Friday, October 30, 2009

salam sahabat2

Petikan Us Yusof Embong..

beberapa pra-syarat kejayaan harakah Islamiyyah @jamaah Islam sebagaimana yang digariskan oleh Abu A'la Al-Maududi.

Di antara perkara-perkara utama yang dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Kelayakan peribadi orang-orang yang terlibat di dalam kegiatan sesuatu rancangan
gerakan Islam.

2. Kelayakan-kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jama’ah atau gerakan yang
memperjuangkan Islam.

3. Kelayakan yang perlu bagi menjamin kejayaan-kejayaan dalam usaha
memperkembangkan dan menegakkan cara hidup Islam.

4. Maksiat atau kemungkaran besar yang perlu dijauhi oleh diri perseorangan dan
juga jama’ah yang memperjuangkan Islam.

5. Cara-cara untuk mendapat kelayakan-kelayakan yang tersebut tadi dan usaha-usaha
untuk menghapuskan keburukan-keburukan yang mengotori diri perseorangan
dan masyarakat.

Huraian Ringkasnya begini:
1)Kelayakan peribadi orang-orang yang terlibat di dalam kegiatan sesuatu rancangan
Harakah Islamiyyah
• Mempunyai kefahaman Islam yang sebenar
• Memiliki keimanan yang teguh terhadap Islam
• Watak peribadi (syakhsiyyah fardiyyah)
• Mengambil Islam sebagai matlamat hidup

2)Kelayakan-kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jama’ah Islamiyyah
• Persaudaraan (ukhuwwah)
• Musyawarah (syura)
• Tata tertib (disiplin)
• Teguran-teguran yang membina (muhasabah)

3)Kelayakan-kelayakan yang perlu/tambahan bagi menjamin kejayaan.
• Hubungan dengan Allah dengan keikhlasan hati
• Mengingati hari akhirat
• Budi pekerti yang mulia
• Ketabahan dan tetap pendirian
• Bijaksana

4) Maksiat atau kemungkaran besar yang perlu dijauhi.
• Sombong (takabbur)
• Riya’ (menunjuk-nunjuk)
• Pra Sangka - Niat buruk

5) Kelemahan-kelemahan diri manusia
• Mementingkan diri sendiri
• Tabi’at tidak seimbang
• Pemikiran yang sempit (singkat akal)
• Membuat keputusan yang lemah

us Ludin

Thursday, October 29, 2009

MOHON PANDANGAN SEMUA

Batas Dalam Pergaulan
Surah an-Nur ayat 30-31 maksudnya :
“ Katakanlah kepada laki2 yg beriman agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
Dan katakanlah kepada para perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra2 mereka, atau putra2 suami mereka, atau saudara2 lelaki mereka, atau putra2 saudara laki2 mereka, atau putra2 saudara perempuan mereka, atau para perempuan sesama Islam mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, dan para pelayan laki2 (tua) yang tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan, atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat perempuan.
Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang2 yang beriman,agar kamu beruntung” .

Perintah Allah dalam ayat ini :
· Menjaga & mengawal pandangan daripada melihat perkara2 yang diharamkan
· Menjaga kehormatan diri supaya tidak berlaku sebarang fitnah
· Menjaga batas2 aurat kecuali yang dibenarkan oleh syarak

Muhasabah diri tunjang tarbiyyah :
Sahabat,
Sedarkah kita ???
Apabila kita bersama shbt2 , kita secara automatiknya dapat menjaga batas-batas pergaulan dan pandangan kita..
Tak kiralah muslimin mahupun muslimat..
Tapi sebaliknya apabila berjauhan dan bersama dengan "org lain", diri kita seperti kurang ditarbiyyah...
Pandangan entah ke mana..batas2 pergaulan pun sama..entah ke mana..
Pelik kan..
MasyaAllah..

Kronologinya :
Ketika bersama
Muslimin nak bercakap dengan muslimat rasa segan2..
Muslimat nak berbicara ngan muslimin pun malu2..
Nak pandang2 pun curi2 tengok je..
Rasa tak selesa memandang dan dipandang..
Tapi bersama "org lain"
Pabila diajak bercakap...tak terjaga lagi suara dan penuh gelak ketawa
Pabila diajak keluar..pakaian tak kelihatan sempurna pada tuntutan syarak
Pabila diajak bergambar...tak dipertimbangkan lagi jarak pemisah antara 2 jantina
Pabila diajak keluar makan..tak terjaga lagi pandangan mata
Pabila diajak mesej2 & call melalui telefon..tak kira lagi kesesuaian masa
Pabila diajak ym,facebook & friendster...ayat2 berbunga2
MasyaAllah...

Nasihat dan teguran :
Inilah realiti dan dilema para daie
Sekadar pandangan & pendapat ana sahaja..
Maaf sekiranya ada kekhilafan..
Ana pun tak terkecuali alaminya..
Ana pun kadang2 alpa..
Tak terjaga batas2 pergaulan & pandangan..
Demi nak jaga persahabatan...
Tapi tak terjaga hubungan dengan Allah..
Untuk menggapai Mardhatillah..
Kita tanpa cintaNya..
Bagai layang2 terputus talinya
Masihkah ada sekulimat belas
Untuk kasihMu Tuhan..
Tepu dada tanya iman kita..
Sahabat2 semua..
Berwaspadalah dalam setiap tindakan, perlakuan dan gerak geri kita..
Kita para daie
Lebih2 lagi perlu jaga hubungan utuh pada Pencipta..
Pabila hidup kita diberkati & dinaungi rahmat Allah..
Segala urusan kita..insyaAllah dipermudahkanNya...
Kita ini ibarat role model pada "orang lain"
Kita sering diperhati,dilihat dan dipandang ..
Setiap masa & ketika..
Kiri,kanan, depan & belakang...
Betul tak ???
Tak gitu???

Apa yang perlu kita buat :
§ Kuatkan Tarbiyyah diri
§ Mantapkan amal fardhi
§ Jaga hubungan pada Allah
§ Tingkatkan thaqafah
§ Jadi diri sendiri bukan orang lain
§ Baiki kelemahan diri
§ Tingkatkan kualiti diri
§ Jangan malu Tanya pandangan orang yang lebih bepengalaman

Tulus ikhlas doa buat shbt2 tercinta :
Ya Allah ya Tuhan kami..
Dengan keagungan namaMu & dengan sifatMu yang Maha Suci & Mulia
Bersihkanlah hati kami daripada segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaranMu
Matikanlah kami di atas perjalanan ahli Sunnah wa Jamaah dengan rasa kecintaan untuk menghadapMu wahai Tuhan kami
Yang mempunyai ketinggian dan kemulian
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Terangkanlah hati2 kami dengan ilmu pengetahuan
Jadikanlah tubuh badan kami untuk mentaatiMu
Bersihkan hati kami daripada fitnah
Jadikan fikiran kami dorongan untuk mengambil iktibar
Peliharalah kami daripada bahaya syaitan yang menyesatkan
Sehingganya tidak berkuasa ke atas kami
Sesungguhnya kami telah beriman denganMu
Ampunilah dosa2 kami
Peliharalah kami daripada azab seksa neraka
Amiiin.....

Wallahua’lam
Maaf sebarang kesalahan & kekhilafan
Sekadar pandangan dari insan yang hina
Ku akui..kelemahan diri..
Ku insafi..kekurangan ini..
Ku kesali...kejahilan ini..
Terimalah..terimalah...
Ya Tuhan.. taubat hambaMu yang berdosa ini..

Dari Us Ludin

Sunday, October 25, 2009

sahabat2 ku....

TIPS MEMBERI PANDANGAN

www.iluvislam.com
YAHYA A. SHUKOR
editor: azzahra_solehah


Hakikat kejadian manusia mempunyai akal. Akallah yang membezakan antara manusia dan haiwan. Terdapat juga definisi lain pada manusia iaitu, haiwan anna-thik, haiwan yang mampu berkata-kata. Kita begitu unik dan istimewa dengan kelebihan akal kita, namun akal bukanlah satu-satunya unik yang benda yang kita perlu hargai dalam menentukan arah tuju hidup kita.

Dalam proses membuat pilihan, biasanya kita akan dibantu oleh tiga jenis penasihat. Akal, nafsu dan hati. Kepada penasihat manakah kita perlu cenderung mendengarnya? Contoh paling mudah, budaya menghisap rokok. Akal kesihatan memberitahu bahawa rokok itu membahayakan tubuh badan kita. Akal agama mengatakan bahawa ia pernah mendengar merokok itu haram. Akal ekonomi menasihatkan rokok sekarang makin mahal. Nafsu bergaya berkata, merokoklah, kerana merokok itu ada kelas yang tersendiri. Nafsu ekonomi pula berbisik, merokoklah, untuk memaksimumkan kepuasan diri.

Jika hanya bergantung kepada dua penasihat ini, maka ranaplah kita. Akhirnya, setelah ditimbangi oleh hati, hatilah yang membuat keputusan. Keputusan hati itu pula bergantung dengan sebanyak mana titik-titik hitam yang ternoda di tubuhnya. Jika elok hatinya, eloklah keputusannya, jika rosak hatinya rosaklah jua keputusan yang diterima.

Begitulah, walaupun akal itu hebat, tapi akal hanya membuat kita TAHU. Jika kita mengekang nafsu, maka lahirlah MAMPU. Kita hanya mampu mengekang nafsu sekiranya hati kita berupaya melahirkan MAHU. Maka, jika diperhatikan dengan teliti, rupa-rupanya akal ini tidak mampu membuat semua perkara.

Persamaan antara Bush dan ahmadineejad ialah mereka berdua mempunyai akal yang tinggi. Perbezaannya, hati yang baik atau sebaliknya. Kadang-kadang, dalam dunia blog ini, kita dapati ramai manusia yang mencetuskan pelbagai luahan idea. Ada yang bersifat menulis diari, ada yang meletakkkatan kata-kata puitis, ada yang menulis tazkirah dan ada pula yang menulis sebagai wadah luahan emosi. Kepelbagaian itulah yang membuatkan kita terus hidup. Dan semua yang menulis pula, mempunyai akal yang hebat-hebat belaka.

Namun, seperti penerangan di atas, akal bukanlah segala-galanya. Sebagai umat Islam, kita perlu merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Kadang-kadang kita menggunakan lesen pendapat untuk menyuarakan apa yang kita rasa benar. Kalau dalam hal keduniaan bolehlah, tapi jangan pula sehingga yang melibatkan isu-isu agama. Ingin jadi golongan muktazilahkah kita? Jangan terlampau ikutkan nafsu marah ketika menulis dan jangan dilayan sangat emosi ketika menulis, bukankah hilang separuh dari akal ketika marah?

Kita kurang berpuas hati dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Lalu, kita menulis di dalam blog atau kita bincangkan di forum. Isu itu pula berkaitan dengan keagamaan. Namun, pada kebiasaanya kita lebih mengutamakan emosi dan pandangan berbanding hujah-hujah dan dalil naqli. Kenapa kita selalu mendahulukan hujah-hujah akliah (logik) berbanding hujah-hujah naqliah (dari quran dan hadis).

Kadang-kadang, walaupun kita kita kurang arif dalam sesuatu perkara, lalu kita ingin menegur. Akal mengatakan, perkara itu kurang betul. Hati kita yang tercalit titik-titik hitam pula meragui niat hati orang lain. Lantas apa yang berlaku, perbincangan kosong yang berdasarkan pandangan semata-mata. Bukannya salah untuk menulis dengan penuh logik dan beremosi, tapi tetap jadikan quran dan hadis sebagai prioriti.

Kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita tulis. Menggunakan logik akal semata-mata dan mengaitkan ayat al-quran yang tidak berkaitan dengan isu bukanlah etika seorang penulis muslim/muslimah yang sebenar. Jangan jadikan ayat ‘saya hanya berpandangan’ sebagai lesen untuk menulis. Memberi pandangan tidak salah, tapi biarlah berlandaskan quran dan sunnah. Memberi pandangan juga tidak salah, tapi jangan marah jika pandangan kita itu salah. Kita selalu marahkan puak liberalisme jika mereka berfikir sesuatu menurut akal mereka, tapi kalau beginilah keadaannya, maka apa kurangnya kita?

Contoh mudah dalam memberi pandangan:

Saya rasa kita perlu kuatkan industri rokok ini, kerana cukai yang kita kutip darinya amat tinggi.

Saya berpendapat, wajar untuk kita terlibat dalam aktiviti (tidak perlu dinyatakan) tersebut.

Aku rasa kita bolehlah tangkap gambar laki dan perempuan, ala, sekali sekala. Walaupun aku rasa apa yang aku lakukan itu salah, namun hati aku mengatakan ia tindakan yang wajar.
Tak perlulah solat zohor jamaah kat surau, nanti siapa nak kejut room mate aku? Baik aku solat kat bilik.
Jumpa abang angkat pun salah ke? Alahai, abang angkat je. Nak rapatkan ukhuwwah.

Cuba bayangkan, suatu hari, seorang hakim berkata, saya berpendapat, pencuri ini walaupun ternyata bersalah, tapi ia tidak boleh dihukum. Kerana dia terpaksa menanggung orang tuanya yang dhaif dan anak-anaknya yang ramai. Tergamamkah kita? Bukankah pendapatnya amat logik? Disebabkan terlampau menggunakan akal, hukum yang telah Allah nyatakan dalam Al-Quran sudah tidak menjadi relevan, pada pandangan mereka. Na├║zubillah min zalik.

Bukankah Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat jika kami berpegang teguh kepadanya, kitab allah dan sunnah rasulnya. Allah taala juga telah berfirman, Jika kamu tidak mencapai kata sepakat dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan rasulnya, jika kamu benar-benar beriman terhadap allah dan hari akhirat.

Acapkali, kita terasa diri kita hebat setelah membari pandangan. Lalu bila ada pandangan lain yang bercanggah, kita membantah, meskipun pandangan itu berpandukan Quran dan Sunnah. Lalu, tanpa mengakui kesalahan diri, kita menggunakan ayat, Saya hanya berpandangan. Itu pandangan aku. Tidak salah untuk memberi pendapat, tapi biarlah pendapat itu berasaskan quran dan sunnah, bukan berdasarkan akal semata-mata. Janganlah pula kita menimbulkan sikap kurang rasa bersalah, menyedapkan hati sendiri dengan menggunakan akal.

Dahulukan apa yang perlu dahulukan, kemudiankan apa yang perlu dikemudiankan. Kita punya akal, lalu kita memberi pandangan. Kita punya hati, lalu kita menulis mengikut hati. Kita punya agama, tapi kenapa kita tak mahu mengikut agama? Moga bermanfaat.

Sunday, October 18, 2009

Dengarkan kerinduan di lautan memori
Mengintai kenangan indah
Yang menyentuh emosi
Masih segar diingatan
Hadirmu bawa sinar cahaya impian

Sahabat,
Kau sesungguhnya
Temanku dikala suka & lara

Tikaku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan
Untukku ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan
namun tiada noktah kasih,
Biar lama ku menentukan
nilai ukhuwwah yang terjalin,
Teruskan perjuangan
ke titisan darah terakhir

Dan aku,
masih disini terus mendaki
puncak tertinggi hidupku...
Dan aku,
terus menanti saat yang manis
akan berulang kembali...
SAHABAT...

Assalamualaikum...
salam lebaran pd sume shbt
maaf zahir n batin..=)
dah terlmbt tp nk wish jgk..
nie sdkt ttg diri ini..
bernama nur hidayah bt muhiddin@yidin..
asal dr n0.18,kg kolam air panas,
tok bok, 18500 machang,
qlate.. adk brdk ade 8 n ank last..
lhr pd 25 oktober 1989..
mse umr 6 thn bljr kt tabika siti
khadijah dkt ngn umah..dr drjh1-6 skolah
d sk labok..n F1-5 study kt sek.men.sains machang..
lps 2 dpt rzki smbg study kat KMPh..
now,study kat international education center(INTEC),
Uitm Shah Alam Kampus Syeksyen17..
insya ALLAH bkl jd ckgu maths..
that's all from me..
may ALLAH bless all of us..
best of luck..
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA..=)