Sunday, April 26, 2009

PETIKAN AL-QURAN

* Firman Allah,maksudnya:
(surah al-Maidah ayat 55-56)
" Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah & Rasul-Nya serta orang-orang beriman, yang mendirikan solat&menunaikan zakat,sedang mereka tunduk menjunjung perintah Allah.Dan sesiapa menjadikan Allah&Rasul-Nya serta orang-orang beriman itu sebagai penolongnya,dia mendapat kemenangan kerana sesungguhnya golongan yang berpegang kepada Agama Allah,itulah yang tetap menang"

* Firman Allah,maksudnya:
(surah al-Saff ayat 10-11)
" Wahai orang-orang beriman!!Mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?iaitu kamu beriman kapeda Allah & rasulNya & berjihad di jalan Allah dengan harta & jiwamu.Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui".

*Firman Allah,maksudnya:
(Surah al-Hujurat ayat 11)
" Wahai orang yang beriman!!janganlah sesuatu puak daripada kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang laian,kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripda mereka,dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain,dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran buruk.Larangan berkenaan menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik dan amat buruk sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah dia beriman.Dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim".

(muslimin )

1 comment:

wardah safwah said...

"WAHAI TUHAN KAMI,AMPUNKAN DOSA2 KAMI DAN DOSA2 SAUDARA2 KAMI YG MENDAHULUI KAMI DLM IMAN,dan janganlah ENGKAU JADIKAN DALAM HATI KAMI PERASAAN HASAD DENGKI DAN DENDAM TRHDP ORG2 YG BRIMAN.

wahai TUHAN KAMI,SESUNGGUHNYA ENGKAU AMAT MELIMPAH BELAS KASIHAN DAN RAHMAT MU"