih bola yg serasi dgn diri kita. “Bagus, bagus, cuba lagi…Akak first time main pun mcm tu juga adikku.”

Akhirnya, mata kekanda dan sahabatku seolah berbicara. “Adikku, muslimat boleh buat apa sahaja, main boling, bola dan apa sahaja selagi menepati syariat, aurat terjaga, menjaga pandangan, suara, akhlak dan batas pergaulan. Kita bukan sekadar main boling, lihat mereka di sebelah kita semua memandang kita, ini dakwah kita pada mereka. Jangan biarkan mereka skeptical pada kita bahawa muslimat seperti kita hanya sekadar memandang serong, menghukum tetapi tidak memberi altenatif pada mereka. Jangan biarkan mereka berkata orang yg melaksanakan ajaran agama seperti kita berfikiran sempit, terkongkong dan rigid. Adikku ambil lah ibrah dari permainan ini. Akak tak nak adik sekadar berteori dengan ilmu haraki tetapi menolak untuk terjun kepada praktikal.” Belajarlah dari permainan boling:

· Matlamat kita tinggi iaitu strike, orang yg target sekadar 1-3 jatuhan pin itu tidak normal. So, matlamat kita yg membawa agama ini mesti tinggi iaitu yakin menang, bukan sekadar melaksana kerja-kerja islam di peringkat kampus sahaja

· Kadang-kadang balingan yg di tepi boleh juga pergi ke tengah pada saat akhir dan mencapai strike, dan kadang-kadang balingan yg bermula di tengah lane juga boleh pergi ke tepi pada saat akhir dan masuk longkang. So, sape kita nak menilai manusia yg jahil kemungkinan mereka bergelar khusnul khatimah sedangkan kita yg sudah yakin banyak beramal ini kemungkinan ghurur dan bergelar suul khatimah. Namun jgn disebabkan sunnatullah begitu kita, selesa menggelek di tepi kerana risiko tinggi untuk masuk longkang. Geleklah di tengah agar insya-Allah sentiasa berada di tengah dan kalau menyeleweng pun hanya kadar yg sedikit.

· Pilih bola mengikut kemampuan kita, jangan terlalu berat dan terlalu ringan. Bola yang terlalu ringan menyebakan ia melayang dan masuk longkang. Terlalu berat menyebabkan bola tidak sempat sampai ke sasaran. Begitu juga dalam berjuang, perlu ikut marhalah, kalau kita memilih yang terlalu ringan, bimbang kita menjadi rileks, lalai dan sambil lewa. Memilih yg terlalu berat serta melebihi kefahaman yg ada menyebabkan kita menjadi down dan kadang-kadang bertindak secara ajalah (tergesa-gesa) . So, ikutlah marhalah dan kemampuan dan jangan sekadar bertaklid dan belajarlah mengikut step untuk meningkatkan kemampuan diri

· Bila mendapatkan strike jangan terlalu gembira hingga merendah-rendahkan sahabat kita yg gagal. Ini berkait dengan persediaan untu menang, bila kita menang dan insya-Allah islam yu’la wala yu’la alaih, jgnlah sombong menzalimi dan membalas dendam pada musuh yg pernah menyakiti kita.. “ Sedangkan nabi lagi memaafkan apatah lagi kita”. Indahkan islam…

· Bila kita membuat balingan maka bertawakal pada ALLAH sebab Allah yg menentukan hasil. Boleh juga strike, masuk longkang atau sekadar beberapa pin sahaja.Wahai penggerak amal islami, faktor sampingan iaitu usaha dan strategi kita dan faktor utama iaitu bantuan Allah. Maka bertawakallah, ingatkah lagi pada peristiwa Badar?

Terima kasih kekandaku dan sahabatku kerana mencetus momentum pemikiran yg praktikal untuk membantu pembentukan fikrah diri ini yang terlalu jahil. Sambutan befday yang terlalu istimewa bagi diriku. AL-FATIHAH buat ayahanda tercinta yg juga mempunyai tarikh lahir yg sama dgnku tetapi tidak berpeluang menyambutnya pada tahun ini. Tertanya-tanya… Adakah ini sambutan yg terakhir?

-21/04/1989 dan 21/04/1959 dalam kenangan-


sanah helwa kpd sahabatku =)
-walaupon perkara sprt bowling ,sahabat kte ni bijak memikirkan perkaitannye dgn dakwah dan realiti sbg mahasiswa/i kampus...
-setiap perkara itu ade perkara yg tersembunyi di sebaliknya dan hanya akan disedari oleh insan yang berfikir...
-moga kita sama2 mengambil iktibar daripadanya... =)


~min ardhul kinanah~

Sunday, April 26, 2009

PETIKAN AL-QURAN

* Firman Allah,maksudnya:
(surah al-Maidah ayat 55-56)
" Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah & Rasul-Nya serta orang-orang beriman, yang mendirikan solat&menunaikan zakat,sedang mereka tunduk menjunjung perintah Allah.Dan sesiapa menjadikan Allah&Rasul-Nya serta orang-orang beriman itu sebagai penolongnya,dia mendapat kemenangan kerana sesungguhnya golongan yang berpegang kepada Agama Allah,itulah yang tetap menang"

* Firman Allah,maksudnya:
(surah al-Saff ayat 10-11)
" Wahai orang-orang beriman!!Mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?iaitu kamu beriman kapeda Allah & rasulNya & berjihad di jalan Allah dengan harta & jiwamu.Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui".

*Firman Allah,maksudnya:
(Surah al-Hujurat ayat 11)
" Wahai orang yang beriman!!janganlah sesuatu puak daripada kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang laian,kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripda mereka,dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain,dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran buruk.Larangan berkenaan menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik dan amat buruk sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah dia beriman.Dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim".

(muslimin )

Wednesday, April 22, 2009

Bekalan buat daie....

10 MUWASAFAT TARBIYYAH

· Akidah yang sejahtera

· Ibadah yang sahih

· Akhlak yang mantap

· Luas pengetahuan

· Sihat tubuh badan

· Mampu berdikari

· Melawan nafsu

· Sangat menjaga masa

· Tersusun urusannya

· Bermanfaat pada orang lain


PETANDA IKHLAS SEORANG PEJUANG

Niat yang jelas

Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan

Tidak bermain dengan alas an

Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran

Prihatin terhadap organisasi

Menjaga rahsia organisasi


SYARAT – SYARAT UKHWAH

Dibina berdasarkan keikhlasan kepada Allah

Disertai dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah

Menlazimi diri dengan manhaj Islam

Mempraktikkan nasihat menasihati

Melaksanakan konsep tolong menolong sama ada di waktu susah atau senang

“ Dalam jauh perjalanan , Allah amanahkan sebuah pejuangan. Terimalah dengan kekuatan. Kadang dugaan mendatang, kadang teman tidak sehaluan, kadang kejayaan gagal dicapai, namun itulah ujian dalam mencari iman. Moga jelas fikrah di jiwa, dalam perjuangan Islam tercinta, untuk menggapai redha Allah jua ”

(IKHLAS DARIPADA SAHABATMU..JAMAL_GANU)

Tuesday, April 21, 2009

SEMOGA BERJAYA....!!!




" Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" -Al Baqarah:ayat 45-

....Best of Luck To All MyFAM...


@mail01 study..study..study...

Monday, April 20, 2009

selamat berjuang.........


DO YOUR BEST MY FRIENDS
ALLAH WITH U

Sunday, April 12, 2009

kisah si penjual tempe......



Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa,

"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin"

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,

"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin"

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,

"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan menyalahkanNya jika kita tidak dapat apa yang dipinta.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita sentiasa gagal memenuhi hak Allah seperti menjaga perkara-perkara wajib, solat lima waktu, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..



posted by: hidayah@xlmelgnkexam

Friday, April 10, 2009

Perihal Dua Ruh Yang Diseksa Di Neraka

Allah tidak memerlukan amal hamba-Nya. Dia memerintah hamba-Nya untuk beramal, tak lain agar ia mengakui bahawa dirinya lemah (i'tiraf) dan selalu memerlukan pertolongan. Pengakuan macam ini sangat penting. Diceritakan bahawa ada dua ruh disiksa di neraka. Allah kemudian memerintahkan agar keduanya dikeluarkan. Setelah keluar, Allah bertanya kepada mereka, "Apakah yang menyebabkan kalian masuk neraka?"
"Nafsu kami,"
jawab mereka. "Bukankah telah Kularang kalian bermaksiat kepada-Ku? Bukankah Aku telah mengutus rasul-rasulKu dengan bukti-bukti nyata? Dan bukankah telah-Ku katakan melalui lisan para ulama bahawa sesiapa yang taat akan memperoleh syurga, istana, wildan dan bidadari, sedang orang yang bermaksiat akan tinggal di neraka bersama Qarun, Firaun dan Haman?"
"Benar, tetapi kami tidak taat dan selalu bermaksiat kepada-Mu."
"Kembalilah kalian ke neraka, dan rasakanlah siksa-Ku," perintah Allah. Ruh yang satu bergegas kembali, namun ruh yang lain berjalan dengan enggan sambil sesekali menoleh ke belakang. "Mengapa kamu berjalan cepat-cepat?" tanya Allah kepada ruh yang pertama.
"Ya Tuhan, dahulu aku selalu membangkang perintah-Mu, sekarang sudah seharusnya aku taat kepada-Mu."
"Dan kamu, mengapa kamu tidak segera kembali ke neraka?" tanya Allah kepada ruh kedua. "Aku sangat mengharap ampunan-Mu, kerana mustahil Kamu akan mengembalikan kami ke neraka setelah membebaskan kami darinya."
"Masuklah kalian berdua ke dalam syurga. Masuklah, kerana kamu telah mentaati perintah-Ku. Dan masuklah, kerana kamu percaya pada rahmat dan kemurahan-Ku."
"Iman itu bukan sekadar angan2, tetapi adalah sesuatu yg diyakini dlm hati n dijelmakn dlm bntuk amal, dan sekiranya ajal itu diperlihatkn kpd kmu psti akan porak-perandalah semua cita2. Pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap kekurangan-kekurangan."

(Abu Bakar as-Siddiq)


posted by: hidayah

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIANKEKOSONGAN

JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1.. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.Wallahu-a'lam.. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

JAZAKALLAH…
wallahualam



posted by:hidayah a.k.a ida