Thursday, October 29, 2009

MOHON PANDANGAN SEMUA

Batas Dalam Pergaulan
Surah an-Nur ayat 30-31 maksudnya :
“ Katakanlah kepada laki2 yg beriman agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
Dan katakanlah kepada para perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra2 mereka, atau putra2 suami mereka, atau saudara2 lelaki mereka, atau putra2 saudara laki2 mereka, atau putra2 saudara perempuan mereka, atau para perempuan sesama Islam mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, dan para pelayan laki2 (tua) yang tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan, atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat perempuan.
Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang2 yang beriman,agar kamu beruntung” .

Perintah Allah dalam ayat ini :
· Menjaga & mengawal pandangan daripada melihat perkara2 yang diharamkan
· Menjaga kehormatan diri supaya tidak berlaku sebarang fitnah
· Menjaga batas2 aurat kecuali yang dibenarkan oleh syarak

Muhasabah diri tunjang tarbiyyah :
Sahabat,
Sedarkah kita ???
Apabila kita bersama shbt2 , kita secara automatiknya dapat menjaga batas-batas pergaulan dan pandangan kita..
Tak kiralah muslimin mahupun muslimat..
Tapi sebaliknya apabila berjauhan dan bersama dengan "org lain", diri kita seperti kurang ditarbiyyah...
Pandangan entah ke mana..batas2 pergaulan pun sama..entah ke mana..
Pelik kan..
MasyaAllah..

Kronologinya :
Ketika bersama
Muslimin nak bercakap dengan muslimat rasa segan2..
Muslimat nak berbicara ngan muslimin pun malu2..
Nak pandang2 pun curi2 tengok je..
Rasa tak selesa memandang dan dipandang..
Tapi bersama "org lain"
Pabila diajak bercakap...tak terjaga lagi suara dan penuh gelak ketawa
Pabila diajak keluar..pakaian tak kelihatan sempurna pada tuntutan syarak
Pabila diajak bergambar...tak dipertimbangkan lagi jarak pemisah antara 2 jantina
Pabila diajak keluar makan..tak terjaga lagi pandangan mata
Pabila diajak mesej2 & call melalui telefon..tak kira lagi kesesuaian masa
Pabila diajak ym,facebook & friendster...ayat2 berbunga2
MasyaAllah...

Nasihat dan teguran :
Inilah realiti dan dilema para daie
Sekadar pandangan & pendapat ana sahaja..
Maaf sekiranya ada kekhilafan..
Ana pun tak terkecuali alaminya..
Ana pun kadang2 alpa..
Tak terjaga batas2 pergaulan & pandangan..
Demi nak jaga persahabatan...
Tapi tak terjaga hubungan dengan Allah..
Untuk menggapai Mardhatillah..
Kita tanpa cintaNya..
Bagai layang2 terputus talinya
Masihkah ada sekulimat belas
Untuk kasihMu Tuhan..
Tepu dada tanya iman kita..
Sahabat2 semua..
Berwaspadalah dalam setiap tindakan, perlakuan dan gerak geri kita..
Kita para daie
Lebih2 lagi perlu jaga hubungan utuh pada Pencipta..
Pabila hidup kita diberkati & dinaungi rahmat Allah..
Segala urusan kita..insyaAllah dipermudahkanNya...
Kita ini ibarat role model pada "orang lain"
Kita sering diperhati,dilihat dan dipandang ..
Setiap masa & ketika..
Kiri,kanan, depan & belakang...
Betul tak ???
Tak gitu???

Apa yang perlu kita buat :
§ Kuatkan Tarbiyyah diri
§ Mantapkan amal fardhi
§ Jaga hubungan pada Allah
§ Tingkatkan thaqafah
§ Jadi diri sendiri bukan orang lain
§ Baiki kelemahan diri
§ Tingkatkan kualiti diri
§ Jangan malu Tanya pandangan orang yang lebih bepengalaman

Tulus ikhlas doa buat shbt2 tercinta :
Ya Allah ya Tuhan kami..
Dengan keagungan namaMu & dengan sifatMu yang Maha Suci & Mulia
Bersihkanlah hati kami daripada segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaranMu
Matikanlah kami di atas perjalanan ahli Sunnah wa Jamaah dengan rasa kecintaan untuk menghadapMu wahai Tuhan kami
Yang mempunyai ketinggian dan kemulian
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Terangkanlah hati2 kami dengan ilmu pengetahuan
Jadikanlah tubuh badan kami untuk mentaatiMu
Bersihkan hati kami daripada fitnah
Jadikan fikiran kami dorongan untuk mengambil iktibar
Peliharalah kami daripada bahaya syaitan yang menyesatkan
Sehingganya tidak berkuasa ke atas kami
Sesungguhnya kami telah beriman denganMu
Ampunilah dosa2 kami
Peliharalah kami daripada azab seksa neraka
Amiiin.....

Wallahua’lam
Maaf sebarang kesalahan & kekhilafan
Sekadar pandangan dari insan yang hina
Ku akui..kelemahan diri..
Ku insafi..kekurangan ini..
Ku kesali...kejahilan ini..
Terimalah..terimalah...
Ya Tuhan.. taubat hambaMu yang berdosa ini..

Dari Us Ludin

3 comments:

wardah safwah said...

baguslah ...
wat sendri ke ni...
mantap!!!

hakikatnye ni mmg berlaku
xkire min /mat
since skolah lg...
or mybe since tadika??

apakah ini hipokrit??
sedangkan amalan kita diperhatikan tidak kira masa.
tdk kira tempat..
tdk kira dgn siapa kita berada..

thanx a lot us ludin...

good luck exam to shbt2...
saye pon nk exam gak...

jamal ganu said...

namun ada juga cara yang bole kita praktikkan..

first mestilah takut dengan Allah..Allah nampak perangai, hati dan anggota kita...So jika rasa2 nk berbuat dosa atau terjebak dlm perkara yg haram cepat2 la beringat dan istigfar.

Kedua, kita sendiri kna la kuat.."no dekat2 dgn saya", " "kau tolong jauh sikit sbb ak dengar apa yg kau ckp", bahasa biar straigt to the point, tolak dengan sopan namun tegas..mcm kita ckp dgn sejemaah kita la..

ketiga..pandai2 la jaga diri, mereka kwn2 sekelas pon respect dgn pembawakkan kita kalo kita pndai seimbangkan. Haram tetap haram, lelaki tetap lelaki, perempuan tetap perempuan, yg pnting disini juga awasi jarak anda..agak2 tak nmpak tompok2 hitam kat muka org depan tu kira ok la...

tiada kerja semudah kata,

berbuat dosa angkara kita,

teguran Dia membuka mata,

terus mengelak dunia cinta.

qamarunnajami said...

salam..
post yg mantap..
suke post nie...