Thursday, December 2, 2010

ya buk!baik ibu!




slm.geng, pa kabau?




di kempatam cuti ini sempat la saye menjaga adik2 sepupu kerana bibik2 mak sedare saye sorang lari dan sorg lagi dberi cuti balik indon. kepenatan melayan karenah mereka dsamping menguruskan kerja2 rumah (masak,kemas dan sbgainye) membuatkan saye menghayati perasaan mereka ni. memerhatikan kembali bibik2 yang pernah hadir dalam hidup ni.bukan x betah buat kerja2 ni d rumah sendiri tapi kalau di rumah, xnak buat skrg xpelah sambung sat g, esok2 ke atau alahh xya buat la...(:P). hehe.korang pun biase kan...hihi.




BIBIK @ ORANG GAJI @ PAH BEDAH


kebanyakan kes-mereka ni mula kijo start dari awal pagi dan kalau mereka x tido x rehat la mereka...menguruskan anak2,kemas rumah,masak,gosok baju, hanto anak2 g skola dan sbgainyer.kesian tengok dorg ni.penat tau 24jam x 7 hari. bile cuti nye? sbgai majikan kita akan rase die mmg layak buat semua tu.yola.aku da brabis rm8000 untuk dapatkan ko n rm600 setiap bulan aku kene bagi kat ko...so, buat la kijo ko....dah tu mmg kijo ko. tapi dsebalik tu, mesti kite juge terdetik kan yg mereka ni bukan nye robot yang bleh terus bkerja tanpa henti. mereka perlukan rehat,kasih sayang,belaian seperti mane jugak kite.yola, kita juga nak majikan kita layan kite gitu...kalau x aku rela resign! tapi kene pkiq bnyk kali.skrg susah nak cari kerja.hehe. dgn sifat kemanusiaan kita cuba fahami mereka.




fahamila...


1.bg mereka rehat.


macam2 saranan yang kerajaan bg antranya bg bibik cuti 1x seminggu. majikan x percaya nak lepaskan bibik.nanti lari kang...cane?salah seorang mak sedara saya dah apply cara ni.lama gak dia bina kepercayaan n kesalingan antara dia n bibiknye. dan akibatnye, saye kene tlg jage spupu2 skrg.hehe.bibik pulang ke indon sih...mula2 dia bg cuti masa2 hari penting like raye untuk dia bkumpul bsama-sama fmly indon yang lain. x lari pun....




2.bibik bukan hamba abdi.


bukan semua kerja bleh terus lepas kat beliau like urusan anak2.papamama kene buat sesuatu jugak untuk mereka.nanti kang anak2 lbih sayang bibik da cemburu...dan kene melatih anak2 buat kerja jugak.ni x gosok baju bibik, masak bibik,kemas rumah bibik menjdikan anak2 kite x reti pape @ PEMALAS. cane dorg nak berdikari. dsmaping meringankan tugas bibik, dapat jugak didik anak2.




setakat nilah celoteh bibik ini buat mase ni...


akhir kata, sayangilah,hormati n fahamilah bibik @ orang gaji sbnarnye bukan nak spesifik untuk bibik2 d rumah tapi untuk semua mereka2 yang bkerja tanpa henti...huhu.sape ye?fikir2 kanlah...jangan la smpai teruk mereka2 ni didera seperti nirmala bonat dan terbaru sumiarti. mungkin shbt2 bakal memiliki bibik. saye x prefer sbob rase susah nak jage aurat dan macam2 perkara lagi.








Sunday, August 22, 2010

jawapan-ong gedik gedek...


slm.geng.....

jawapannya,
katak popeye...dia makan spinach n then jadi kuat so boleh la angkat pokok derian tu...
atau
katak yang dicium perempuan...bertukar....jadi prince...hehe
ape lagi...dia angkat la pokok derian tu seterusnya buat pengat derian...
hahaha

ni soklan motivasi...
katak yang pekak....nape???sbob bile dia pekak,dia x hirau kan ckp2 org skeliling n teruskan usaha dia untuk angkat pokok derian tu...lama kelamaan dia berjaya juge dgn izinNya...

penagajaran:
kadang2 kita kene pekak kan telinga n jgn pkiq sgt pe yg org len kata...ia boleh menurunkan smagat kite lagi2 lau kita rase pe yg kita buat tu betul...nak ikut cakap semua orang,x bergerak la kita..trust yourself deh...even its takes time because a journey begins with one steps...kalau x mulakan 1st step gane nak ke depan...last but not least,usaha kita tu yg penting even hasil nya x sebarapa...ada juga ganjaran di sisi NYA.
Practically,maybe masa kiat study org ckp kita ni rajin sgt...biar la mmg kene rajin pun
lau kita lam kijo dakwah ni pulak...org ckp kita ni baik sgt la..bio la mmg kene jd baik
lau penampilan kita lain,menutup aurat atau mgamalkan pmakaian muslim muslimah org kata alim sgt...bio la...be urself...

^__________^
ong gedik gedekk.....
katak ni kim slm.
dia kata jangan over2 sgt makan buka pose nanti...

teruskan semangat ramadhan!ganbate!!!
muhasabah for me also

Saturday, August 7, 2010

ong gedek-gedek-gedek....

assalamualaikum.

geng.pa kabo anda semua.....smoga sihat sejahtera hendaknya...

nak bagi teka teki....

dalam banyak2 katak....katak hijau,pisang,puru,hitam,coklat,gemuk,kurus,kerdil dan lain2 lagi...
katak pew yg bleh angkat pokok durian yang sedang masak ranum????
jawab jgn x jawab...t ambe gtau jwapan nyer deh...

Tuesday, July 13, 2010

updating.....

ASSALAMUALAIKUM.

apa khabar sahabat2 semua...

SELAMAT MEMULAKAN SEM BARU YE...

Sunday, June 27, 2010

SIFAT-SIFAT MEMILIH SAHABAT

Sifat-sifat memilih sahabat. Alqamah berpesan kepada puteranya."Wahai
anakku, kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat maka hendaklah
engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadannya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu, ia akan menutupnya.

6. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

7. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanya kesusahanmu.

8. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu.

9. Jika engkau berkata kepadanya, ia akan membenarkannya.

10. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

11. Jika engkau berdua berselisihan faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Kesimpulannya:
Jika kamu merasakan cukup perkara diatas pada seseorang kenalan kamu,
maka pilihlah ia. Kerana ia merupakan sahabat yang akan membantu menuju
jalan hakiki."
Insya ALLAH....

Wednesday, June 2, 2010

zionis VS ka'abah dlm PC??

Assalamualaikum

hari ni ana mendapat byk e-mail , tak kurangnya YM yang menjaja message di bawah:


Quote::
Salam nak tahu tak sbnrnya dlm MO(Microsoft office) ada lambang yahudi yang kita xsedar... cube checkC: > ProgramFiles > Microsoft Office > MEDIA > CAGCAT10 > J0285926.WMF tolong delete file ni..foto kemenangan lambang zionis..harap hebahkan...... tq

Tengok punya tengok.. memang ada. Ia tersorok dalam file Microsoft Office. Gambar sepertimana tertera di atas. Siap ada lambang Yahudi lagi. Rupa-rupanya Zionis selama ini dok menyorok dalam komputer kita.

------------------------------------------------------------------------------------------
respon Fathi kpd mereka yg menjaja kempen delete lambang Zion ni dlm PC:


saya ada berita lg gempak punya, nk tau?

nk tau x?

erm, tahukah anda semua bahawa Ka'abah (Baitullah al-Haram) ada dalam setiap Komputer kita?

tak percaya?? cuba check: C: ---> ProgramFiles ---> Microsoft Office ---> MEDIA ---> CAGCAT10 ---> J0301050.WMF

jumpa x ka'abah? erm, so adakah kita nk kata ka'abah umat islam selama ni dok menyorok dlm setiap PC kita dlm kita tak sedar? Sweat  Drop

sebagaimana lambang zionis ada dlm PC kita selama ni, selama itu jugalah Baitullah al-Haram ada dlm PC kita selama ni,

moralnya: jgn cuak sgt bila dgr je zionis, kita umat islam bukan lemah, jgn nampakkan kita lemah, umat islam bukan bodoh! maka tolong la jgn nampakkan umat islam bodoh..dan zionis pun xda kerja la nk menyorok dlm PC kita selama ni, huhu...file WMF tu biasala utk perisian pictures dlm Windows, semua agama dan fahaman ada sbb utk memudahkan pengguna guna PC, bukan setakat lambang zionis je ada, ka'abah umat islam pun ada! bahkan patung buddha pun ada, nk tgk patung Buddha dlm PC sila search:
C: ---> ProgramFiles ---> Microsoft Office ---> MEDIA ---> CAGCAT10 ---> J0300912.WMF

bayangkan umat islam dok kempen delete lambang zionis dlm PC tu, adakah pihak zionis lakukan kempen yg sama dok pi jaja supaya delete ka'abah dlm PC? Sweat Drop

kalau zionis tahu la kempen umat Islam delete lambang zionis dlm PC ni, zionis gelak terbahak-bahak pd umat islam, nampak bodoh nya umat Islam! lemahnya umat Islam!

sekali lagi diulang, kita umat islam bukan lemah, jgn nampakkan kita lemah, umat islam bukan bodoh! maka tolong la jgn nampakkan umat islam bodoh

wassalam

sumber : forum al-fikrah

Monday, May 31, 2010

Monday, May 3, 2010

syaitan & manusia



MUKADDIMAH


Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt:


إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً


Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), (6 : 35 al-Fatir)


Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahgian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.


SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG


إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه


“ Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.”


Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA


Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:


ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه


“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”


Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP


إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل


“ Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.”


Hadis sahih Muslim.


SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP


Nabi saw bersabda:


ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه


“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”


Hadis riwayat Ahmad.


MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA


Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:


لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان


“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”


Hadis sahih Bukhari.


Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaa adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan.


SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH


Nabi saw bersabda:


لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة


“ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.”


Hadis sahih Muslim


Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.


SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH


إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان : أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء


“ Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.”

Hadis sahih Muslim (2018).


MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN


إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعها للشيطان


“ Apabila jatuh sebahgian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan.”


Hadis sahih Muslim (2034)


SYAITAN PENGGANGGU SOLAT


Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:


“ Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.”


Rasulullah saw pun menjawab:


ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفل على يسارك ثلاثا


“ Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.”


Amru berkata:

“Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.”


Hadis sahih Muslim.


MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN


Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri:


“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?”


Dia menjawab “Tidak”


Nabi saw bersabda:


قد شرب معك من هو شر منه الشيطان


“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.”

Hadis Ahmad –sahih.


SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI


Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:


لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثل البيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب


“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”


Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih


PENUTUP


Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang terdapat dalam hadis2 Nabi saw. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:


إن الشيطان قال : وعزتك يا رب لا أبرح أغوي عبادك ما دامت أرواحهم في أجسادهم. قال الرب : وعزتي وجلالي لا أزال أغفر لهم ما استغفروني


“ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.”


Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan


Rujukan: Al-Idoh wat Tabyin oleh Muhammad Abdullah al-Imam.

sumber: ustaz Salman Maskuri

Friday, March 19, 2010

SaAt-sAat KeMatiAn

MUKADDIMAH

Baru2 ini kita dikejutkan dengan beberapa kematian. Bermula dengan kematian syeikh Azhar syeikh Tantawi di airport arab saudi, kemudian dengan kematian pelajar perubatan tanta Ahmad sarhan bin Ahmad khan dan semalam saya dijemput utk baca tahlil, yasin dan sedikit peringatan di imarah junior perubatan kerana kematian ayah seorang pelajar.Oleh itu saya menulis beberapa kisah kematian pemaksiat dan orang yamg mulia untuk dijadikan pengajran bersama. Semoga ini menjadi titik keinsafan kepada kita semua.

KEMATIAN SEORANG PEMAKSIAT

Seorang lelaki telah terlibat dengan eksiden. Datang seorang lelaki yang lain , mendapatinya dia dalam keadaan nazak. Lalu diajar mengucap dua kalimah syahadah tetapi jawapannya:

“AKU DALAM SAQAR, AKU DALAM SAQAR…” DAN TERUS MATI

Lalu lelaki tadi bertanya kepada ahli keluarga si mati tentang si mati. Mereka menjawab “ Dia tidak sembahyang.”

Benarlah Firman Allah swt:

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?" Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat.” (42 – 43 : al-Muddathir)

Ulasan: Oleh itu kepada pemaksiat2 tegar bertaubat. Walaupun kecik dosa tadi cthnya chating tak syarie, sembang laki pempuan tak syarie tapi boleh membawa kpd dosa besar. Ulama kata:
لا صغيرة مع الإصرار Bukannya dosa kecik lagi kalau dah buat sokmo2 (selalu)
Ada dua orang yang nazak masih menyanyi walau diajar mengucap di Arab saudiNak ke kita mati tengah bergayut laki pempuan.

KEMATIAN SYEIKH KANDAHKLAWI

Pada malam kematian seorang ulama hadis Muhaddis Muhammad Ilyas al-Kandahlawi bertanya kepada para hadirin “Adakah hari ini hari khamis?” Mereka menjawab “Ya” Beliau bertanya lagi “ Cuba kamu lihat pakaianku adakah ia bernajis?” Mereka menjawab “ Ianya bersih.” Lalu beliau pun turun dari katil, berwuduk dan solat isya berjemaah dalam bilik. Beliau berwasiat kepada hadirin supaya memperbanyakkan doa dan menjampinya. Beliau berkata:

ليكونن اليوم عندي أناس يميزون بين فعل الشيطان وفعل ملائكة الرحمن

“Hendaklah pada hari ini orang-orang yang berada di sisiku orang-orang yang dapat membezakan diantara perbuatan syaitan dan perbuatan malaikat.”

Pada tengah malam dia dalam keadaan tidur-tidur ayam dan sentiasa mengucapkan lafaz Allahu Akbar.

Ketika waktu sahur, beliau meminta anaknya Muhammad Yusuf datang. Beliau berkata kepada anaknya:

“Marilah duduk bersamaku hai yusuf, aku tidak dapat hidup selepas malam ini dan aku akan pergi beringkat.”

Akhirnya beliau meninggal dunia sebelum azan subuh pada malam tersebut. Ia adalah pada 21 Rejab 1363 hijarah.

AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h)seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangan sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu benda yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang sakit yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan: Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut pikirang sendiri.

AKU BERSEDIA SEJAK 50 TAHUN

Diceritakan bahawa Malaikat Maut datang kepada seorang lelaki soleh untuk mencabut nyawanya. Lalu lelaki itu berkata:

مرحبا أنا والله منذ خمسين سنة أتأهب لك

"Selamat datang , demi Allah aku menanti bersedia untuk menemui mu sejak 50 tahun lepas.”

PESANAN TERAKHIR SAIDINA ALI

Suatu hari Hasan cucu Nabi saw bertemu dengan ayahnya saidina Ali ra yang sedang sakit nazak. Ini menyebabkan Hasan mengeluh. Ayahnya pun berkata “ Adakah engkau mengeluh?” Lalu Hasan menjawab “Wahai Amirul Mukminin bagaimana aku tidak mengeluh sedangkan ini adalah hari terakhir mu di dunia dan hari terawal mu di akhirat.” Saidina Ali ra pun berpesan:

ألا أعلمك أربع كلمات إن حفظتهن ففيهن غناء الدهر وإن ضيعتهن ففيهن فقر الأبد؟ يا بني لا غناء مثل العقل ولا فقر أشد من الجهل ولا وحشة أشد من العجب ولا أنس مثل حسن الخلق

“ Adakah engkau hendak aku ajarkan empat ayat yang mana jika engkau menjaganya pasti engkau akan kaya selamanya dan sekiranya engkau sesiakannya pasti engkau akan faqir selamanya? Wahai anak ku tidak ada perkara yang lebih mengayakan dari akal fikiran dan tidak ada yang memfakirkan lebih dari kejahilan. Tidak ada yang lebih menggelisahkan dari sifat perasan(rasa hebat) dan tidak ada yang menyeronokkan lebih dari akhlak yang baik.”

SYEIKH AHMAD YASIN : KAMI MENUJU KE ARAH SYAHADAH (MATI DI JALAN ALLAH)

Anaknya Muhammad telah menceritakan bahawa tiga jam sebelum serangan ke atas beliau, beliau telah memaklumkan kepadanya terdapat pesawat peninjau kepunyaan Israel di udara. Namun bapanya membalas:

نحن نسعى إلى الشهادة وإنا لله وإنا إليه راجعون

“Kami menuju kepada syahadah , kami berasal dari Allah dan akan kembali pada Allah.”

Beliau adalah pengasas kepada gerakan HAMAS di palestin. Ketika beliau hendak menunaikan solat subuh berjemaah di masjid (beliau yang buta dan lumpuh) , pihak tentera Israel telah membunuhnya melalui serangan udara. Ini berlaku pada bulan safar tahun 1425 hijrah.

Ulasan: syeikh yang sudah tua, buta dan lumpuh namu bersemangat untuk solat subuh berjemaah di masjid. Namun mahasiswa2 islam hanya sedikit sahaja yg mampu ke masjid dan memenuhi saf hadapan. sebab apa? sebab pemuda2 sekarang sudah tua imannya, buta hatinya dan lumpuh amalannya. Yang lebih menyedihkan orang yang tak mampu berada di saf hadapan pada waktu subuh ni adalah orang yang bercakap dan berkerja utk Islam. Apa tujuan mereka sebenarnya?


KESIMPULAN

Marilah bersama merenung bagaimana saat akhir kematian kita. Inilah persediaan yang perlu kita buat. Segala apa yang kita rancang di dunia adalah perkara yang tak pasti tidak kira urusan study, kerjaya, perkahwinan, sukan dan lain-lain. Yang pasti kita akan mati. Oleh itu marilah kita sama-sama menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Masanya belum terlambat selagi nyawa belum sampai ke leher. Janganlah bertangguh kerana kita tidak tahu bila saat kita dicabut nyawa.

Rujukan: Lahzat qablal maut oleh Muhammad Khair Ramadan.

sumber : blog ustaz salman maskuri

hak sesama muslim....^_^

assalamualaikum.

kaifa haluk ya sohabati...?

harini ambe nak kongsi2 sikit tentang hak kite sasame muslim.....
sambil peringatkan diri ambe gak....

1.beri salam sesama kite pabila bjumpa
2.ziarahi mereka yg sakit
3.penuhi undangan mereka
4.iringi jenazah mereka
5.doakan pabila mereka bersin.....
contoh:
k.sau:haaaashummmmm!,alhamdullillah.
wana:ya harmukillah
k.sau:yahdillah,yahdikumullah.
(wana kat mesir dgr k.sau bersin kat indon...) ^_^


ada 6 sbnarnya tapi ambe nye neuron x aktif pulak skrg....cerebrum ambe busy ingat benda lain..ha3.lau sape2 ingat gtau kat post hiwar na....sok ambe xm...doakan....

semoga urusan sahabt2 sume dpermudahkan ALLAH...amin.

Sunday, February 28, 2010

Untukmu Rasulullah


Sayu hatiku mengungkap rindu,
Kepada insan kekasihku,
Teringinku mendakap wajahmu,
Wajah yang bercahaya,
Mengalahkan sang suria...
Ya Rasulullah,
Cair qalbuku,
Sebak qalbuku,
Melihat dirimu, Sinar akhlakmu,
Indah peribadimu,
Kata-katamu,
Indah menusuk qalbuku...
Ya Mustofa,
Resah hatiku,
Pilu hatiku,
Melihat dirimu,
Disisih ummatmu,
Tidak pernah mereka sedar,
Pahit, pedih yang kau hadapi,
Tika Jibrail datang bertemu,
Membawa wahyu dari Ilahi,
Pasti basah peluh di dahi,
Menahan beratnya amanah ini...
Ya Rasulullah,
Cintanya dirimu kepada ummatmu,
Saat Izrail menarik nyawamu,
Menahan pedih nyawa ditarik,
Tika nyawa dihujung kerongkongmu,
Kalimah 'UMMATI!' terpatri dibibirmu,
Tanda kasih pada ummatmu...
Berakhirlah hidup seorang insan,
Berakhirlah ujian,
Berakhirlah keperitan,
Tubuh muliamu terbujur kaku,
Terkulai layu di pangkuan isterimu yang dicintai,
Tangisan sahabat mula bergema,
Merantapi pemergianmu,
Susah untuk menerima,
Pemergian seorang insan,
Insan bernama Muhammad,
Telah pergi buat selamanya,
Bergembiralah engkau Ya Rasulullah,
Bertemu habib yang kau cintai,
Bergembiralah engkau Ya Muallim,
Berumahkan istana di taman syurga...
Ya Rasulullah,
Tidak tahan hati ini,
Rinduku padamu kini menguasai,
Butir mutiara membasahi pipi,
Hatiku meronta ke sana sini,
Sudah letih ku menunggu lagi,
Meraut ketenangan diwajahmu...
Ya Habibi,
Syafaatkanlah diri ini,
Agar tenang bersemadi di sini,
Moga bertemu di taman Ilahi,
Di taman Syurga Firdausi...

Selawat dan Salam hadiah dariku, buatmu cintaku, UNTUKMU, YA RASULULLAH.......

Monday, February 8, 2010

bersabarlah....^_^

Ujian Kesabaran Nabi Ayub as
www.iluvislam.com
dihantar oleh : Rasailul Ashwaq
editor : IskethaykaL



Nabi Ayub as adalah seorang yang kaya-raya dan hidup harmoni bersama keluarganya. Pun begitu, sesuai dengan kedudukannya sebagai Nabi, Baginda tidak lupa diri. Lidah dan hatinya sentiasa berzikir dan bersyukur dengan nikmat Allah itu. Baginda juga terkenal dengan sifat sabar. Kerana itulah Iblis sangat dengki kepadanya, lalu memohon izin kepada Allah Taala untuk menguji kesabaran Nabi Ayub supaya sesat.

"Engkau boleh datangkan musibah ke atas seluruh harta benda dan keluarganya, tetapi engkau tidak mampu mengenakannya ke atas tubuh badannya," tegas Allah swt.

Iblis pun mengumpulkan kekuatannya. Segala jin dan syaitan dikerah menghadap Iblis. Iblis membahagi-bahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Masing-masing diberikan tugas khas. Misi mereka semua ialah memusnahkan segala-gala milik Nabi Ayub as. Selain harta benda yang musnah, anak-anak Nabi Ayub mati kesemuanya dikerjakan tentera Iblis. Kemudian Iblis datang menemui Nabi Ayub as dan berkata;

"Wahai Ayub, lihatlah malapetaka yang Tuhan datangkan kepadamu. Anak-anakmu, harta bendamu kini musnah semuanya. Itulah tandanya Allah swt tidak terima amal ibadahmu selama ini."

"Allahlah yang Maha Pemberi dan Dia jugalah yang berhak mengambilnya semula," jawab Nabi Ayub tenang.

Marah sungguh Iblis mendengar kata-kata itu. Lalu dia kembali menghadap Allah.

"Ya Allah! Ayub telah hilang segala-galanya namun imannya tetap teguh. Izinkan aku untuk uji dia lagi, kali ini ke atas tubuh badannya. Biar dia tidak lagi menunaikan ibadah kepadaMu ," mohon Iblis kepada Allah swt.

"Engkau boleh sakiti tubuh badannya, tetapi tidak hatinya," tegas Allah swt.

Sekali lagi Iblis dan konco-konconya mendatangkan musibah kepada Nabi Ayub as.

Ditiupkan penyakit kepada Nabi Ayub.

Menderitalah Nabi Ayub menanggung sakit dan dipulaukan orang ramai kerana takut berjangkit.
Hanya isterinya yang masih setia di sisi.

Biar habis tubuhnya diserang penyakit, namun hati Nabi Ayub as tidak henti-henti memuji dan bertasbih kepada Allah.

Gagal menyesatkan Nabi Ayub, Iblis menggoda pula isteri Baginda. Sehinggakan isterinya berasa tidak tertanggung lagi dengan kehidupan itu. Dia menyuruh Nabi Ayub berdoa kepada Allah agar dipulihkan keadaan.


"Telah berapa lama kita nikmati hidup mewah pemberian Allah?" Tanya Nabi Ayub kepada isterinya.

"Tujuh puluh tahun," jawab isterinya.

"Berapa lama pula kita menanggung penderitaan ini?" Tanya Nabi Ayub.

"Tujuh tahun," jawab isterinya lagi.

"Aku malu untuk memohon kepada Allah supaya ditamatkan penderitaan ini jika dibandingkan dengan nikmat yang diberi-Nya selama ini. Marilah kita sama-sama bersabar menghadapinya," jelas Nabi Ayub.

Iblis tewas dalam usahanya menghasut Nabi Ayub. Ternyata, kesabaran merupakan senjata paling ampuh untuk menundukkan Iblis laknatullah. Bertambah-tambah bencilah Iblis kepada Nabi Ayub.


Nukilan editor : Kesabaran seorang Nabi ini adalah satu contoh yang baik kepada kita dalam menghadapi kehidupan di dunia ini yang serba mencabar. Sesungguhnya setiap satu ujian yang diturunkan kepada kita datang daripada Allah swt untuk menguji keimanan. Dan ingatlah ayat 286, surah al-Baqarah, Allah swt itu Maha Adil. Semoga kehidupan di dunia ini menjadi pemangkin ke arah kehidupan yang abadi di akhirat. InsyaAllah.


Maksudnya : Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...(sehingga ke akhir ayat) ~ Surah al-Baqarah ayat 286.

Thursday, February 4, 2010

BULAN INI BULAN CINTA


Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.


Setiap Hari adalah Hari Kekasih

Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

Saturday, January 23, 2010

SLMT BERJUANG BUAT SHBT YG IMTIHAN

Bismillahirrahmanir rahim ..ya Allah berilah kami kesempatan waktu untuk memohon dariMU….anugerahkanlah kejayaan kepada semua rakan2 kami..jangan ada diantara kami yang sedihnya sendirian ..andai telah tulis di luhmahfuz akan kegagalan kami, maka ubahlah menjadi kejayaan ..Engkau yang Maha Agung, mudah2an keputusan mereka sem ini lebih cemerlang dari sebelumnya.. kejayaan mengiringi kami ..berkatilah ilmuMu kpd kami agar dapat di manfaatkan ke jalan MU yang diredhai ..aminn..,All the best for this exam kesemuanya ..salam imtihan

..wassalam wbt

-US LUDIN-