Monday, November 30, 2009

jangan marah2....+_=

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sunday, November 29, 2009

sahabat myfam...

“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”




~gambar baru jerk edit..tibe2 kerinduan pada sahabt bertampah membuak2..hu2..mintak izin ya korang tuk upload~



Duhai Teman Duhai Sahabatku…

Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…

Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…

Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…

Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…

Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…

Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…

Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….


posted :kak sau

Monday, November 2, 2009

..::sharing::..

salam....nak dengar satu cerita tak??saye tgh ngantuk ni...jadinye nak menaip satu story utk share ngn sahabat2 sume...




pada suatu mlm...aku dlm perjalann nak pergi ke rumah kawan...aku dah berjanji utk kerumahnye utk menunggu "mushrif"...jarak dari rumahku ke rumah kawanku ini tidaklah sejauh mana....kalau kat kmph dari masjid ke blok A...

kemudian...dalam perjalanan ke sana..aku yg keseorangan pada malam yg sejuk ni disapa oleh dua org budak kecik...agak2 mereka ni berumur dlm linkungan 12 tahun kot....tgk dari segi pakaian xdelah nampak mcm org susah....sorg tu pakai baju jersi bola...nampak cam org loaded je... tetiba die tanya aku "you are from malizia??" then...aku jawab "yup"..

sambil berjalan menuju ke blok kawanku...die ekori aku dan bertanya... " do you have money? i want money...give me 5 dollar..."

biar betol budak nie....ckp english bukan main fluent lg...x boleh dilayan...

"i have class now...i need to hurry..i have no money..."....lps ckp mcm tu pon die still ikut aku... aish....menyesal xde mushrif...walaupun jarak rumah tak jauh mana...tp kite x boleh nak jangka ape yg akan berlaku....

dah sampai ke blok kawanku....aku terus naik ke tingkat 3...Ya Allah...aku tiba2 rasa mcm konfius je... betul ke ni bloknya...dah la 2 org budak tu ikot naik skali....

then aku ckp..." i have no money...don't follow me...u can ask money from ur parents"
slumber je budak tu jawab " they died"!!!! aku xtaw la betul atau tak....tp kalau die menipu ini dikira satu penipuan yg mmg tak boleh dimaafkan.!!sanggup die ckp mcm tu!!hot2

lps tu aku nampak kawan die pegang kotak rokok...aku tanye... "u want money to buy cigarette??" budak tu jawab.. "no"...

erm...dah tak boleh dipercayai....lantas aku cpt2 call kawanku ini supaya die cepat2 bukak pintu...alhamdulillah rumahnye hanye di tingkat atas ...aku pon cepat2 bukak kasut dan masuk ke rumahnye....

tiba2 bunyi "prang"....bunyi ape ye??sbb depan rumah ni xde pasu bunga pon... bila bukak pintu...dua org budak td dah tiada...tp ade mentol kaca pecah di tangga...owh...tanda memberontak mungkin....sbb x dapat duit...tapi!!!

alamak...kasut dah hilang....kasutku...dan 3 pasang kasut ahli beit kawanku sumenye lenyap...sudahla kasut2 tu "malaysia mari"....aduyai.....

selepas mushrif yg kami mintak tlg utk hantar ke kelas tambahan dapat dihubungi...kami cerita kat die pasal 2 org budak tu...aiya...yg kene mestilah aku sbb keluar malam tanpa mushrif.... sendiri buat sendiri tanggung daa....

bila turun ke bawah...aku nampak kasut aku...tp knp sebelah je?? rupa2nya semua kasut mcm tu...tinggal sebelah je....lagi sebelah kat blok sebelah...tp x boleh ambil sbb pintu kunci... dipendekkan cerita maka malam tu aku pergi ke kelas dgn meminjam kasut ahli beit kawanku... thankx yer!!

beginilah salah satu kisah kehidupan di tempat asing ni....jangan sangka jika hidup jauh dari keluarga dapat hidup bebas...yg ptg lg kene pandai jaga diri....

erm...dah x ngantuk kot....skrg ni musim exam...slamat menduduki exam ye...saye pon nak exam juga...doakanlah kejayaan dan keselamatan kami di sini...

P/s: mushrif=wakil pelajar lelaki yg bertanggungjwb utk memastikan keselamatan pelajar perempuan selamat sampai ke destinasi...

-mushrif ni diperlukan pada waktu malam krn org arab suka kacau org malizia(akhowat).
-tp dgn nisbah yg betul...tak boleh berdua2an...
-aktiviti akhowat adalah terhad pd waktu malam sbb sebolehnya nak krgkan ggu mushrf...sbb mereka pon ade private time nak study...kenelah paham kan...